Pasukan Perubatan Rawat Covid-19 di China Kini Bantu Itali



China menghantar sepasukan sembilan pakar perubatan dan alat sokongan kesihatan ke Rom dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Pasukan itu menaiki sebuah penerbangan khas yang tiba ke negara itu pada Khamis lalu, lapor AGENSI.

Bantuan berkenaan adalah menerusi Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Persatuan Palang Merah China yang turut membawa sekitar 700 alat penapis udara, monitor pengawasan dan juga defibrilator.

Rom sebelum ini ada meminta bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU), namun tidak dipedulikan sehingga China sendiri menghantar bantuan pakar dan alatan perubatan.

“Hari ini Itali tidak lagi sendiri. Ramai yang turut menyokong kami dari seluruh dunia,” kata Menteri Luar, Luigi Di Maio.

Untuk rekod, bantuan pakar dari China itu merupakan fasa yang ketiga selepas Iraq dan Iran yang merupakan antara negara paling teruk dilanda penularan COVID-19.

Terdahulu, pada awal minggu ini, Duta Besar Itali ke EU, Maurizio Massari didakwa membuat aduan selepas bantuan perubatan yang diminta untuk memerangi COVID-19 tidak mendapat sebarang respons.

Dalam keadaan terdesak, China sebaliknya tampil memberikan bantuan bilateral.

“Itali yang merupakan salah sebuah negara Eropah teruk dilanda pandemik COVID-19, dan kami telah melakukan sehabis baik untuk membendung wabak itu.

“Kita perlu pastikan di bawah koordinasi EU, bekalan peralatan perubatan yang diperlukan dan pengagihan semula di antara negara-negara dan wilayah yang paling memerlukan.

"Hari ini, Itali, esok keperluan itu boleh di tempat lain.

“Itali juga telah meminta untuk mengaktifkan European Union Mechanism of Civil Protection bagi keperluan perubatan individu.

“Malangnya, tiada sebuah pun negara EU yang memberi respons. Hanya China yang menyalurkan bantuan atas dasar bilateral. Ternyata ini bukan tanda solidariti Eropah yang baik,” jelasnya.

Bantuan dari China tiba selepas Itali merekod kes jangkitan COVID-19 melebihi 10,000 orang.

SUMBER: AGENSI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...