NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
COVID-19: Angka korban dunia lebih 522,000
PARIS: Sekurang-kurangnya 522,246 kes maut akibat COVID-19 direkodkan di seluruh dunia sejak virus itu dilaporkan di China, Disember lalu.
Turut dianggarkan sekurang-kurangnya 10,922,300 kes jangkitan dilaporkan di 196 negara dan wilayah dengan 5,619,700 disahkan pulih.
Anggaran berdasarkan data dikumpul AFP daripada maklumat pihak berkuasa negara-negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia mungkin tidak mencerminkan jumlah sebenar berikutan kebanyakan negara hanya menjalankan ujian saringan terhadap kes bergejala dan serius.
Amerika Syarikat (AS) terus mengungguli jumlah kes tertinggi apabila merekodkan 128,740 kematian daripada 2,739,879 kes. Sekurang-kurangnya 781,970 disahkan sembuh daripada jangkitan.
Brazil juga kekal sebagai negara kedua paling terkesan dengan 61,884 kematian daripada 1,496,858 kes; diikuti United Kingdom (UK) (44,131 kematian daripada 284,276 kes); Itali (34,833 kematian daripada 241,184 kes) dan Perancis (29,893 kematian daripada 203,367 kes).
Bagaimanapun, Belgium muncul negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi berbanding populasi penduduknya iaitu 84 kematian per 100,000 penduduk, diikuti UK (65), Sepanyol (61), Itali (58) dan Sweden 54.
SUMBER: AFP/4 JULAI 2020
TERKINI
PASCA KEMBALI HAJI – CABARAN BERMULA MENTERJEMAH SEMANGAT DAN FALSAFAH HAJI DALAM KEHIDUPAN
Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ==== Epilog Mukadimah Pasca Kembali Haji – Cabaran Bermula Menterjemah Semangat dan Falsafah Haj...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Prepared By : Mohd Ezli Mashut Key Points - It seems likely that Pakistan used the Chinese PL-15E missile against India, with debris found...
