Malaysian Airlines Lancar Aplikasi Tempahan Guna Media Sosial

Foto Sumber: The Star

INFO TRAVEL: Perkhimatan yang memberikan keselesaan kepada pengguna untuk membuat tempahan tiket menggunakan media sosial. Itu produk terbaharu dikeluarkan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam perkembangan terbaharu MAS bakal menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang membolehkan pelancong membuat tempahan di laman Facebook dikenali sebagai MHchat yang bakal dilancarkan pada suku ketiga 2018.

Ketua Pegawai Komersialnya, Arved von zur Muehlen berkata, pengguna tidak lama lagi boleh menempah tiket penerbangan dan proses pembayaran melalui Facebook Messenger yang merupakan satu daripada tiga inisiatif digital baharu MAS.

Katanya, MAS memperkenalkan tiga inisiatif digital baharunya bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan agar lebih mesra pelanggan iaitu MHguardian, MHfeedback dan MHchat.




“MHguardian merupakan aplikasi yang membolehkan ibu bapa atau penjaga mengesan perjalanan anak mereka yang mengembara tanpa ditemani keluarga dengan syarikat penerbangan nasional itu.

“MHfeedback pula adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan berkongsi maklum balas dengan segera mengenai pengalaman terhadap perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan aplikasi mudah alih MHguardian, MHfeedback dan MHchat di Bangunan Pengurusan Penerbangan MAS di sini pada 3 April 2018.

Aplikasi Mudah Alih MHchat

Menurut Muehlen, melalui aplikasi mudah alih MHchat pula, pelanggan boleh membuat tempahan, pembayaran dan mendapatkan jadual penerbangan masing-masing dengan pantas dan mudah.

“Pengenalan teknologi digital menunjukkan inisiatif MAS dalam memberikan layanan terbaik kepada pelanggan sekali gus memberi kepuasan kepada mereka ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Aplikasi Mudah Alih MHGuardian

Sementara itu katanya, aplikasi mudah alih MHGuardian hanya akan dilancarkan pada suku ketiga manakala MHchat pula pada suku kedua tahun ini kerana masih dalam tempoh percubaan.

Dalam pada itu katanya, aplikasi mudah alih MHfeedback sudah boleh digunakan sejak Januari lalu dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi tersebut untuk memberi maklum balas kepada MAS.

“Melalui MHfeedback pe­langgan boleh memberi maklum balas kepada kami de­ngan hanya mengimbas kod respon pantas (QR Code). Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh meninggalkan sebarang komen,” katanya.


SUMBER: UTUSAN ONLINE


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...