RIYADH - Gelombang sejuk yang teruk melanda beberapa wilayah Arab Saudi ketika ini dan suhu boleh mencecah paras sifar di ibu kota Riyadh dalam beberapa hari akan datang, menurut ramalan Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM).
Agensi Berita Saudi Gazette pada 18 Januari 2022/Selasa melaporkan suhu beku sedang dialami di Turaif di Wilayah Sempadan Utara serta di Tabuk, Arar, Rafha, Shaqraa dan bandar-bandar lain serta muhafazat di wilayah utara.
Menghadiri Rancangan YaHala dari Rotana Khalijia Television, Hussain Al-Qahtani, jurucakap NCM, berkata bahawa rasa sejuk yang sedang dialami ketika ini di Arab Saudi adalah yang paling kuat.
Negara itu masih dalam sepertiga pertama musim sejuk, katanya, sambil menjangkakan wilayah utara, tengah dan timur akan terjejas oleh jisim udara sejuk yang dialami di negara itu.
Al-Qahtani berkata bahawa suhu di Riyadh dijangka mencecah sifar darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang, dan suhu akan menurun lagi di wilayah selatan.
Beliau berkata, kemungkinan hujan akan berterusan di Wilayah Timur dan juga di Riyadh. Jurucakap itu juga menyatakan kemungkinan salji turun di tanah tinggi di wilayah utara dan Hujan Batu dalam tempoh yang akan datang.
Berikut adalah suasana keadaan sejuk yang dikongsikan Saudi Gazette: