Disediakan Oleh : Mohd Ezli Mashut
Sekinchan, sebuah perkampungan nelayan dan kawasan pertanian yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor, semakin mendapat perhatian sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara. Pekan ini terletak kira-kira 1.5 jam - 2 jam pemanduan dari ibu kota Kuala Lumpur.
Keindahan semulajadi dan keunikan budaya serta makanan yang ada di Sekinchan menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi.
Sistem penanaman padi yang sistematik dan terbaik menjadi ikon negara dalam teknik penanaman makanan penting itu sehingga dijadikan model 'tanam padi ala Sekinchan' di seluruh negara.
Sekinchan juga menjadi kampung pertama di dalam negara yang menyediakan pembayaran tanpa tunai (Kod QR) kepada pelancong bandar dan pelawat celik digital, setelah melancarkan Tahun Melawat Sekinchan 2023.
Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung yang dilancarkan pada Julai 2022.
Berikut adalah 18 lokasi penting untuk dikunjung di Sekinchan sekarang, terutamanya dengan keindahan sawah padi disamping menikmati kepelbagaian makanan yang unik dan produk IKS.
1. Rasai Kedamaian dan Keselesaan Masjid Pekan Sekinchan
Kunjungilah Masjid Pekan Sekinchan sebagai permulaan anda tiba di kawasan ini. Dengan moto "KE ARAH MENJADI MASJID MESRA MUSAFIR" bersamalah kita memakmurkan masjid dan mulakan kembara di kawasan ini.
Masjid Pekan Sekinchan dibina pada tahun 1982 yang diilhamkan penubuhannya oleh YB Haji Mohd Kassim B Mohd Yusof ketika beliau menjadi ADUN kawasan bersama-sama pemimpin tempatan.
Masjid mula-mula dikenali sebagai Masjid Taliair 6, Masjid yang berkapasiti 300 jemaah dengan jarak 1KM dari Pekan Sekinchan dan Jalan Utama Kuala Selangor Teluk Intan terletak pada lot 11068 dengan keluasan kawasan 4,651 ekar,Pekan Sekinchan,Mukim Pasir Panjang Daerah Sabak Bernam juga dikenali sebagai Masjid Pekan Sekinchan.
Setelah 3 tahun beroperasi, Jawatankuasa ketika itu bersetuju menamakan masjid ini dengan nama Masjid Nurul Alaniah Pekan Sekinchan.
Masjid ini terus berkembang dengan pelbagai kemudahan dari hasil sumbangan orang ramaim penderma-penderma dan agensi-agensi serta badan korporat.
Lokasi : Jalan Masjid, Pekan Sekinchan, Sekincan, Malaysia, 45400
INFO : linktr.ee/masjidpekansekinchan
2. Keindahan Sawah Padi yang MenguningSumber Foto : CelcomDigi
Sekinchan terkenal dengan pemandangan sawah padi yang luas dan subur. Ketika musim menuai, sawah padi bertukar menjadi lautan emas yang menguning, mencipta panorama yang menakjubkan.
Sawah padi yang terbentang luas ini bukan sahaja menjadi pemandangan yang memukau, tetapi juga latar belakang yang sempurna untuk fotografi. Untuk rekod, banyak filem dan drama terkenal menjadikan latar belakang keindahan sawah padi sekitar Sekinchan dan kawasan bersebelahan dalam penggambaran.
Anda boleh menikmati suasana yang damai sambil berjalan-jalan di antara petak-petak sawah, menaiki basikal sewa atau mengambil gambar untuk kenangan.
3. Pengalaman Menyaksikan Bagaimana Padi DituaiDron digunakan dalam aktiviti pertanian di Sekinchan. Foto : Ezli
Selain daripada menikmati pemandangan, anda juga boleh merasai sendiri pengalaman melihat bagaimana padi dituai menggunakan jentera. Terdapat beberapa ladang di Sekinchan yang menawarkan aktiviti memetik padi kepada pelancong.
Aktiviti ini memberi peluang kepada anda untuk memahami proses penanaman dan penuaian padi dengan lebih mendalam. Ia bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik, terutamanya bagi kanak-kanak yang jarang berpeluang melihat aktiviti pertanian secara langsung.
Kita juga boleh menyaksikan bagaimana mempelajari dan melihat sendiri teknik penanaman padi yang sistematik. Untuk rekod Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan terkenal dan diperluaskan ke seluruh kawasan penanaman padi di seluruh negara berikutan projek rintis yang dilaksanakan berjaya memberi hasil tuaian memberangsangkan.
4. Mengunjungi Kilang Padi
Satu lagi tarikan utama di Sekinchan adalah kilang padi. Lawatan ke kilang padi memberikan anda peluang untuk melihat proses pemprosesan padi dari awal hingga menjadi beras yang siap dimakan.
Di sini, anda boleh belajar tentang pelbagai jenis padi, cara penyimpanan, dan teknik pemprosesan. Kita juga boleh melihat dan melawat galeri padi yang memberikan informasi peralatan dan teknik penanaman padi. Kilang padi itu juga menyediakan lawatan berpandu yang sangat informatif, menjadikan pengalaman ini lebih menarik dan bermakna.
Kilang Pemprosesan Padi
Alamat: Lot 7260, Jalan Tali Air 5, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
Nama sahaja galeri namun ia sebenarnya merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan juga kedai, 4 dalam 1. Harga tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk anak-anak.
Disini pengunjung akan berpeluang untuk mengetahui pelbagai info menarik mengenai padi dan beras, iaitu makanan asasi rakyat Malaysia. Anda akan diberi tontonan sebuah dokumentari mengenai sejarah padi, perkembangan teknologi dalam penanaman padi dan seumpamanya.
5. Makanan Laut yang Segar
Sekinchan bukan sahaja terkenal dengan sawah padinya, tetapi juga dengan hasil laut yang segar. Sebagai sebuah perkampungan nelayan, Sekinchan menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan lazat.
Restoran-restoran di sekitar kawasan ini menyediakan hidangan laut yang baru ditangkap, termasuk ketam, udang, sotong, dan pelbagai jenis ikan. Anda boleh menikmati hidangan seperti mee udang, nasi goreng ketam, atau ikan bakar yang pasti memuaskan selera anda.
Keunikan di sini juga adalah jualan makanan laut mentarang dan lebih mudah anda boleh merasai keenakan dan keunikan rasa mentarang yang dijual di restoran di tepi jalan-jalan utama di Sekinchan.
6. Rumah-Rumah Tradisional Nelayan
Perkampungan nelayan di Sekinchan masih mengekalkan rumah-rumah tradisional yang unik. Rumah-rumah ini dibina di atas tiang-tiang tinggi untuk mengelakkan banjir ketika air pasang. Struktur dan rekabentuk rumah-rumah ini menarik untuk dilihat dan memberikan anda gambaran tentang cara hidup nelayan tempatan.
Anda boleh berjalan-jalan di sekitar perkampungan ini dan melihat aktiviti harian penduduk dalam industri perikanan yang sederhana tetapi penuh dengan kebahagiaan. Anda juga boleh menikmati kepelbagaian jenis hasil segar laut yang dijual di Bagan Sekinchan pada harga menarik.
7. Mengunjungi Pasar Basah
Pasar basah di Sekinchan adalah tempat yang ideal untuk melihat dan membeli hasil laut yang segar serta hasil pertanian tempatan. Pasar ini menawarkan pelbagai jenis ikan, sayur-sayuran, dan buah-buahan yang segar dan berkualiti.
Pengalaman membeli-belah di pasar basah ini memberikan anda peluang untuk merasai kehidupan tempatan yang autentik. Anda juga boleh berinteraksi dengan penduduk setempat dan belajar tentang budaya serta cara hidup mereka.
8. Ladang Buah-Buahan Tempatan
Sekinchan juga mempunyai beberapa ladang buah-buahan yang menawarkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti mangga, jambu, dan sayuran. Anda boleh melawat ladang-ladang ini dan merasai buah-buahan yang segar dan manis terus dari pokok.
Sesetengah ladang juga menawarkan aktiviti memetik buah di mana anda boleh memetik sendiri buah-buahan yang anda inginkan. Ini adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik, terutamanya bagi kanak-kanak.
9. Penginapan Homestay
Untuk merasai pengalaman yang lebih mendalam di Sekinchan, anda boleh memilih untuk menginap di homestay yang disediakan oleh penduduk tempatan.
Homestay ini menawarkan penginapan yang selesa dan peluang untuk berinteraksi dengan keluarga angkat. Anda boleh belajar tentang budaya dan cara hidup masyarakat tempatan secara langsung.
Homestay di Sekinchan juga biasanya terletak berhampiran dengan kawasan sawah padi, memberikan anda pemandangan yang indah setiap hari.
10. Lawatan Ke IKS Dan Pembuatan Produk Makanan Tradisional
Anda boleh merasai sendiri melihat pembuatan baulu dan membeli produk IKS di MHP Enterprise Di Parit 7 Sungai Leman. Di sini anda boleh membeli buah tangan daripada produk makanan IKS dan baulu panas.
Ia bagaikan 'Syurga Makanan IKS' kerana Wisma MASRI menjadi pusat sehenti produk kampung serta industri kecil sederhana di kawasan sini dan daerah berhampiran yang menawarkan pelbagai produk makanan ringan dan kerepek pada harga menarik.
Bukan itu sahaja pelbagai kuih-muih yang selalunya ada semasa musim perayaan ada dijual di sini. Lebih penting pembuatannya adalah 'fresh' dan terkini.
Bangunan WISMA MASRI juga menempatkan Agro Bazaar turut menyediakan kemudahan tempat letak kereta lebih luas dan premis lebih selesa serta ada kemudahan restoran makanan (ayam pasu). Di sekitar kawasan ini pelbagai kedai makan menarik ada seperti mentarang dan makanan eksotik.
MHP Enterprise beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang.
Jom lengkapkan percutian hebat anda dengan mengunjung MHP Enterprise (WISMA MASRI).
Info Lanjut :MHP ENTERPRISE SDN BHD
LOT 14191, PARIT 7 SUNGAI LEMAN, SEKINCHAN,SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
Tel: 03- 3241 3957
BLOG : https://mhp2020.blogspot.com/
WEBSITE : https://mytezla.wixsite.com/mymasrimall
11. Menyaksikan pesawat Boeing 727 di tengah sawah di Terminal Sekinchan
Sumber Foto : Terminal Sekinchan
Sejak kisah pesawat itu tular ia mendapat liputan luas media sosial dan menjadi lokasi OOTD kepada pengguna untuk diabadikan di laman sosial.
Penggunaaan dron juga menjadi pilihan pengguna media sosial untuk mengambil foto terbaik dan menarik. Mengikut rekod pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan sudah berusia lebih 40 tahun.
Jika pada waktu yang tepat, kita boleh mengambil foto menarik sambil menikmati keindahan pemandangan sawah padi berlatar belakangkan sebuah kapal terbang.
Kapal terbang itu menjadi tarikan pengunjung ke kawasan berkenaan ketika tinjauan di Jalan Parit Lima Sekinchan, Selangor.
12. Pantai Redang - Tarikan di Sekinchan
Pantai Redang
Alamat: Jalan Pantai Redang, Sekinchan, Selangor
Waktu beroperasi: Boleh dilawati bila-bila masa sahaja
Pantai Redang adalah merupakan pantai yang sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah dalam kalangan pelancong luar juga. Pantai ini adalah pantai umum dan tiada bayaran masuk di kenakan.
Untuk makluman anda, di pantai ini anda tidak boleh bermandi manda. Namun usah risau, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bermain layang-layang, melihat matahari terbenam, bermain pasir, memancing dan sebagainya.
Pada hujung minggu dan cuti am, anda boleh menyaksikan kemeriahan di kawasan pantai Redang dan banyak gerai-gerai kecil makanan dan minuman ada sambil menikmati angin pantai dan kanak-kanak bermain layang-layang sambil mendengar desiran ombak.
13. MSekin Wonderland
MSekin Wonderland, sebuah taman tema air yang terletak di Sekinchan, adalah surga bagi keluarga yang mencari keseronokan dan hiburan.
Taman tema ini menawarkan pelbagai gelongsor air dan kolam renang yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dari gelongsor air yang mendebarkan hingga kolam renang yang tenang, terdapat sesuatu untuk setiap anggota keluarga.
Untuk keluarga yang membawa kanak-kanak, MSekin Wonderland menyediakan zon khas yang dilengkapi dengan permainan dan aktiviti yang sesuai untuk usia mereka.
Ini memberikan ruang yang selamat dan menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk bermain sambil ibu bapa dapat berehat. Selain itu, taman tema ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman di kafe dan restoran yang terletak di dalam kawasan taman.
Setelah bermain, pengunjung dapat menikmati hidangan lazat sambil menikmati pemandangan indah taman tema ini. Dengan lokasinya yang menarik, Sekin Wonderland menyajikan suasana yang menyenangkan dan menjadi tempat best di Sekinchan untuk bersantai dan bersenang-senang.
Waktu operasi: 10.00 pagi – 7.00 malam (setiap hari)
Alamat: Lot 1810, Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor telefon: 012-325 5633
Laman web: Sekin Wonderland
14. Sekinchan Coconut Farm
Sekinchan Coconut Farm, ladang kelapa yang terletak di Sekinchan, menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik. Di sini, pelawat dapat menikmati pengalaman melawat ladang kelapa dan mempelajari tentang proses pertanian kelapa.
Ini bukan hanya memberikan pengetahuan baru tentang pertanian kelapa tetapi juga kesempatan untuk menyaksikan keindahan alam Sekinchan. Pelawat juga berpeluang untuk mencuba dan membeli pelbagai produk yang dibuat dari kelapa, seperti minyak kelapa dan santan, yang merupakan bagian penting dari kuliner Malaysia.
Demonstrasi pembuatan produk kelapa di ladang ini memberikan wawasan tentang proses tradisional dan modern dalam pembuatan produk kelapa. Ini memungkinkan pengunjung untuk mengapresiasi usaha dan ketrampilan yang terlibat dalam proses tersebut.
Selain itu, lokasi ladang ini menawarkan peluang fotografi yang menarik dengan latar belakang ladang kelapa yang luas dan hijau. Ini menjadikan Sekinchan Coconut Farm bukan hanya tempat menarik di Sekinchan untuk belajar tentang pertanian kelapa tetapi juga lokasi yang sempurna untuk mengabadikan kenangan indah di Sekinchan.
Ladang ini menggabungkan keindahan alam, budaya, dan pendidikan, menjadikannya salah satu destinasi yang wajib dikunjungi bagi siapa saja yang jalan-jalan di Sekinchan.
Alamat: Lot No. 11304, Jalan Tepi Sawah, Kampung Parit Empat, Sekinchan, Selangor
Nombor telefon: 016-205 0660
Laman web: Sekinchan Coconut Farm
15. Laman Tebu Aidil
Laman Tebu Aidil merupakan destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin menyelami dunia pertanian tebu. Di sini, pelawat berpeluang untuk menyaksikan proses penanaman dan penuaian tebu, memberikan mereka wawasan tentang siklus pertanian yang penting ini.
Pengalaman ladang tebu ini bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan, menjadikannya tempat menarik di Sekinchan yang sesuai untuk semua umur.
Selain itu, tidak ada yang lebih memuaskan daripada menikmati kesegaran air tebu asli yang ditumbuk di tempat. Rasa manis dan segar air tebu yang baru diperas menawarkan penyejuk yang sempurna di bawah terik matahari Malaysia.
Pendidikan tentang pertanian tebu di Laman Tebu Aidil juga membantu pengunjung memahami pentingnya tanaman ini dalam industri makanan.
Melalui pelbagai aktiviti pendidikan, pengunjung dapat belajar tentang cara tebu ditanam, dipelihara, dan diproses. Lokasi ladang tebu yang luas ini juga menyediakan latar belakang yang indah untuk sesi fotografi, menjadikannya tempat bergambar di Sekinchan yang menarik.
Dengan pemandangan sawah tebu yang hijau dan luas, pengunjung dapat merakam kenangan indah mereka di Sekinchan.
Harga tiket: Tiada tiket dikenakan untuk masuk ke laman tebu. Anda hanya perlu membayar untuk makanan dan minuman yang anda pesan di kedai.
Waktu operasi: Kedai dibuka pada hari Khamis hingga Isnin bermula 11.30 pagi hingga 7.30 petang.
Alamat lengkap: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Nombor telefon: 017-276 2010 (Aidil) atau 019-253 1566 (Ina).
Alamat web: Laman Tebu Aidil
16. Triangle Farm Cottage House
Triangle Farm Cottage House menawarkan pengalaman menginap yang unik dengan rumah kotejnya yang berbentuk segitiga yang menarik. Terletak di tengah-tengah sawah padi, penginapan ini memberikan pemandangan yang menenangkan dan memukau.
Penginapan ini sempurna bagi mereka yang ingin lepas dari hiruk-pikuk kehidupan kota dan mencari ketenangan. Pengunjung akan dibuai oleh suasana alam yang damai, menjadikan Triangle Farm Cottage House sebagai tempat istimewa untuk melepas penat.
Selain menikmati pemandangan sawah padi yang mempesona, pelawat juga boleh terlibat dalam aktiviti rekreasi seperti berbasikal atau berjalan kaki di sekitar kawasan.
Aktiviti ini memberikan peluang untuk mengeksplorasi keindahan alam Sekinchan lebih dekat. Keunikkan penginapan dan kedekatan dengan alam menjadikan Triangle Farm Cottage House sebagai tempat menarik di Sekinchan, terutama bagi mereka yang mencari pengalaman menginap yang berbeza dan menghampiri alam.
Harga tiket: RM 250 – RM 350 untuk setiap rumah segitiga, bergantung pada hari dan musim
Waktu operasi: Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk mengetahui ketersediaan dan tempahan
Alamat lengkap: Lot 11304, Kampung Site B Tambahan Jalan Tepi Sawah, Sekinchan 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor telefon: 017-206 8666
Alamat web: farmvillehomestay.com.my
17. Perkampungan Nelayan Sekinchan
Perkampungan Nelayan Sekinchan memberikan peluang untuk mengalami kehidupan sehari-hari nelayan setempat. Di sini, pengunjung dapat ikut serta dalam aktiviti memancing atau menaiki bot nelayan, memberikan mereka pengalaman yang autentik dan mendalam.
Makanan laut tradisional yang disediakan oleh penduduk kampung juga merupakan daya tarik utama, di mana pengunjung dapat menikmati hidangan yang segar dan enak.
Perkampungan ini juga memberikan peluang untuk belajar tentang budaya dan tradisi nelayan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk memahami dan menghargai kehidupan nelayan.
Kawasan ini juga bagus untuk pengamatan burung, terutama pada waktu tertentu dalam tahun, menambah variasi aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Fotografi budaya juga menjadi salah satu tarikan di perkampungan ini, di mana pengunjung dapat merakam keindahan dan keunikan budaya nelayan melalui fotografi.
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 24 jam
Alamat lengkap: Jalan Bagan, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
18. Nikmati Keunikan Makanan di Restoran Lembah Bernam
Adakah anda penggemar makanan eksotik atau berani untuk mencuba sesuatu yang baru? Jika boleh meneroka makanan eksotik, Restoran Lembah Bernam di Sekinchan ini adalah lokasi yang menepati citarasa anda.
Turut menghidangkan masakan kampung yang enak, restoran ini terletak di Jalan Main Canal, kawasan Tali Air 9 di Pasir Panjang.
Ia bukan hanya menghidangkan hidangan makanan kampung yang enak dan unik malahan ia turut menghidangkan masakan yang sukar diperolehi di restoran-restoran biasa seperti hidangan rusa dan belut yang lazat serta makanan ala-kampung.
Sistem penyediaan dan pembayaran serta ruang makanan dan letak kenderaan juga selesa sambil menikmati suasana damai kampung'
📍Jalan Ban Kanal Tali Air 9, Sekinchan, Pasir Panjang
Waktu Operasi :
Setiap hari Isnin - Ahad ( Jumaat CUTI )
dari JAM 11 TENGAH HARI - 5.00 Petang
Kesimpulan
Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diterokai kawasan dan tempat makanan menarik di sekitar Sekinchan dan kawasan bersebelahannya.
Jom apa lagi, terokai dan mulakan pengembaraan anda ke Sekinchan.
INFO TANBAHAN| Mahu rasai kelainan dan kedamaian suasana kampung sambil menikmati dan bersiar-siar sekitar Sekinchan dan sawah padi ?
Mahu dapatkan kawasan penginapan inap desa?
Kami kongsikan senarai inap desa yang terdapat di sekitar PEDi Kampung Sungai Leman, Sekinchan.
HOMESTAY DI SEKINCHAN
Homestay Anak Ucik -012-2860685
Homestay Taman Aman - 016-309 0116
Casa Warna Homestay - 019-369 7492
Cikgu Mis Taman Ria Homestay - 016-7237615
D'Menara Bayu Homestay - 013-623 2276
D'palong Homestay - 019-248 1976
Homestay Cik Nor Sekinchan - 011-1126 4521
Homestay ELDA - 012-906 4881
Nael's homestay - 019-217 0832
Bendang Tari Homestay - 017-205 5957
Kayu Cottage - 012-286 5350
Paddy View Homestay & Chalet - 019-617 5688
D VILLAGE HOME COTTAGE -019-275 1460
3G Homestay – 013-330 9786
Homestay D'Sungai Leman - 019-663 1783
QISMANNARIS HOMESTAY Jalan Tali Air 7 Pantai - 0123601656
D'Bella Homestay Parit 7 - 01118616983
ROOM & HOMESTAY D'SAYANGKU - 013-793 3352
TERATAK 3 BERADIK HOMESTAY - 019-299 3438
Inap Desa Sa'diah Maksu - 013-388 6426
Resmi Padi Homestay - 019-326 8263
De Rimbun Inn Resort & Camp - 011-5962 1995
ANAK KAMPUNG REST HOUSE , TALI AIR 8 - 013-379 8883
Homestay Kulaan 1 - 018-577 9904
Homestay Tali Air 7 ban 3 – 0173392418
PAK MAT HOMESTAY – 011-17127175
Hometay D Paddy - 0124322476
Homestay MK Kayah Villa - 01111137866
Homestay Anjung Permai Parit 9 - 010-406 1960
Chalet Cikgu Wawa – 0193275210
Homestay Kampung Style - 0122785839
Homestay Anggun Perunak - 019-514 6532
D’ Jom Stay – 0166384684
TOK MAT LOT 8485 – 0162929311
Kolam House - 0192650821
Homestay Pepadi – 0176144720
Anjung Pool Villa – 0122352024
Homestay Pasir Panjang Sekinchan – 0147324852
Purple Pool Villa Tali air 11 – 0133559209
Kesimpulan
Sekinchan menawarkan pelbagai pengalaman menarik yang tidak boleh dilepaskan. Dari pemandangan sawah padi yang menguning, makanan laut yang segar, hingga aktiviti-aktiviti budaya yang unik, Sekinchan mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Melawat Sekinchan bukan sahaja memberikan anda peluang untuk berehat dan menikmati keindahan alam, tetapi juga untuk belajar tentang kehidupan dan budaya tempatan.
Jadi, jika anda mencari destinasi percutian yang unik dan menarik, Sekinchan adalah pilihan yang sempurna. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Sekinchan sekarang dan alami sendiri keunikan tempat ini.