Foto: MSTAR |
MENEMPAH tiket pesawat nampak mudah, tapi sebenarnya ia perlu dilakukan dengan teliti. Ini kerana, terdapat banyak maklumat ketika tempahan dibuat akan mempengaruhi perjalanan kelancaran perjalanan anda.
Walaupun kesalahan yang sering dilakukan adalah pada tarikh dan waktu penerbangan, terdapat juga beberapa kesalahan lain sering dilakukan ketika penumpang menempah tiket kapal terbang.
Identiti penumpang
Sentiasalah periksa kembali maklumat identiti penumpang sebelum membuat pembayaran tiket. Ingat! Kesalahan pada ruangan ini sangat meninggalkan kesan khususnya untuk penerbangan antarabangsa.
Perhatikan betul-betul tiada kesalahan nama (sama dengan pasport), nombor pasport betul dan semak juga tarikh tamat tempoh pasport.
Nama lapangan terbang
Kebanyakan orang hanya fokus kepada destinasi, bukan lapangan terbang. Sedangkan, banyak bandaraya di dunia mempunyai lebih dari satu airport, malah dua atau tiga buah. Perhatikan dengan jelas tentang airport yang paling dekat dengan destinasi dituju dan aspek pengangkutan.
Oh ya! Semak juga apakah lapangan terbang semasa ketibaan dan pelepasan anda sama atau tidak.
Penerbangan lanjutan/transit
Sediakan minimum 90 minit jika anda mempunyai transit atau perlu mengambil penerbangan seterusnya. Harus diingat, banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku selagi anda belum menaiki pesawat seterusnya dan banyak yang perlu diurus ketika transit.
Jika anda membuat tempahan penerbangan lanjutan, seelok-eloknya tempahlah dengan syarikat penerbangan yang sama atau menjalinkan kerjasama dengan penerbangan pertama. Juga pastikan anda sampai di ruang menunggu 20 minit sebelum waktu masuk pesawat.
Perbezaan waktu
Berbeza negara khususnya benua bermaksud zon waktu juga berbeza. Contohnya jika anda terbang dari Sydney, Australia pada waktu pagi, anda akan sampai di Los Angeles, Amerika Syarikat juga pada waktu pagi.
Zon waktu ini memang penting, untuk tempahan kenderaan dan penginapan di destinasi yang dituju.
Waktu penerbangan
Setiap syarikat penerbangan mempunyai cara tersendiri apabila menulis waktu penerbangan di tiketnya. Ada yang menggunakan waktu AM dan PM atau waktu 24 jam.
Selalu berlaku, kerana tidak berhati-hati, waktu AM dan PM disangka waktu 24 jam. Jika tidak yakin, hubungi terus operator syarikat penerbangan untuk kepastian mengenai waktu pelepasan.
Berat bagasi
Setiap penerbangan mempunyai peraturan berat bagasi, malah untuk domestik dan antarabangsa juga ternyata berbeza. Dalam hal ini, kesalahan banyak terjadi jika melanjutkan penerbangan dari pesawat biasa ke pesawat tambang rendah. Pesawat tambang rendah biasanya memiliki berat bagasi jauh lebih kecil berbanding pesawat biasa.
SUMBER: -traveller.com.au/ MSTAR ONLINE