ShopeePay Tawar Baucar Tambahan RM500 Daftar ePemula, Keseluruhan Jadi RM650


    Sumber Foto: Shopee


PENDIGITALAN | Belia mendaftar kredit e-tunai RM150 bagi ePemula di ShopeePay bakal mendapat baucar tambahan bernilai RM500 menjadikan jumlah manfaat diperolehi RM650, kata Ketua ShopeePay Malaysia.


Dalam kenyataan media pada 11 April 2022 Alain Yee berkata baucar Shopee tambahan RM500 terdiri daripada baucar ShopeePay RM90, baucar ShopeeFood (RM310), baucar Shopee Mall (RM50) dan Baucar YES untuk SIM dan data RM50.


Jelasnya pakej ini disusun khas menawarkan penjimatan lebih besar kepada belia untuk pembelian barangan seperti alat pembelajaran atau bekalan rumah dan keperluan penting lain.


Kredit RM150 pula, katanya, dapat digunakan untuk transaksi luar talian dalam kedai merentasi pelbagai rakan kongsi peniaga, manakala baucar tambahan RM500 boleh digunakan untuk kedua-dua transaksi di kedai dan dalam talian.


"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan sekali lagi selepas mendapat sambutan yang sangat positif daripada belia Malaysia tahun lalu.


"Sebagai syarikat yang mengutamakan pengguna, kami sentiasa berinovasi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna," katanya.


Kementerian Kewangan pada 10 April 2022 mengumumkan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150, bermula hari ini.


Selain ShopeePay, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai dengan tiga lagi penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.


Mengulas lanjut, Yee berkata, ePemula memberi peluang untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menerima penggunaan tanpa tunai.


Beliau berkata, dengan menggunakan ShopeePay, mereka dapat merasai kemudahan dan keselamatan serta ganjaran yang ditawarkan oleh dompet mudah alihnya.


"Kami juga percaya bahawa program ini memainkan peranan lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan lonjakan jualan untuk peniaga tempatan.


"Apabila lebih ramai pengguna Malaysia memasuki ekosistem tanpa tunai, perniagaan yang lebih kecil seperti kedai serbaneka, kafe tempatan dan peniaga mikro juga akan melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai sebahagian daripada operasi, sekali gus memastikan mereka tidak ketinggalan.


"Dorongan digital ini akan menjadi kemenangan bagi ekonomi digital negara," katanya.


Belia yang melaksanakan tuntutan ePemula di ShopeePay juga boleh mengambil bahagian dalam Cabaran #ShopeeEPEMULAsquad dan berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...