Penjelasan KWSP Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 Bagi Individu Layak



KUALA LUMPUR, 2 DIS: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori.

Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, kategori 1 adalah pencarum  yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada  caruman  dengan  KWSP  sekurang-kurangnya  selama  dua bulan berturut-turut semasa permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

“Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020,” katanya. 

Katanya pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula pada pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, KWSP berkata ia untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau  pemotongan tuntutan  kerja  lebih  masa)  selepas  Mac  2020, dan pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

“Bagi melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa," katanya. 

Menurut KWSP, jika dokumen di atas tidak  boleh dikemukakan, sebarang  dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

“Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021,” katanya. 

KWSP berkata untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas diberi kelulusan.

Bagi jumlah kelayakan i-Sinar pula, KWSP menjelaskan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini. 

"Ahli  yang  mempunyai  baki  RM100,000  dan  ke  bawah  dalam  Akaun 1 boleh membuat  pengeluaran  sehingga  jumlah  maksimum  RM10,000.  Pembayaran  akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam  bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

“Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat  pengeluaran  maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada  Akaun 1.


“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000," katanya. 

KWSP turut menggalakkan ahli mendaftar i-Akaun bagi memastikan kelancaran proses permohonan dan mengemaskini nombor telefon bimbit mereka untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP serta memastikan akaun bank mereka aktif.

SUMBER: BERNAMA/ 2 DIS 2020


Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1, Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

Tiada dokumen sokongan diperlukan;

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;

Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan

Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.


SUMBER: Portal KWSP. Dikeluarkan oleh EPF Media Desk

Jabatan Hal Ehwal Korporat

2 Disember 2020




TERKINI

Penjelasan KWSP Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 Bagi Individu Layak

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Si...