Erdogan: Pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Amerika tidak sah



ISTANBUL 11 DIS: Keputusan dibuat pada mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC), minggu depan akan menunjukkan bahawa pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bukan mudah untuk dilaksanakan.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata pihaknya akan menjelaskan kepada interlokutor bahawa keputusan AS tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, diplomasi atau kemanusiaan.

"Kami akan menjelaskan kepada interlokutor (semua pihak yang terbabit dalam perbincangan) bahawa keputusan AS tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, diplomasi atau kemanusiaan.

"Dengan pelan tindakan yang akan kami wujudkan ketika mesyuarat OIC, kami akan menunjukkan keputusan itu bukan mudah untuk dilaksanakan," katanya sambil menambah Turki beranggapan pengumuman Presiden Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis tidak sah.

Erdogan berkata demikian dalam satu perhimpunan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di wilayah tengah Turki di Sivas.

Beliau merujuk interlokutor yang dimaksudkan termasuklah Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta Paus Francis.

OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar di Turki, 13 Disember ini untuk mengumpul tindak balas terhadap keputusan dibuat AS.

OIC yang diwujudkan pada 1969 terdiri daripada 57 anggota dengan negara majoriti Islam atau populasi besar umat Islam.

Pengumuman Trump juga mengecewakan sekutu AS di Barat.

Dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Sweden menggesa AS mengemukakan cadangan terperinci satu penyelesaian Israel-Palestin. 

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...