INSURANS: Jika Anda Memiliki Proton Wira & Toyota Hilux Awas...


Photo by: MY NEWS HUB

TAHUKAH ANDA...Tuntutan insurans kenderaan pada 2017 berjumlah RM5.379 bilion iaitu bersamaan bayaran sebanyak RM14.7 juta setiap hari kepada penanggung insurans.

Jumlah itu sebenernya meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding 2016 iaitu pada ketika itu sebanyak RM5.021 bilion. Apa yang menyebabkan jumlah itu meningkat pada mutakhir ini?

Utusan Malaysia Online melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim berkata, antara penyumbang kepada peningkatan itu adalah tuntutan kes kecurian kenderaan.


Jumlah itu katanya  yang mana pada 2017 sahaja jumlah tuntutan adalah sebanyak 15,323 buah kenderaan, namun jumlahnya berkurangan daripada 20,005 buah pada 2016.

Jelas beliau, tuntutan terhadap kehilangan motosikal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 8,874 buah, kereta peribadi (5,625 buah) serta kenderaan komersial (824 buah).


Proton Wira & Toyota Hilux Model Paling Banyak Dicuri

Proton Wira dan Toyota Hilux terus menjadi model kenderaan yang paling banyak dicuri dalam tempoh 12 bulan pada tahun lalu, berdasarkan tuntutan bagi kes kecurian oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Mengikut statistik yang dikeluarkan PIAM, berdasarkan rekod tuntutan untuk insurans kenderaan yang membabitkan kereta persendirian, motosikal dan kenderaan komersial mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus secara keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim, berkata pada tahun lalu, sebanyak 654 unit Proton Wira dan 537 unit Toyota Hilux direkodkan bagi membuat tuntutan kecurian menjadikan dua model itu adalah antara tertinggi yang membuat tuntutan insurans ketika ini.

Beliau menjelaskanProton Wira dan Toyota Hilux menjadi model yang paling banyak dicuri dengan masing-masing merekodkan 654 buah dan 537 buah kenderaan diikuti oleh Perodua Kancil (378 buah), Proton Iswara (340 buah) dan Pe­rodua Myvi (290 buah).

Sementara itu, jumlah tuntutan kecurian kenderaan berdasarkan kekerapan pula menunjukkan Toyota Vellfire (112 unit) dan Mitsubishi Pajero (77 unit) antara model 'hangat' yang kerap dicuri pada 2017 iaitu pada kadar 0.26 peratus.Antara model lain yang kerap dicuri termasuklah Toyota Hilux, Peugeot 308, Peugeot 508, Nissan Vanette, Lexus RX350, BMW 7, Proton Perdana dan Ford Courier.

“Oleh itu langkah liberalisasi insurans motor yang diperkenalkan pada tahun lalu membolehkan pemilik kenderaan mendapatkan polisi terbaik bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya,” katanya dalam taklimat prestasi industri insurans am 2017 di sini, pada 9 Februari 2018.

SUMBER: UTUSAN ONLINE/BH ONLINE

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...