AirAsia Perkenal Laluan Baharu KL-Oninawa Naha Serendah RM239 Sehala

FOTO SUMBER: AIR ASIA

SEPANG: AirAsia memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha, menawarkan tambang untuk anggota sahaja iaitu RM239 bagi perjalanan sehala dengan tempat duduk standard dan RM899 perjalanan sehala untuk kelas ‘Premium Flatbeds’.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan berkata, laluan berkenaan akan mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan Malaysia dengan sambungan dan keupayaan yang paling banyak di Jepun.

Perkhidmatan mingguan sebanyak empat kali melalui Taipei yang dimulakan pada 22 Januari 2020 (tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan), akan menjadi destinasi antarabangsa keenam AirAsia di Jepun, selepas Tokyo (Haneda dan Narita), Osaka, Sapporo, Fukuoka dan Nagoya (melalui Bangkok).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata pengembangan syarikat penerbangan itu di Jepun berterusan berikutan pelancaran perkhidmatannya ke Fukuoka dan Tokyo Narita pada awal tahun ini.

“Okinawa adalah kepulauan syurga yang menawarkan pengalaman Jepun yang berbeza untuk pelancong seperti pantai berpasir putih dengan air biru yang jernih, menawarkan tempat menyelam yang paling terkenal di dunia termasuk ciri-ciri masakan Ryukyuan yang unik.

“Seperti Fukuoka, kami sedang membina tapak bagi mengadakan lebih banyak penerbangan AirAsia ke Okinawa dalam masa terdekat, di samping mengukuhkan rangkaian serantau kami untuk membolehkan lebih ramai pelancong meneroka keunikan warisan budaya di destinasi berkenaan,” katanya.

Tiket untuk tambang promosi boleh didapati melalui airasia.com mulai hari ini sehingga Sabtu membabitkan perjalanan antara 22 Januari 2020 dan 27 Mac 2020.

Penumpang dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha tidak perlu untuk mendapatkan visa semasa dalam tempoh satu jam dan lima belas minit persinggahan di Taipei dan boleh kembali ke tempat duduk mereka selepas melepasi pemeriksaan keselamatan ke atas bagasi tangan dan barangan ringan.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

AirAsia Perkenal Laluan Baharu KL-Oninawa Naha Serendah RM239 Sehala

FOTO SUMBER: AIR ASIA SEPANG: AirAsia memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha, menawarkan tambang untuk anggota ...