Bitcoin Haram Dengan 10 Sebab – Dar Ifta’ Mesir



Terjemahan bebas oleh Muhammad Suhaimi

Dar al-Ifta’ Mesir hari ini mengeluarkan satu kenyataan sekitar hukum syara’  berkenaan transaksi yang melibatkan matawang Kripto iaitu Bitcoin. 

Ia dinyatakan sebagai haram berikutan risiko yang mampu menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi. 

Selain mewujudkan suatu atmosfera meragukan, ia juga turut tidak memenuhi syarat-syarat ketat yang digariskan syara’ bagi membolehkannya diterima untuk digunakan umum.

Ketahui 10 alasan berkenaan yang dinyatakan oleh Dar al-Ifta’ Mesir :

Risiko pencerobohan sistem keselamatan elektronik.

Merupakan bahaya kepada sistem kewangan sesebuah negara dan bank pusat.

Kemungkinan menjadi jalan meloloskan diri daripada sistem keselamatan bagi melakukan perkara di luar batasan undang-undang.

Ia menghalang penjenayah seperti kumpulan pengganas Daesh, sindiket dadah, pengubahan wang haram dari dihadapkan ke muka pengadilan.

Ia terdedah kepada unsur gharar (ketidakpastian), penipuan dan penyelewengan.

Ia merupakan matawang elektronik secara mutlak, yang hanya wujud di dunia maya sahaja.

Ia matawang digital yang tidak berpusat, dan tidak wujud secara fizikal dan tidak boleh dibida.

Terdapat sisi unknown atau tidak diketahui.

Tidak harus berjual beli atau membuat transaksi atau ‘aqd dengannya di sisi syara’.

Tiada pihak autoriti berpusat yang mengawalnya seperti bank negara.

Pautan asal di :http://bit.ly/aimarticle001

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...