UmrahGo: Aplikasi Elak Jemaah Ditipu

Foto Sumber: MSTAR ONLINE

SEBANYAK 3,883 kes penipuan pakej umrah direkodkan sejak 2012 hingga kini melibatkan kerugian mencecah RM13.8 juta.


Kebanyakan mangsa kes penipuan itu terdiri daripada penduduk luar bandar yang terperdaya dengan tawaran harga murah untuk mengerjakan umrah.

Menyedari akan hal itu, UmrahGo iaitu peneraju aplikasi dan protal umrah di Malaysia giat mengembangkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi berlesen umrah di seluruh negara dalam usaha menyelamatkan jemaah ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Usaha itu direalisasikan dengan membina platform yang membolehkan orang Islam mencari pakej umrah yang selamat dengan mudah.

UmrahGo sedar keupayaan dan capaian teknologi maklumat dalam kehidupan harian boleh digunakan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya membantu umat Islam beribadah dengan mudah dan selamat.


Aplikasi UmrahGo dapat membantu anda dalam urusan umrah. 

Ketua Pegawai Eksekutif UmrahGo, Akmal Saufi Mohamed Khaled menjelaskan pada tahun hijrah yang lepas sahaja hampir 300,000 rakyat Malaysia melaksanakan ibadah umrah dan bilangan tersebut semakin meningkat saban tahun.

"Kita melihat capaian teknologi kepada pengguna Islam sama ada di bandar dan luar bandar adalah amat mengagumkan di Malaysia.

"Bagaimanapun dengan tawaran pakej umrah yang beratus-ratus di laman sesawang dari pelbagai agensi, ia menyebabkan pengguna masih perlu mengambil masa lama untuk mencari, membanding dan menyemak lesen agensi," katanya.

Antara kelebihan UmrahGo termasuk :

1. Ia dibina dengan ciri keselamatan agar umat Islam negara kini boleh mencari, membanding dan seterusnya menempah pakej umrah dengan mudah dari agensi yang berlesen dan tidak lagi ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

2. Aplikasi dan pasukan UmrahGo melakukan saringan agensi umrah berlesen berdasarkan proses verifikasi yang mana UmrahGo akan menyemak kesahihan Lesen Khas Umrah agensi, status Perjanjian Muassasah, pergi melawat pejabat operasi agensi dan mengesahkan keupayaan jumlah jemaah yang dibawa agensi pada tahun sebelumnya.

3. UmrahGo bukan sahaja membolehkan pengguna membuat tempahan malah bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat ibadah umrah dengan lebih lanjut, UmrahGo merupakan platform yang baik untuk menyediakan diri dengan maklumat, penulisan dan pengumuman kelas-kelas umrah di mana saja pengguna berada.

4. UmrahGo memaparkan tawaran pakej istimewa yang hanya terdapat di aplikasi itu.

5. Ciri-ciri dan maklumat pakej umrah dipaparkan dengan jelas untuk memastikan pengguna tahu tawaran pakej selain keupayaan untuk pengguna membuat saringan jenis pakej umrah dengan tetapan melebihi dari 15 tetapan memastikan pakej yang dicari itu betul menepati citarasa dan bajet umrah sekeluarga.

Sementara itu, Akmal memberitahu UmrahGo bukan agensi pelancongan dan tidak menerima sebarang bayaran dari pengguna sebaliknya berperanan sebagai sebuah platform maklumat antara pengguna dan agensi yang diiktiraf kerajaan.

UmrahGo menyasarkan membantu sebanyak 50,000 umat Islam Malaysia membuat pilihan tempahan pakej pelancongan Umrah bernilai RM250 juta pada akhir tahun ini.

Untuk menggunakan platform aplikasi UmrahGo, pengguna boleh melawat www.umrahgo.com.


SUMBER: MSTAR ONLINE



TERKINI

UmrahGo: Aplikasi Elak Jemaah Ditipu

Foto Sumber: MSTAR ONLINE SEBANYAK 3,883 kes penipuan pakej umrah direkodkan sejak 2012 hingga kini melibatkan kerugian mencecah RM13.8 ...