BTS Meal 'Laku Keras', Cawangan McD Indonesia Terpaksa Tutup Sementara Waktu


  Foto Sumber: AFP

MAKANAN | BTS Meal McDonald' di Indonesia mendapat permintaan tinggi apabila menjadi rebutan ramai bagi mendapatkan set yang baharu dilancarkan di negara itu.

Set yang menjadi minat orang ramai itu dilengkapi dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun.

Apa yang menarikkan ialah ia membuatkan orang ramai di Indonesia tidak keruan sehingga membuatkan keadaan cawangan McDonald’s di negara berkenaan tidak lagi terkawal.

Portal KOMPAS melaporkan Pengarah Komunikasi Bersekutu McDonald’s Indonesia, Sutji Lantyka, beliau memaklumkan pihak mereka sedia mengehadkan penawaran BTS Meal dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan kebanjiran para pembeli di cawangan mereka.


   TANGKAP LAYAR YOUTUBE MCDONALDS


Selain itu, beliau turut memaklumkan BTS Meal yang baru sahaja ditawarkan tidak hanya dijual dalam tempoh satu hari sahaja sebaliknya sedia untuk didapatkan sehingga bulan hadapan.

Keadaan menjadi lebih kecoh setelah terdapat cawangan yang memberhentikan penawaran BTS Meal secara tiba-tiba sekaligus membuatkan para pembeli yang majoritinya terdiri daripada rider makanan Gojek mengamuk kerana risau bakal dikenakan penalti kerana gara-gara melengkapkan tempahan pelanggan.

Menerusi laporan itu, setakat ini sahaja dilaporkan sebanyak 20 cawangan McDonald’s Indonesia terpaksa ditutup sementara waktu manakala 12 cawangan lagi diberikan amaran bertulis. Semuanya gara-gara tempahan yang banyak diterima pada hari pertama BTS Meal ditawarkan di negara berkenaan.

Kehadiran BTS Meal nampaknya menjadi lubuk wang buat sesetengah pihak selepas bekas makanan berkenaan dijual semula dengan harga yang lebih tinggi.

Media melaporkan beberapa cawangan McD terpaksa ditutup sementara bagi mengawal kebanjiran orang ramai ekoran kebimbangan peluran wabak Covid-19 yang mash menjadi ancaman di negara itu.

Pihak berkuasa Jakarta tidak memberikan komen berkenaan isu itu tetapi media tempatan mengatakan lima kedai di ibu negara ditutup atas pesanan makan BTS.

Set makanan, nugget ayam, kentang goreng dan minuman, pertama kali tersedia di Indonesia pada 9 Jun 2021 (Rabu), telah ditawarkan di puluhan negara sejak Mei.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...