TIPS Strategi Media Untuk Bisnes Dan Syarikat Yang Perlu Diberi Perhatian



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

1. Pendekatan media untuk syarikat dan bisnes perlu ditambah baik daripada semasa ke semasa khususnya aspek strategi, objektif, KPI serta misi jangka pendek dan panjang.


Sebelum menjawab soalan daripada pemberita, perlu pasmastikan apa yang mahu dijawab adalah perkara yang perlu dan penting sahaja. Jika tidak tahu, elak jawab atau akan beri kenyataan media susulan selepas perhalusi isu tersebut.

2. Kenyataan media bertulis daripada peringkat atas dan bawah perlu mempunyai strategi tersendiri dan ada sistem pengurusan yang baik dan KPI.

Bukan sekadar membuat kenyataan media tanpa perancangan dan banyak kesilapan fakta yang akhirnya memakan diri sendiri dan memberi imej negatif kepada bisnes dan syarikat

3. Memperbanyakkan kenyataan media bertulis yang berkualiti dengan disediakan fakta, ringkas dan mudah difahami untuk pihak wartawan dan editor menulis kembali kenyataan media untuk dijadikan berita.

Pastikan kenyataan media disediakan ringkas dan padat, menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak menggunakan perkataan bombastik, dan penggunaan bahasa yang lancar.

4. Kenyataan media yang dijawab secara lisan yang memerlukan ulasan lanjut perlu disertakan dengan kenyataan media secara bertulis yang lebih lengkap dan dihantar segera kepada semua wartawan dan agensi media.

5. Buat kenyataan media yang memberikan imej positif kepada bisnes dan parti. Lebih banyak tumpukan kenyataan media yang menjurus kepada kelebihan serta keunikan produk dan perkhidmatan.

6. Gunakan semua platform media sosial (Khususnya :Facebook, twitter ) untuk menyampaikan maklumat penting, menjawab persoalan dan berkenaan produk serta perkhidmatan.

7. Elakkan percanggahan memberikan kenyataan media yang hanya memberikan imej negatif kepada bisnes dan syarikat serta tidak menguntungkan.

8. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi dan penggunaan tatabahasa yang betul sebelum memberikan kenyataan media bertulis. Semak berkali-kali dan pastikan semua ejaan ditulis betul sebelum dihantar kepada agensi media.

9. Untuk mendepani atau menangani sesuatu isu dapatkan dulu pandangan daripada pakar dan pelbagai pihak supaya pandangan dan kenyataan media dihasilkan berkualiti dan memberikan imej serta persepsi positif kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan media.

10. Dalami aspek pengurusan media berstrategi untuk jangka pendek dan jangka panjang supaya menghasilkan impak yang optimum.

11. Gunakan grafik yang mudah difahami dan menarik untuk disebarkan dalam semua platform media sosial.

Jika tips ini bermanfaat dipersilakan untuk tekan butang SHARE.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...