Neelofa Mulakan Tugas Sebagai NED Di AIRASIA



BISNES: Selebriti terkenal dan pengacar popular memulakan tugasnya di AirAsia pada 8 Januari 2018 lalu dengan dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan itu di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang.

Neelofa sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia memulakan harinya dengan sempat beramah mesra dengan ‘keluarga’ baharunya itu.

ASTRO GEMPAK melaporkan ditanya mengenai perasaannya ketika pertama kali melibatkan diri dalam EGM AirAsia, Neelofa berkata ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.

BACA: http://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-airasia-perkongsian-bijak.html

BACA: http://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-kaji-laporan-tahunan-airasia.html

BACA: http://ezli007.blogspot.my/2017/12/airasia-dipilih-syarikat-penerbangan.html

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat ‘passionate’ dan kreatif!

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 saya dibuka dengan jayanya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sempat membuat sedikit revisi mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaian diri dalam persekitaran dan tugas barunya itu.

Neelofa juga kelihatan tenang sepanjang hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Dalam pada itu Neelofa sempat berkongsi perasaan terujanya di laman sosial Twitter miliknya.

Penglibatan Neelofa dalam kumpulan tersebut selaras dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu.

Tony juga menganggap pelantikan Neelofa sebagai salah satu usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat tambang murah terbaik dunia itu. 

Sebelum ini, Air Asia pernah melantik selebriti sebagai ahli lembaga pengarah iaitu, Raline Shah pelakon Indonesia sebagai pengarah bebas bukan eksekutif AirAsia Indonesia.

SUMBER: ASTRO GEMPAK

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...