Serpihan Logam Dipercayai Komponen Roket China Ditemukan Di Miri

Tangkap layar laman sesawang BH Online melaporkan penemuan disyaki komponen roket milik China pada 1 Ogos 2020.


ANGKASA LEPAS | Serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemukan di Sepupok Niah di Miri, Sarawak.



Komponen itu dijumpai oleh penduduk di Batu Niah, yang kemudian melaporkan kepada polis, pada 31 Julai 2022/Ahad.


Ketua Polis Daerah Miri dalam kenyataan media pada 1 Ogos 2022 berkata hasil tinjauan awal pihaknya mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang satu meter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk.


The debris from the Long March 5B rocket was spotted by netizens as it passed over Sarawak airspace. (Twitter pic)


"Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam berkenaan dan sudah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Telnologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menganalisa tempat kejadian," kata Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.


   Sumber Grafik : BBC NEWS


Beliau menasihati orang ramai supaya tidak berada di kawasan berhampiran kerana dibimbangi logam berkenaan mengandungi bahan radioaktif.


Katanya, kawasan terbabit dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pada masa sama, katanya orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.


Pada 31 Julai 2022/Ahad dalam kenyataan media, MYSA mengesahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara Bumi.


Jelas agensi angkasa itu serpihan roket iyu melintasi ruang udara Malaysia dan dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak sebelum direkodkan jatuh di Laut Sulu.


Malaysia Pantau Pergerakan Long March 5B Sejak 24 Julai

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah memantau pergerakan roket Long March 5B sejak ia dilancarkan pada 24 Julai lalu termasuk meramalkan lokasi serpihan teknologi itu bakal jatuh.

BH Online pada 1 Ogos 2022/ Isnin melaporkan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) ,  berkata kejadian sisa serpihan roket itu jatuh bukan perkara baharu malah sudah tiga kali teknologi membabitkan negara China itu jatuh ke bumi selepas ia dilancarkan.

Jelas Azlikamil Napiah lintasan serpihan roket itu turut dialami beberapa negara termasuk negara jiran, Indonesia dan Filipina namun ia tidak dapat dilihat seperti yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sarawak.

"Serpihan ini sudah mengorbit bumi beberapa kali dan turut melintasi negara lain dan apabila melalui Malaysia, ia sedang mula terbakar iaitu selepas masuk ke atmosfera.

"Serpihan roket dari China ini bukanlah kali pertama jatuh sedemikian, kerana pada 2020, ia jatuh di sekitar lautan barat Afrika dan seterusnya pada tahun lalu, di sekitar kepulauan Maldives. Kali ketiga adalah semalam di sekitar Laut Sulu.

"Sebenarnya, kita sudah memantau pergerakan roket ini sejak 24 Julai lalu iaitu apabila ia dilancarkan oleh China. Serpihan itu juga sudah mula mengorbit bumi sejak beberapa hari lalu sebelum terbakar selepas masuk ke atmosfera.

"Kita sudah boleh meramalkan kawasan di mana ia akan jatuh dan lokasi yang tepat, lebih kurang sejam sebelum ia masuk ke 'red entry'," katanya.

Pada 31 Julai 2022, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan, memaklumkan hasil pemantauan berterusan melalui MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan pada jam 12.55 tengah malam waktu Malaysia.

Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur.

Mengulas lanjut, Azlikamil berkata, situasi yang mampu dilihat di beberapa kawasan di Sarawak, semalam itu adalah serpihan berkenaan belum terbakar sepenuhnya.

"Apabila ia terbakar, serpihan itu akan bertukar menjadi habuk sahaja namun sekiranya ada serpihan kecil tinggal, ia akan menjadi satu objek yang panas. Jika terhempas di darat akan dilihat kesannya terbakar tetapi biasanya laluannya adalah ke arah darat," katanya.

Ditanya mengenai, mengapa situasi seumpama itu boleh berlaku sehingga menggemparkan masyarakat, beliau berkata, ia mempunyai kaitan dengan penguasaan teknologi negara China.

"Banyak negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah termasuk Russia sudah melancarkan roket tetapi tidak berlaku kejadian sedemikian kerana mereka mempunyai kaedah untuk mengawal serpihan yang akan jatuh iaitu mereka akan halakan terus ke lautan.

"Tetapi teknologi yang dimiliki China pula dilihat berbeza malah turut mendapat pertikaian antarabangsa. Inilah yang boleh dikaitkan dengan penguasaan teknologi. China mungkin maju tetapi sejauh keterjaminan operasi berkaitan angkasa.

"Eropah menekankan sistem enjin propulsion iaitu kemampuan untuk mengawal serpihan yang masuk ke atmosfera tetapi China tidak menumpukan kepada sistem itu. Mereka tidak boleh kawal serpihan itu jatuh termasuk lokasi yang terbabit," katanya.


BERKAITAN KENYATAAN PENEMUAN SERPIHAN LOGAM DISYAKI MILIK ROKET NEGARA CHINA DI SEPUPOK NIAH

Ketua Polis Daerah Miri (KPD Miri) mengesahkan telah menerima satu laporan polis dari seorang penduduk di Batu Niah berkaitan penemuan serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket milik negara China sepertimana yang dilaporankan dalam media massa sebelum ini.

Hasil tinjauan awal pihak polis mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang 1 meter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di situ. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak MOSTI untuk menganalisa tempat kejadian.

Pihak Polis menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi logam tersebut mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan. Kawasan kejadian telah dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana ianya boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat serta disarankan untuk menghubungi balai Polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku.

ACP ALEXSON NAGA ANAK CHABU
Ketua Polis Daerah Miri
Dikeluarkan pada 01 Ogos 2022, jam 8 pagi

Sumber Foto: Sarawak Edition





STATUS SIASATAN PENEMUAN OBJEK SUSULAN INSIDEN JATUHAN SERPIHAN ROKET LONG MARCH 5B PADA 31 JULAI 2022
 
PUTRAJAYA, 2 Ogos 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menggerakkan pasukan siasatan yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada 1 Ogos 2022 bagi membuat penyiasatan awal objek yang disyaki sisa serpihan roket negara China yang jatuh pada 31 Julai 2022.

Siasatan awal dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menumpukan kepada dua (2) lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri, Sarawak.

Siasatan awal ini juga bagi memastikan tiada sebarang unsur radiasi berbahaya yang mungkin dikeluarkan oleh objek yang disyaki, sebelum siasatan selanjutnya dapat dilaksanakan.

Berdasarkan ukuran dan hasil siasatan awal mendapati bahawa objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar lima (5) inci berkenaan TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan TIADA unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut. 

Manakala, ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua yang disyaki di Batu Niah, Miri, turut menunjukkan hasil yang sama iaitu objek disyaki TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan TIADA unsur radioaktif dikesan. Kedua-dua objek disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...