'Raksaksa Dari Timur': Orang Ramai Main Ski Di Terusan Amsterdam Yang Membeku

Foto Sumber: The Sun.co,uk

CUACA EKSTREM: Jika selama ini Terusan Amsterdam di Belanda sibuk dengan bot bertali arus melalui terusan ini dan dipenuhi pelancong yang bersiar-siar menggunakan kenderaan itu. Namun beberapa hari ini keadaan itu berbeza.

Terusan Prinsengracht, Amsterdam bertukar menjadi 'daratan' dengan orang ramai di Amsterdam mengambil peluang untuk bermain ski dan meluncur di terusan-terusan yang membeku di bandar raya itu.

Kejadian jarang-jarang berlaku itu ekoran Eropah masih belum pulih daripada cengkaman ribut Artik yang digelar sebagai ‘Raksasa dari Timur’  dengan suhu terus berlegar di bawah paras beku dan salji turun di seluruh benua tersebut.

Kota metropolitan Amsterdam mencatatkan suhu -1 darjah Celsius.

Pemandangan di terusan Prinsengracht, Amsterdam menyaksikan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak menyarung kasut ski mereka dan meluncur atas permukaan air yang membeku.

Pihak berkuasa kaji cuaca telah melarang bot-bot daripada melakukan pelayaran di beberapa terusan di bandar raya itu pada minggu ini.

Dalam pada itu media melaporkan dua orang berjaya diselamatkan apabila terjatuh di ais yang tipis ketika bermain ski di terusan itu.

Seorang daripadanya berjaya menyelamatkan diri sendiri manakala seorang lagi diselamatkan oleh orang ramai dan pihak penyelamat.

Berikutan suasana jarang-jarang berlaku orang ramai mengambil kesempatan bersiar-siar di terusan itu serta memuat naik suasana itu di laman media sosial.

Berikut adalah susana demikian:


Foto Sumber: The Sun.Co.UK

Foto Sumber: The Sun.co.uk

Foto Sumber: Associated Press

Foto Sumber:  Associated Press

Foto Sumber: Associated Press

Foto Sumber: Associated Press


SUMBER: THE.SUN.CO UK/ ASSOCIATED PRESS




TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...