Pulau Boracay Di Arah Tutup, Air Laut Bau Najis

Foto Sumber: Klook


INFO TRAVEL: MANILA: "Apabila anda pergi ke kawasan pantai, baunya seperti bau najis."

Demikian ungkapan yang keluar dari mulut Presiden Filipina Rodrigo Duterte bagi menggambarkan keadaan semasa pulau peranginan popular negara itu, Pulau Boracay, lapor AGENSI.

Serentak itu, Duterte mengisytiharkan pulau peranginan tersebut sebagai kawasan bencana dan mengarahkan Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu menutup pulau berkenaan kepada pelancong selama dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai tahun ini.


Keindahan Pulau Boracey. Foto Sumber: ARAB NEWS

Duterte turut mengarahkan langkah pembersihan selama enam bulan di sekitar kawasan pulau dan laut bermula semalam (Rabu).

Penduduk dan pengusaha di pulau terbabit juga digesa memberi kerjasama dengan membersihkan kawasan pulau.

Susulan arahan, Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli mengesahkan menemui bukti pelanggaran undang-undang alam sekitar antarabangsa di Pulau Boracay.


Foto Sumber: Boracey

Pasukan khas jabatan terbabit kini sedang mengenal pasti sama ada pembangunan di kawasan pulau terbabit menggunakan saluran pembetungan utama yang betul atau mempunyai kemudahan rawatan air kumbahan sendiri.

Siasatan turut mengenal pasti sekiranya terdapat aktiviti pembuangan sisa kumbahan ke laut.

Sebelum terdapat laporan yang menunjukkan bahawa lebih daripada 60 punca pencemaran termasuk resort lima bintang yang didapati membuang air sisa kumbahan mereka yang tidak dirawat terus ke laut.


Foto Sumber: 123RF Stock Photos


SUMBER: AGENSI

Popular posts from this blog

AirAsia X Tawar Harga Promosi 'Gila-Gila' Bermula RM288

Singapore Airlines Henti Hidang Kacang Tanah

Tawaran 'Gila-Gila': Malaysia Airlines Tawar Potongan Harga Sehingga 40%