Angkasawan rakam UFO masuki atmosfera bumi?





OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL SENSASI: Sekumpulan ahli teori konspirasi angkasa lepas mendakwa pihak berkuasa dan berkaitan mungkin menyembunyikan fakta berkenaan objek angkasa lepas memasuki ruang udara bumi yang mungkin sebuah kapal angkasa makhluk asing.

Imej objek tidak dikenali (UFO) berjaya dirakam seorang angkasawan yang dipercayai kapal angkasa makhluk asing sedang turun menjunam ke atmosfera bumi.

Objek berkenaan dirakam oleh Paolo Nespoli dari Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) yang menunjukkan sebuah objek cerah bergerak pantas memasuku ruang udara bumi pada 5 November 2017 lalu di luar  Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Laman YouTube SecureTeam10 yang dikendalikan Tyler Glockner yang mendakwa ESA dan NASA menyembunyikan kewujudan makhluk asing di dalam video yang kini disaksikan sebanyak 1.1 juta kali.

Dia percaya tindakan ESA mengeluarkan kenyataan pantas selepas penemuan objek aneh itu membuktikan mereka cuba menyembunyikan kebenaran mengenai kunjungan mahkluk asing ke bumi.

"Mengapa mereka melakukan perkara ini? Saya tidak fikir ia adalah bebola api sama sekali," katanya.

Bola api itu bergerak pada kelajuan 89,478 batu sejam apabila ia menjunam ke atmosfera bumi.

Kelajuan objek tersebut adalah dua kali ganda berbanding kebanyakan meteorit, kata ESA.

Namun, Glockner percaya objek semula jadi itu tidak akan bergerak pada kelajuan seperti ini.

Detlef Koschny, pengarah bahagian Objek Near Earth (NEO) dari pasukan Space Situational Awareness ESA, berkata: "Ia kelihatan seperti meteor yang terang, atau bola api.

'Ia dapat melihat bola api menerangi awan dari atas, jadi itu pasti dekat dengan mereka - dan dekat dengan anggota Bumi. Ia juga kelihatan menunjukkan sedikit ekor.

Nigel Watson, pengarang Manual Penyiasatan UFO, berkata: 'Saya lebih suka percaya ESA daripada SecureTeam10 pada bila-bila masa.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...