Lembah Klang Dibadai Banjir Kilat 'Luar Biasa', Ribuan Kereta Tenggelam


    Sumber Foto: Twitter


BENCANA | Beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur dan kawasan sekitar termasuk di Selangor dilanda banjir kilat 'luar biasa' pada petang 7 Mac 2022/Isnin.


Pengguna media sosial berkongsi foto dan video banjir yang berlaku.


Antara yang menarik perhatian adalah kejadiaan banjir di Jalan Kia Peng yang menunjukkan tempat letak kereta ditenggelami air.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan beberapa lokasi di Kuala Lumpur terjejas akibat banjir kilat.


Pada 4 petang/ 7 Mac 2022/Isnin, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah berterusan hingga 7 malam.


   Sumber Grafik: MET MALAYSIA/7 MAC 2022


Sementara itu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan di Facebook, memaklumkan beberapa laluan termasuk Besraya Expressway membabitkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai ditenggelami banjir.


Banjir kilat yang melanda Lebuhraya Kesas pula menyebabkan empat lorong terhalang di Plaza Tol Awan Besar arah Barat serta hanya satu lorong boleh dilalui di KM48.3 arah Timur menuju ke persimpangan Sukom.


Banjir kilat juga mengakibatkan penutupan sementara laluan di Terowong SMART membabitkan laluan masuk terowong dari Taman Desa dan Cheras menghala ke pusat bandar serta susur keluar terowong dari pusat bandar menghala ke Cheras.


Serentak itu juga, Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi untuk membolehkan ia mengalirkan air akibat banjir yang melanda.


Banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang letakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut ditenggelami banjir.


Sementara itu, lebih 50 rumah dikesan terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat berterusan di sekitar Selangor, petang 7 Mac 2022.


      Tangkap layar laporan Twitter BERNAMA.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.


         Keadaan cuaca pada petang 5.45 petang/ 7 Mac 2022. Sumber : Tangkap Layar Rain Alarm


8 Kawasan Di Meru, Kapar Banjir Kilat


KLANG – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan lapan kawasan di sekitar Meru dan Kapar di sini, dilanda banjir kilat petang 7 Mac 2022/Isnin.


Kejadian bermula kira-kira jam 3 petang itu melibatkan Jalan Meru, Jalan Teratai, Jalan Cempaka, Jalan Paip, Jalan Sesenduk pekan Kapar, Taman Meru Daya dan Persiaran Hamzah Alang.


Selain kediaman penduduk, paras air hampir 0.5 meter itu memasuki asrama perempuan sebuah kilang namun tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.


Pengarah Bomba Selangor berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar

bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 3.25 petang.


“Pemeriksaan ketika itu mendapati hujan lebat di semua lokasi berkenaan dan air naik sehingga paras betis.


“Situasi bagaimanapun masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan,” kata Norazam Khamis. 


Jelas Norazam, selain jalan, rumah penduduk dan asrama sebuah kilang terkemuka turut dinaiki air.


Dalam pada itu, sebuah video berdurasi 24 saat yang tular di media sosial memaparkan keadaan lalu lintas berdekatan sebuah pusat beli belah di Jalan Meru mengalami kesesakan teruk akibat turut dinaiki air.


Difahamkan, sebuah kenderaan orang awam turut terperangkap dalam banjir itu dan kawasan berkenaan tidak boleh dilalui setakat ini. 


Sumber Foto: Twitter


Polis Selamatkan Diri Sebelum MPV tenggelam, Hanyut


KUALA LUMPUR | Dua anggota polis berjaya keluar menyelamatkan diri dari kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sebelum ditelenggami air dan dihanyutkan banjir deras, berdekatan Pondok Polis Kuchai Lama, di sini, pada 7 Mac 2022.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan mendapati anggota Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu berhenti untuk solat Zohor di pondok terbabit, pada jam 3.30 petang.


"Kemudian hujan lebat serta ribut petir secara tiba-tiba. Anggota MPV itu berusaha untuk keluar dari tempat bencana, namun tidak berjaya kerana terdapat halangan kenderaan lain yang turut terperangkap.


"Paras air naik mendadak menenggelamkan tayar kereta. Anggota MPV berjaya keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada pusat Kawalan IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media.



Dalam pada itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan: 


*LAPORAN  KEADAAN HARIAN DAERAH  CHERAS*


Tarikh Laporan : 08/03/2022 (Isnin)

Tempoh Masa : 1500 Hrs – 1800 Hrs 

1. KEJADIAN  BANJIR KILAT


1.1. Tasksa Ros Kani Jln Br 2/12 Kuala Lumpur.

2 Jentera Bomba , KL 345 Di Lokasi

1.2 Susur PGRM air Naik , (4) Buah Kenderaan Awam Tersangkut. KL 370 .

1.3 Sunway Velocity Air Naik . KL 321 

1.4 Jalan Tasek Selatan Air Naik , KL 370 

1.5 Lebuhraya Kesas Berhampiran Awan Besar Air Naik di terowong jalan Jalil link.

1.6 Bukit Jalil air Naik berhampiran simpang laluan Masuk ke Balai Bukit Jalil.

1.7 Jalan Chan Sow Lin air Naik Paras lutut.Kesesakan Lalulintas di lokasi.

1.8 Pekan Salak South air Naik Paras lutut.lalulintas until kenderaan di tutup sementara. 

1.9 MRR2 berhampiran TBS air Naik...lalulintas sesak. 

1.10 Lebuhraya Bukit Jalil Air Naik Sehingga Tol Awan Besar.laluan masih boleh digunakan.(.) 


2.KEJADIAN TANAH RUNTUH

2.1.Laporan Kosong (.) 


3.KEJADIAN POKOK TUMBANG 

3.1. 

Jam 1515 hrs : 

Callcard no WPCH21-00000509


Lokasi : Jln Sri Permaisuri , Bdr Sri Permaisuri .Berhadapan Laman Tasek Condominium .

#Jam 1540 Hrs : KL 312 Maklum Pokok Tumbang Halang lalulintas . Pihak DBKL Berada Di lokasi dan Ambil tindakan Alihkan Pokok Tumbang.


3.2 (4)Pokok Tumbang di Kawasan Parking HCTM dan menghempap beberapa 23 M/Kar Dan 1 M/van kenderaan awam yg berada di parking tersebut.Tindakan pihak Bomba sedang diambil untuk mengalih pokok - pokok yang tumbang.


Sumber:

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam

Kuala Lumpur



Sehingga jam 5 petang, NADMA ingin mengesahkan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Lembah Kelang.


Untuk makluman kawasan yang dilaporkan telah mula di naiki air sekitar Balai Dang Wangi.

- Jalan Sultan Ismail / Jln Ampang 

- Jalan Leboh Ampang

- Jalan Raja Laut (Sogo /Pertama)

- Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.


Sungai Yang Melepasi Paras Amaran


1. Sentul - Sg Batu

2. Jambatan Sulaiman - Sg Klang

3. Lebuh Pasar - Sg Klang 

4. Jalan Parlimen - Sg Gombak

Sungai Yang Melepasi Aras Bahaya

1. Jalan Tun Razak - Sg. Gombak


NADMA ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku.


Trafik: 07/03/2022

Hari: Isnin

Masa: 04:53 PTG


Jalan  Klang Lama / Jalan Syed Putra

- ❗ Trafik sesak dari Sekolah Menengah Kuen Cheng ke Scott Garden

- ❗ Trafik sesak dari Scott Garden ke Sekolah Menengah Kuen Cheng


Jalan Genting Klang

- Trafik perlahan dari Balai Polis Setapak ke Bulatan Pahang

- Trafik perlahan dari Bulatan Pahang ke Balai Polis Setapak


Jalan Istana

- ❗ Trafik sesak dari Jalan Istana ke Muzium Negara

- ❗ Trafik sesak dari Muzium Negara ke Jalan Istana


Jalan Kinabalu

- ❗ Trafik sesak dari Masjid Negara ke Loke Yew (VIVA)

- ❗ Trafik sesak dari Loke Yew (VIVA) ke Masjid Negara


Jalan Kuching

- ❗ Trafik sesak dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato Onn

- ❗ Trafik sesak dari Bulatan Dato Onn ke Bulatan Segambut

- Trafik perlahan dari Bulatan Batu Caves ke Bulatan Kepong

- Trafik perlahan dari Bulatan Kepong ke Bulatan Batu Caves


Jalan Sg Besi

- ❗ Trafik sesak dari TRX ke WIsma Mah SIng

- ❗ Trafik sesak dari Wisma Mah Sing ke TRX


Jalan Tun Razak

- ❗ Trafik sesak dari RHB ke Kedutaan US

- ❗ Trafik sesak dari IJN ke Bulatan Pahang

- ❗ Trafik sesak dari Bulatan Pahang ke IJN

- ❗ Trafik sesak dari Kedutaan US ke RHB


KL Seremban

- ❗ Trafik sesak dari Tol Sg Besi ke Petronas / Shell TPM

- ❗ Trafik sesak dari Petronas / Shell TPM ke Tol Sg Besi

- ❗ Trafik sesak dari Plaza Perabot ke TUDM

- ❗ Trafik sesak dari TUDM ke Plaza Perabot


Lebuhraya Mahameru

- ❗ Trafik sesak dari Susur Jalan Tuanku Abdul Halim ke Muzium Negara

- ❗ Trafik sesak dari Bulatan Pahang ke Susur Jalan Tuanku Abdul Halim

- ❗ Trafik sesak dari Muzium Negara ke Susur Jalan Tuanku Abdul Halim

- Trafik perlahan dari Susur Jalan Tuanku Abdul Halim ke Bulatan Pahang


MRR2

- ❗ Trafik sesak dari Ukay Perdana ke Ampang

- ❗ Trafik sesak dari Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan

- ❗ Trafik sesak dari Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak

- Trafik perlahan dari Ampang ke Ukay Perdana


ANALISIS BANJIR KILAT | Musim Peralihan Monsun, Angin Dan Fenomena La Nina Antara Faktor Utama


CUACA | Tiga faktor utama fenomena cuaca ekstrim mengakibatkan hujan lebat dan banjir kilat di beberapa kawasan di empat negeri khususnya Lembah Klang, pada 7 Mac 2022/Isnin.


Pengerusi Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, punca utama adalah Malaysia khususnya Pantai Barat ketika ini mula memasuki musim peralihan monsun.


Selain itu, kata Prof Dr Fredolin Tangang peralihan keadaan angin di bahagian atas semasa musim peralihan monsun serta fenomena La Nina yang masih aktif turut menjadi faktor pendorong, lapor BH Online pada 8 Mac 2022/Selasa.


Beliau mengakui banjir kilat seperti melanda Lembah Klang pada 7 Mac 2022/Isnin bukan mustahil untuk berlaku kerana hujan dan ribut petir memang biasa terjadi pada musim peralihan monsun, malah keadaan ini akan berterusan hingga Mei sebelum musim beralih ke Monsun Barat Daya.


"Bagaimanapun banjir mungkin juga dipengaruhi faktor lain, bukannya sekadar curahan hujan.


"Apabila hujan lebat melanda di lokasi yang pesat membangun dan tidak mempunyai infrastruktur terancang seperti sistem saliran lemah, tipikalnya banjir kilat akan berlaku," katanya.


Faktor Penyebab Banjir Kilat


Mengulas faktor banjir kilat disebutkan, beliau berkata, musim peralihan monsun menyediakan keadaan kondusif bagi sistem perolakan yang biasa berlaku pada petang dan lewat petang, sekali gus membawa hujan lebat, ribut petir dan kilat.


Katanya, situasi cuaca dirasai di negara ini hari ini juga akibat peralihan keadaan angin di bahagian atas semasa musim peralihan monsun yang biasanya menjadi lemah dan ia kondusif bagi sistem perolakan, pembentukan awan komulonimbus serta ribut petir dan hujan lebat.


"Angin di bahagian atas pada peralihan monsun tidak berapa kuat, tidak seperti semasa Monsun Timur Laut atau Barat Daya. Ini akan menyebabkan proses perolakan cuaca berlaku dengan mudah.


"Proses ini memerlukan haba diserap permukaan bumi dan terkumpul dari sebelah pagi hingga ke petang. Udara panas di sebelah petang akan mengembang dan menjadi lebih ringan serta teranjak ke atas bersama kelembapan tinggi yang menjana perolakan serta pembentukan awan, lalu menjana ribut petir dan hujan yang lebat. Ia juga memerlukan haba dan kelembapan," katanya.


Fredolin berkata, intensiti curahan hujan dan ribut petir berlaku dalam tempoh ini turut dipengaruhi faktor fenomena La Nina yang masih aktif dan berkategori sederhana di bahagian tengah serta timur Lautan Pasifik, dengan penurunan suhu permukaan laut yang lebih rendah berbanding normal.


"Keadaan ini membawa kepada pengukuhan angin timuran yang bertiup ke rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dan pengukuhan berkenaan membawa peningkatan kelembapan ke rantau ini, sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya fenomena ribut petir dan hujan lebat semasa musim peralihan monsun," katanya.


Hujan lebat secara berterusan petang 7 Mac 2022/Isnin, menyebabkan enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dilanda banjir kilat, menyebabkan hampir 2,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).


Berlaku Fenomena La Nina Sederhana Melanda Malaysia


Mengulas lanjut, Prof Fredolin berkata, kajian beliau menunjukkan fenomena hujan lebat melebihi 50mm per jam meningkat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung apabila La Nina berkategori sederhana berlaku.


Selain itu, katanya faktor perubahan iklim juga boleh menyumbang dan menjadikan keragaman cuaca meningkat.


"Pemanasan global boleh memperkukuhkan kesan fenomena La Nina di negara kita dengan peningkatan jumlah kelembapan di udara akibat peningkatan suhu dunia.


"Kita boleh lihat ia menyebabkan kerapnya berlaku ribut petir yang disebabkan peningkatan jumlah kelembapan global dan tidak nafikan, situasi ini berlaku disebabkan perubahan iklim dunia," katanya.


Beliau berkata, kajian di Kuala Lumpur sudah menunjukkan bahawa kekerapan dan intensiti hujan ekstrim meningkat 30 peratus sejak 30 tahun lalu dan ini berkemungkinan besar disebabkan pemanasan global yang bukan sahaja meningkatkan haba, tetapi juga kelembapan diperlukan untuk pembentukan perolakan dan ribut petir.


Taburan Hujan Tinggi Punca Banjir Kilat Badai Lembah Klang


Beberapa lokasi di Kuala Lumpur menerima taburan hujan hampir lima kali ganda daripada jumlah biasa sekali gus menyebabkan banjir kilat, pada 7 Mac 2022.


Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata berdasarkan data hujan kumulatif bagi tempoh 15 minit oleh JPS, Taman Desa (SMART) menerima taburan hujan sehingga 155.5 milimeter berbanding 33.5 milimeter.


Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata Jalan Tun Razak (Sungai Bunus) pula menerima taburan hujan sehingga 132.5 milimeter berbanding 36 milimeter, Jambatan Petaling 128 milimeter (32.5 milimeter), Lebuh Pasar 120.5 milimeter (33.5 milimeter).


"Air Panas 111.5 milimeter (34.6 milimeter), JPS Wilayah 101.5 milimeter (28.5), Sentul 93.5 milimeter (24.5 milimeter), Kampung Berembung (SMART) 83.5 milimeter (28.5 milimeter) dan Lembah Keramat 70 milimeter (25 milimeter).


"Data berkenaan turut menunjukkan taburan hujan mula meningkat antara jam 3 petang sehingga kira-kira jam 4.45 petang," katanya kepada lapor BH Online pada 8 Mac 2022/Selasa.


Beliau berkata, taburan hujan setahun adalah antara 2,500 milimeter ke 3,000 milimeter dengan anggaran purata setiap bulan antara 200 milimeter sehingga 250 milimeter manakala jika hujan biasa dalam tempoh sejam hanya sekitar 60 milimeter.


Pada 7 Mac 2022/Isnin dilaporkan, beberapa laluan utama di Lembah Klang dinaiki air susulan hujan lebat kira-kira satu jam bermula jam 3 petang.


Kejadian itu turut menyebabkan puluhan kereta terperangkap di jalan raya dan ada antaranya tenggelam apabila kawasan parker dinaiki air.


Lokasi terbabit termasuk Jalan Chan Sow Lin, Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Kuching dan Jalan Raja Laut.


Pada 7 Mac 2022, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Tamil (SKT) Saraswati turut dibuka bagi menempatkan 251 mangsa banjir.


Seramai 101 mangsa dari Kampung Periuk, Kampung Baru, ditempatkan di PPS Dewan Sultan Ismail manakala seramai 150 mangsa dari Kampung Hujung Pasir ditempatkan di SKT Saraswati.


Berikut adalah foto dimuat naik ke sosial media oleh pengguna dan laporan di Twitter:

























Pelanggan yang dihargai,

Susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna, seperti berikut:


Kuala Lumpur:

1. Royal Cendana

2. Bukit Aman

3. Class G Qrt

4. PDRM Bukit Aman

5. Hospital Tang Lin

6. Car Park Jalan Tanglin

7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya

8. Jalan Kebun Bunga

9. Jalan Young Stat

10. Pejabat Perancang Selangor

11. Banyan Tree Signature Jalan Conlay

12. Amphitheater

13. The Royale Chulan Hotel

14. Pangsapuri Sri Jati Jalan Jati

15. Kompleks Budaya Kraf

16. Restoran Sri Melayu

17. Rest Hotel Jalan Jati

18. Kraftangan Jalan Conlay

19. Hotel Westin

20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera

21. Menara Worldwide Jln Bkt Bintang

22. Menara Keck Seng

23. Royal Selangor Golf Club

24. RHB

25. Wisma Inai

26. Bintang Goldhill Jalan Tun Razak

27. The Forum

28. Jalan Bukit Bintang

29. Bukit Bintang

30. Ritz Carlton Hotel

31. Istana Johor Persiaran Stonor

32. The Pearl Jalan Stonor

33. Dua Residency Jalan Tun Razak

34. Conlay Court

35. The Ascott Jalan Pinang

36. Menara BIMB Jalan Perak

37. Suria Stonor

38. Mni Tower

39. Hotel Impiana KLCC Jalan Pinang

40. Lot 170 J Perak


Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.


PERINGATAN:

Sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.


Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.


Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai



Dikeluarkan pada: 7:00 malam, 7 Mac 2022                           

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...