AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia buat kali ke-5



BISNES: Nampaknya tuah syarikat penerbangan AirAsia terus melonjak apabila dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut.

Pemilihan itu dibuat pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam pada 10 Disember 2017 lalu.

Syarikat penerbangan tersebut menerima undian tertinggi daripada penggiat dan profesional dalamindustri itu dari seluruh dunia.

Dalam kenyataan, AirAsia berkata, pihaknya juga memenangi anugerah Krew Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia yang julung-julung kali diperkenalkan.

Ia mengatasi  Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, kulula, Mango dan fastjet.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, beliau gembira dan berbangga menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia oleh WTA bagi tahun kelima berturut-turut.

Sebelum ini AirAsia membuka langkah ke hadapan apabila melantik Neelofa sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Air Asia.




Pelantikan Neelofa ini selepas kejayaan diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan Air Asia.

KLIK: https://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-airasia-perkongsian-bijak.html

Malah, jenama itu dilaporkan bakal meraih jualan sebanyak RM200 juta tahun ini dan dipasarkan di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Neelofa juga mempunyai reputasi sebagai ahli perniagaan wanita terkemuka di Malaysia dan antara segelintir kecil rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai usahawan muda pengubah ‘30 Under 30′ (Kelompok 30 di bawah usia 30 tahun).

KLIK: https://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-kaji-laporan-tahunan-airasia.html

TERKINI

Hikma Nursya: Miliki Wajah Persis Pelakon Filem Bukan Penghalang Ceburi Kerjaya Mencabar

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa OLEH: MOHD EZLI MASHUT INSPIRASI | Persis seperti pelakon filem dan sinetron tidak menjadi peng...