UFO hijau di langit Scotland?



MISTERI GLOBAL: Kisah mengenai Objek Tidak Dikenali (UFO) tidak pernah habis. Pelbagai teori dikeluarkan. Namun kemunculan misteri terbaharu menggemparkan.

EDINBURGH, Scotland – Satu objek hijau yang mengeluarkan cahaya terang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berjaya dirakam di ruang udara di sini sebelum malam Tahun Baru, Sabtu lalu.

Kira-kira 300 orang mendakwa mereka melihat meteor besar bercahaya itu sebelum berkongsi gambar dan rakaman di laman sosial, lapor AGENSI.

Sebilangan individu pula menyangka ia percikan bunga api beberapa minit sebelum sambutan Tahun Baru 2018.

“Kami lihat meteor berwarna hijau terbang melepasi kedai Nord Bottleshop di Teluk Whitley ketika sedang menikmati minuman di situ,” kata seorang pengguna internet, Alyson Dodd.

Ahli fizik terkenal, Profesor Brian Cox menerusi Twitter turut meluahkan rasa kecewanya kerana terlepas untuk menyaksikan fenomena aneh itu.

SUMBER: AGENSI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...