Foto Sumber: MET MALAYSIA |
KOTA KINABALU: Berita mengejutkan rakyat Sabah. Satu gempa bumi berukuran kekuatan pada skala 5.2 magnitud menggegarkan Ranau pada kedalaman 5 kilometer.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya menyatakan kejadian gempa bumi itu berlaku pada jam 9.06 malam
Gempa bumi sederhana telah berlaku di Ranau,Sabah pada 9:06 malam 08/03/18,
Lokasi : 6.1 Utara dan 116.6 Timur
Magnitud : 5.2
Kedalaman : 5km
Gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer barat laut Ranau pada jam 9.06 malam tadi.
Media melaporkan, gegaran akibat gempa bukan sahaja dirasai di daerah berhampiran seperti Kota Belud dan Tuaran, malah sehingga ke Kota Kinabalu dan Papar, selain Lahad Datu di pantai timur.
Kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.
Gegaran antara 5 hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di pangsapuri sekitar bandar raya ini bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan bangunan.
Setakat ini, Jabatan Meteorologi berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan.
Di media sosial orang ramai memuat naik suasana orang ramai keluar dari rumah ekoran gempa bumi itu.
Sementara itu MSTAR ONLINE melaporkan Lebih 100 pendaki bergegas turun ke tempat selamat di Laban Rata di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda kawasan Ranau di Sabah pada Khamis malam.
Presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, tiada laporan kecederaan atau kerosakan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.06 malam.
Penduduk Kundasang berkata, gegaran kuat berlaku selama dua hingga tiga saat.
Gegarannya dirasai di bahagian barat Gunung Kinabalu dari Kota Belud, Tamparuli, Kiulu dan bandar di sini serta di Penampang dan Papar.
Bagaimanapun, Soibi buat masa ini tidak dapat mengesahkan sekiranya terdapat kerosakan pada struktur di puncak gunung di mana gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Gunung Kinabalu tiga tahun lalu, mengorbankan kira-kira 18 pendaki dan malim
Sumber: FB BH ONLIEN |
Foto Sumber: FB BH Online |
Foto Sumber: FB BH ONLINE |
Foto Sumber: FB Sarawak Edition |