Vienna: 'Bandar Impian' Yang Dinobat Bandar Raya Terbaik Dunia

Foto Sumber: StartUs Magazine



VIENNA: Ibu kota Austria sekali lagi mempertahankan kedudukan sebagai bandar raya yang menawarkan kualiti kehidupan terbaik di dunia, manakala Iraq kekal terburuk dalam tinjauan tahunan dilakukan firma perunding Mercer.

Tinjauan Mercer ke atas 231 bandar raya membantu syarikat dan pertubuhan menentukan pampasan dan elaun sara hidup bagi kakitangan antarabangsa.

Kriteria termasuk kestabilan politik, penjagaan kesihatan, pendidikan, jenayah, rekreasi dan pengangkutan.

Eropah mempunyai lapan daripada 10 bandar raya terbaik dunia: Jerman dan Switzerland mempunyai tiga bandar raya setiap satu dalam senarai 10, manakala New Zealand, Kanada dan Australia, masing-masing memiliki satu.

Dengan 1.8 juta penduduk, Vienna mendahului tinjauan untuk sembilan tahun berturut-turut, memaparkan keindahan budaya, penjagaan kesihatan menyeluruh dan kos perumahan sederhana.

Ia diikuti dengan Zurich, kemudian Auckland dan Munich yang berkongsi di tempat ketiga.

Vancouver di tangga kelima, menawarkan kualiti kehidupan terbaik di Amerika Utara. Sementara Singapura di tangga ke-25 dan Montevideo di tempat 77 yang mengetuai bandar raya di Asia dan Amerika Latin.

Bandar raya Afrika yang berada dalam senarai adalah Durban di Afrika Selatan di tempat ke-89. 

Sejarah Bermulanya Vienna

Vienna (Bahasa Jerman: Wien [ʋiːn]) adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria; dengan penduduk sekitar 1.7 juta (2.2 juta di dalam kawasan metropolitan), dan bandar terbesar di Austria dan juga pusat kebudayaan, perekonomian dan politik. 

Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO  dan dari segi kualiti hidup, bandar ini terletak di tempat ketiga.

Selain dikenali sebagai Bandar Muzik kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai "Bandar Impian" kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud.

Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque, serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary. 

Bandar ini menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan seni bina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.

Pada 2005, Economist Intelligence Unit menyatakan Vienna pada kedudukan pertama (seri bersama Vancouver, Kanada) bandar-bandar yang paling sesuai didiami di dunia.

Bandar ini kedudukan pertama pada global kerana inovasi kebudayannya pada tahun 2007 dan 2008, dan pada tempat kelima global (daripada 256 bandar) mengikut Indeks Inovasi Bandar.

Foto Sumber: www.austria.info

Vienna juga menjadi hos persidangan perancangan bandar.Di antara tahun 2005 dan 2010, Vienna menjadi bandar nombor satu di dunia mengikut destinasi kongres antarabangsa dan konvensyen.Ia juga berjaya menarik kira-kira lima juta pelancong setiap tahun.


Tarikan pelancong di Vienna

Tarikan utama pelancong termasuklah Hofburg dan Schönbrunn (juga tempat kepada zoo tertua dunia, Tiergarten Schönbrunn) dan Riesenrad di Prater. Lokasi menarik yang dikunjungi pelancong ialah Burgtheater, Wiener Staatsoper dan aksi menarik Vienna Boys' Choir,


Istana Schönbrunn: Di Vienna terdapat lebih 100 muzium seni dan berjaya menarik pelancong luar seramai lapan juta pelancong setiap tahun.

Tempat popuar di kalangan pelancong ialah Albertina, Belvedere, Muzium Leopold di Museumsquartier, KunstHausWien, BA-CA Kunstforum, Muzium Kunsthistorisches dan Muzium Naturhistorisches serta Technisches Museum Wien.

Para pelancong juga berminat dengan para komposer luar yang tinggal di Vienna antaranya rumah kediaman Beethoven dan kuburnya di Zentralfriedhof (Central Cemetery), kubur terbesar Vienna dan tempat pengebumian ramai tokoh ternama. 

Mozart mempunyai kubur memorial di taman Habsburg dan kubur St. Marx. Pelancong juga berminat akan seni bina rekaan gereja Vienna, antaranya Katedral St. Stephen, Jesuitenkirche, Karlskirche, Peterskirche, Maria am Gestade, Minoritenkirche, theRuprechtskirche, Schottenkirche, St. Ulrich dan Votivkirche.


SUMBER: 

1. REUTERS
2. WIKIPEDIA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...