Terima Kasih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (14 Disember 1946 – 31 Julai 2022)




Terima kasih atas pencapaian hebat dan gemilang ketika menjadi Dato' Menteri Besar Selangor yang ke-14 bermula 13 Mac 2008 sehingga 22 September 2014 membawa Selangor ke era negeri lebih berkebajikan, merakyat dan cemerlang.


Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur, berintegriti, bebas daripada rasuah menjadikan Selangor negeri bermaruah. 


Terima kasih kerana beliau dan pasukan pentadbiran beliau berjaya meningkatkan Rizab Selangor sehingga RM3.3 bilion dan pelaburan RM60 bilion sejak 2008 sehingga tempoh akhir penggal pentadbirannya.


Terima kasih kerana pengurusan kewangan negeri yang terus mendapat pujian Ketua Audit Negara setiap tahun ketika itu.


Terima kasih atas beliau dan pasukan pentadbirannya berjaya melaksanakan lebih 20 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terus membela kebajikan rakyat dari lahir (TAWAS) sehingga mati (SMUE).


Terima kasih di atas usaha beliau dan pasukan pentadbiranya yang bersungguh-sungguh mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor yang mana tak pernah terfikir sebelum ini.


Terima kasih kerana jadi berbeza dan terima kasih kerana kewujudan anda menjadi saya memahami realiti politik semasa.


TERIMA KASIH MENJADI MB RAKYAT SELANGOR


Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT khusus buat Allahyarham semoga Allah SWT memperkenan doa kita.


Ya Allah, Kau berilah pengampunan kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran. 


Gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.


Aamiin aamiin ya rabbal aa la miin


Daripada: Mohd Ezli Mashut


Gambar Diedit: Bersama Menteri Besar ke-14, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada hari terakhir pentadbiran beliau pada 22 September 2014 (Isnin) di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan SUK di Shah Alam.


====================================================

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...