Musim`Winter Sonata' di Malaysia Berakhir?

Screenshot: weather.com

MALAYSIA: Beberapa hari sejak 11 Januari 2018 lalu, kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan di Malaysia mengalami penurunan suhu sehingga 21 darjah celcius.

Namun keadaan itu berakhir hari ini (15 Januari 2018) apabila kebanyakan kawasan mencatatkan suhu di antara 30 hingga 32 darjah Celsius, yang dicatatkan jam 1 tengah hari hingga 2 petang (15 Januari).

BACA: Fakta Menarik Berkenaan Cuaca Sejuk Dialami Di Malaysia 2018
http://ezli007.blogspot.my/2018/01/fakta-menarik-berkenaan-cuaca-sejuk.html

BH ONLINE melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari, berkata berdasarkan catatan suhu yang direkodkan pada jam 1 hingga 2 petang, suhu rendah yang dialami akan berlalu mulai hari ini.

"Mengikut rekod, suhu di Petaling Jaya adalah 31 darjah Celsius, manakala di Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Butterworth, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak dicatatkan suhu 30 darjah Celsius. Prai, Pulau Pinang dan Kuala Kangsar Perak masing-masing 32 darjah Celsius dan Sitiawan mencatatkan suhu 31 darjah Celsius.

"Pantai Timur Semenanjung masih mendung dan suhu yang dicatatkan sekitar 25 hingga 26 darjah Celsius yang dicatatkan pada jam 1 hingga 2 petang tadi," katanya.

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia setakat jam 10 pagi ini, Kota Bharu mencatatkan suhu 22 darjah Celsius kedua tertinggi selepas Cameron Highlands, manakala Kuala Pilah yang sebelum ini mencatatkan suhu 21 darjah Celsius, pada jam ini mencatatkan 23 darjah Celsius menyamai suhu di Kuala Terengganu dan Kuantan.

Lain-lain kawasan seperti Melaka, Alor Setar, Senai dan Chuping mencatatkan 23 darjah Celsius sehingga jam 10 pagi.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah merekodkan paling rendah iaitu 21 darjah Celsius sejak tengah malam Khamis hingga awal pagi, Jumaat lalu.

Cuaca dingin yang melanda negara sejak Jumaat itu adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku ketika monsun timur laut.

Ia akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.

SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...