AirAsia X Mula Terbang Ke Incheon, New Delhi Mulai 20 APRIL

        Sumber Grafik : AIRASIA


PENERBANGAN | Airasia X (AAX) mengembangkan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April ini.


AirAsia X dalam kenyataan media pada 6 APRIL 2022 berkata penerbangan ke Incheon (Seoul) pada awalnya akan beroperasi setiap minggu pada Rabu, penerbangan balik setiap Khamis.


Penerbangan ke New Delhi abermula dua kali seminggu pada setiap Rabu dan Ahad, penerbangan balik pada hari sama.


Kedua-dua perkhidmatan dibuka untuk jualan sekarang, bagi penerbangan antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022, dengan perkhidmatan tambahan akan ditambah pada masa terdekat ini.


"Penumpang dengan tempahan tertunggak atau kredit tidak digunakan semasa pandemik boleh menggunakannya bagi tempahan akan datang, dengan mengemaskini tempahan penerbangan asal bagi perjalanan seterusnya, atau menggunakan akaun kredit mereka untuk menempah penerbangan," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh :  


AirAsia X lebarkan sayap ke Korea Selatan dan India


Terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) daripada RM659 dan ke New Delhi daripada RM484

Tetamu juga boleh menggunakan Akaun Kredit untuk membuat tempahan


SEPANG, 6 April 2022 - Berikutan penyambungan semula perkhidmatan penumpang ke Sydney, Australia pada bulan Februari lalu, AirAsia X (AAX) kini memperluaskan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April 2022.


Penerbangan ke Incheon (Seoul) pada mulanya akan beroperasi sekali minggu pada hari Rabu dan kembali pada hari Khamis. 


Penerbangan ke New Delhi pula akan disambung semula dua kali seminggu pada hari Rabu dan Ahad dengan penerbangan pulang pada hari yang sama. Kedua-dua perkhidmatan ini tersedia  untuk perjalanan antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022, dengan perkhidmatan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.


Para tetamu yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit boleh menggunakannya untuk membuat tempahan dengan mengemas kini tempahan penerbangan asal mereka untuk perjalanan masa hadapan atau menggunakan akaun kredit mereka untuk membuat tempahan.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Selepas dua tahun, kami amat berbesar hati untuk kembali terbang tinggi sekali lagi dengan tambang bernilai terbaik untuk perjalanan jarak sederhana. 


Kini, setelah sempadan antarabangsa dibuka semula, kami akan menyambung semula penerbangan ke pasaran utama kami secara beransur-ansur, bermula dengan Sydney baru-baru ini dan kini ke Korea Selatan dan India, dan lebih banyak destinasi popular akan diumumkan tidak lama lagi. 


Kami yakin penyambungan semula perkhidmatan ini akan diterima baik, terutamanya bagi mereka yang ingin melawat rakan-rakan dan keluarga mereka atau untuk percutian yang dinanti-nantikan.


“Sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April dan perjalanan tanpa kuarantin untuk kedua-dua buah negara, ini juga adalah masa yang sesuai untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong antarabangsa, seterusnya memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara, seperti yang kami telah lakukan sebelum pandemik.


“Kami terus mengutamakan para tetamu dan walaupun kami tidak dapat terbang sejak dua tahun lalu berikutan pandemik ini, kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa mereka yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit kini boleh menggunakannya ini untuk membuat tempahan ke destinasi-destinasi ini. 


Kami juga sedang menyediakan baucar perjalanan untuk para tetamu yang mempunyai kredit tertunggak, untuk digunakan bagi tempahan masa hadapan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. 


Kami berterima kasih kepada tetamu kami atas kesabaran mereka dan kerana memahami situasi kami dan tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka kembali terbang bersama kami.”


Tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) bermula daripada RM659 untuk tempat duduk Ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM2,199. 


Dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada KRW246,500 dan KRW799,500. Para tetamu yang menempah penerbangan ini juga dapat menikmati tambahan bagasi kabin 7kg secara percuma.


    Sumber Grafik : AIRASIA


    Sumber Grafik : AIRASIA



Manakala tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke New Delhi bermula daripada RM484 atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM1,699. 


Dari New Delhi ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada INR8,389 dan INR24,225. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau laman web mulai hari ini hingga 24 April 2022.


  Sumber Grafik : AIRASIA



  Sumber Grafik : AIRASIA


AirAsia X spreads its wings launching new services to South Korea and India


Fly from Kuala Lumpur to Incheon (Seoul) from RM659 and to New Delhi from RM484

Guests with unused credit able to book the new services


SEPANG, 6 April 2022 - Following the  resumption of passenger  services to Sydney, Australia in February, AirAsia X (AAX) is expanding its flight  network from Kuala Lumpur with new services to Incheon (Seoul), South Korea and New Delhi, India commencing from 20 April 2022.


Flights to Incheon (Seoul) will initially be operated weekly on Wednesdays and returning on Thursdays. Flights to New Delhi will resume twice weekly on Wednesdays and Sundays returning on the same days. Both services are on sale now for travel between 20 April 2022 to 30 June 2022, with additional services to be added in the near future.


Guests with outstanding bookings or unused credit during the pandemic, will be able to use these for future bookings, by updating their original flight booking for future travel or by utilising their credit account to book the flights.


CEO of AirAsia X Benyamin Ismail said: “After two long years, we are thrilled to return to the skies once again with the best value airfares for medium haul travel. 


Now that the world is finally opening up, we are gradually resuming flights to our key markets, starting with Sydney recently and now also to South Korea and India, with more popular destinations to be announced soon. 


We are confident our return to these markets will be well received, particularly for those longing to visit friends and family again or for much anticipated leisure travel.


“With Malaysia’s international border reopening last week on 1 April, and quarantine free travel both ways on our new services, it is also the perfect time to welcome back international tourists, providing a significant boost to the nation’s tourism sector and the economy, as we did pre-pandemic.


“We continue to prioritise putting our guests first and while we were unable to fly for the past two years due to the unprecedented effects of the pandemic, we are pleased to confirm that anyone with  outstanding bookings or Credit Accounts can now use these to book our new services. 


We are also preparing travel vouchers for our guests who have unutilised credit, to use for future bookings, which will be announced in the near future. 


We thank our guests for their patience and understanding and cannot wait to welcome everyone back on board soon!”


Fares from Kuala Lumpur to Incheon (Seoul) start from RM659 on Economy seats or guests can choose to experience the Premium Flatbed from RM2,199 all-in one way*.


 From Incheon (Seoul) to Kuala Lumpur, fares start from KRW246,500 and KRW799,500 all-in one way* respectively. Guests travelling to Incheon (Seoul) will also enjoy an extra 7kg hand carry for free.


Fares from Kuala Lumpur to New Delhi start from RM484 on Economy or guests can choose to experience the Premium Flatbed from RM1,699 all-in one-way.* 


From New Delhi to Kuala Lumpur, fares start from INR8,389 and INR24,225all-in one way* respectively. The new services to South Korea and India can be booked through the ‘Flights’ icon on the airasia Super App or via the website starting today until 24 April 2022.

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...