MAS Tawar Tambang RM1,359 Ke Lima Destinasi di Australia

GRAFIK: MAS


INFO PENERBANGAN: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tiket penerbangan murah ke lima destinasi utama di Australia sempena ulang tahun ke-10 kerjasama syarikat penerbangan kebangsaan itu bersama Pelancongan Australia.

Tawaran menerusi kempen “Undiscover Australia With Malaysia Airlines”, MAS menawarkan berbaloi untuk tambang pergi balik ke Sydney, Melbourne, Perth, Adelaide dan Brisbane hanya RM1,359 bagi kelas ekonomi dan RM3,709 (perniagaan).

Ketua Pegawai Perolehan MAS, Ignatius Ong, berkata Australia menjadi rakan perniagaan penting sejak 2009 dan bagi menghargai kerjasama itu, pihaknya melancarkan promosi tambang hebat yang boleh ditempah mulai esok.

“Kerjasama pintar ini menyaksikan kedua-dua pihak terus komited dalam mempromosikan destinasi hebat untuk diterokai bersama.

“Penumpang berpeluang menikmati harga menarik ini selama 10 hari bermula esok yang berakhir 2 Februari ini. Tempoh penerbangan bagi promosi bermula 27 Januari hingga 30 Jun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH ONLINE.

Ong berkata, bagi pemegang keahlian Enrich, kempen menawarkan ganjaran dua kali ganda mata Elite Miles bagi kelas ekonomi dan perniagaan.

“Jika penerbangan dengan kelas perniagaan dan penumpang tinggal di Australia minimum 10 hari pula, mereka berpeluang menikmati keahlian Enrich Gold. Manakala satu pemenang dipilih setiap hari sepanjang tempoh 10 hari promosi berlangsung.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.malaysiaairlines.com,” katanya.

Undiscover Australia mensasarkan pengembara dari Malaysia dengan pengalaman pelancongan berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik diperkenalkan.

SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...