INFO PENERBANGAN | AirAsia kembali dengan tawaran menarik destinasi tempatan dan antarabangsa untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App!
Syarikat penerbangan tambang murah dalam kenyataan media pada 8 April 2022 berkata antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain.
"Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala," katanya.
Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :
AirAsia tawar lebih 2 juta tempat duduk PERCUMA*!
Terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, tempah di airasia Super App dari sekarang hingga 17 April 2022
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - Promosi Tempat Duduk Percuma* syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini kembali, untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App!
Antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain.
Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.
Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ di airasia Super App untuk merancang percutian mereka bagi tempoh perjalanan antara 2 September 2022 dan 25 Mac 2023. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran.
Mai Yin Tan, Ketua Pegawai Komersial (AirAsia) berkata, “Sektor perjalanan kini kembali sepenuhnya, berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia baru-baru ini pada 1 April, serta sempadan negara jiran kita di rantau Asean.
Sejak itu, kami telah melihat peningkatan mendadak dalam permintaan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform airasia - sama ada Super App, laman web atau daripada ejen pelancongan dan kaunter jualan kami. Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran.
Promosi Tempat Duduk Percuma* AirAsia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh semua dan kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak kapasiti dalam pasaran dengan nilai terbaik. Rebutlah peluang inin untuk mula merancang perjalanan anda sekarang!”
“Walaupun kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui melalui ciri-ciri seperti daftar masuk kendiri, ciri pengecaman wajah melalui FACES dan banyak lagi, kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan mereka. Kami berharap untuk kembali mengalu-alukan kedatangan para tetamu dalam penerbangan kami ,” tambah Tan.
Pengembara yang telah menerima vaksin lengkap yang ingin melakukan perjalanan ke/dari Malaysia mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan dari semua negara asal dan ketibaan sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.
Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
*TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Over 2 million seats available for FREE* on AirAsia!
Fly to both domestic and international destinations with the world’s best low-cost airline, book on the airasia Super App from now until 17 April 2022
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 - The world’s best low cost airline’s Free Seats* promo is back, for both domestic and international flights and available for booking from 9-17 April 2022 on the airasia Super App!
Among the domestic destinations included are Penang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu and more while international destinations include Singapore, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City, Siem Reap and many more. The all-in-fares for the Free Seats promo to domestic destinations are from RM23 one way, while international destinations are from RM69 one way.
Click on the ‘Flights’ icon on the airasia Super App to plan your holiday for the travel period from 12 September 2022 to 25 March 2023. Super App users can also pay with their airasia points by clicking on the option during checkout.
Mai Yin Tan, Chief Commercial Officer (AirAsia airlines) said, “Travel is back in full-force, especially with the recent reopening of Malaysian borders on 1 April, as well as borders of our neighbouring Asean countries. Since then, we have observed a sharp spike in demand for both domestic and international flights across all airasia platforms - whether it be the Super App, the website or from our affiliated agents and sales counters.
This signifies our guests’ confidence in flying with AirAsia, and a strong pent-up demand for travel in the market. AirAsia’s latest signature Free Seats* Promotion is something that is widely anticipated and we are happy to be able to offer more capacity to the market along with our well-known affordable prices. Don’t miss out and start planning your travels now.”
“While we are extensively prepared to ensure all of our guests can travel safely from an operational standpoint through our contactless check-ins, FACES, and more, AirAsia would also like to remind our guests to adhere to all SOPs set by the local governments during your travels and we look forward to seeing you on board our flights soon,” added Tan.
Fully vaccinated travellers who wish to travel to and from Malaysia must meet the requirements set by the Malaysian Government and the respective Governments of all origin and arrival countries prior to purchasing their flights and upon arrival.
Stay up to date with everything e-commerce from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia Super App’s e-commerce offerings! For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.
*FREE SEATS exclude airport tax, MAVCOM fee, fuel surcharge and other applicable fees. Terms and Conditions apply.