Foto Sumber; Facebook KFC |
BISNES: Bijak mengambil dan melihat peluang dalam sesuatu isu viral. Begitulah yang berlaku dalam isu daging ayam rendang sejak ia menjadi perdebatan dan perbualan rakyat Malaysia dan dunia.
Segala-galanya bermula ekoran pertandingan MasterChef UK apabila kisah tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan itu kerana ayam rendangnya dikatakan oleh seorang juri pertandingan tidak rangup dan garing.
Tidak berhenti setakat itu sahaja, rakyat Malaysia memulakan 'serangan troll' dengan menganggap juri berkenaan tidak memahami sebenar apa itu masakan rendang ayam.
Foto Sumber: KFC |
KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "Not Rendang" atau "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!" menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.
Selain KFC, satu lagi restoran makanan segara, myBurgerLab juga menggunakan platform media sosial di Twitter.
Sambil memuat naik produknya, iaitu burger ayam goreng dengan kuah dan nada kapsyen nakalnya berbunyi "Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?"
Foto Sumber: twitter.com/myBurgerLab |
Treadell menerusi Twitternya pada 3 April menjelaskan rendang "tidak pernah rangup" dan mungkin telah dikelirukan dengan ayam goreng.
"Rendang adalah hidangan ikonik Malaysia dan tidak seharusnya dikelirukan dengan Indonesia."
"Ia boleh jadi ayam, kambing atau daging lembu. Ia tidak pernah rangup dan tidak patut dikelirukan dengan ayam goreng yang kadang-kala dihidangkan dengan nasi lemak," kata Treadell.
Tweet itu ditujukan kepada kedua juri itu, Gregg Wallace dan John Torode, apabila Treadell juga tag kedua akaun Twitter mereka pada status berkenaan.
SUMBER: KFC/ ASTRO AWANI