Pesawat Boeing 727 'Mendarat' Di Tengah Sawah , Dikenali 'Terminal Sekinchan'

Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023


OLEH : MOHD EZLI MASHUT


Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikatakan 'mendarat' di tengah-tengah sawah di Sekinchan Selangor.


Namun ia bukanlah mendarat dalam erti kata sebenarnya tetapi 'mendarat' dengan dibawa 'khas' ke Sekinchan menggunakan jalan darat.


Kegemparan itu juga mengejutkan pengguna jalan raya yang menyaksikan pesawat itu dibawa sehingga berlaku kesesakan sedikit jalan raya pada ketika itu.


Selepas melalui perjalanan panjang lebih 400 kilometer dari Lapangan Terbang Senai akhirnya ia tiba  dilokasinya terletak di Ban 3 Parit 5 Sekinchan.


       Pesawat yang dibawa khas ke Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut


Kisah itu mendapat perhatian warga maya dan cerita itu semakin tular. Persoalannya apakah jenis pesawat itu dan berapa umurnya?


Hasil kajian dan analisis melalui carian di laman sesawang pesawat mendapati ia adalah jenis Boeing 727-277 yang sudah berumur 40 tahun 9 bulan ( pada April 2022) mengikut rekod pendaftaran (manufacture date) pada 18 Jun 1981.


Mengikut data berkenaan pesawat itu memulakan tugasan dengan Ansett Airlines of Australia pada 25 Jun 1981 dan seterusnya beberapa syarikat penerbangan dunia termasuk Neptune Air dan Pos Malaysia.


Pesawat yang dibawa khas ke Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut

Pesawat itu dikesan berada di lokasi terakhirnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di bawah MATA Aircraft Maintenance.


Berikut disertakan foto-foto pesawat berkenaan yang ditangkap layar di laman sesawang Jetphotos.com, Planespotter.net semasa ia berkhidmat.


Video Pesawat Semasa Perkhidmatannya


 : https://www.youtube.com/watch?v=fPutHEXzDqg


Info Pesawat : 


CN/MSN: 22643

LINE No: 1762

Registration: 9M-NEP

Airline: Neptune Air

Delivery Date: 2009-10-06

Engine Model: JT8D-15(HK3)











'Terminal Sekinchan' Jadi Lokasi Panas OOTD

Sejak kisah pesawat  itu tular ia mendapat liputan luas media sosial dan menjadi lokasi OOTD kepada pengguna untuk diabadikan di laman sosial.

Penggunaaan dron juga  menjadi pilihan pengguna media sosial untuk mengambil foto terbaik dan menarik.

Dilaporkan lebih 30,000 pelawat sudah menjejakkan kaki di kawasan ini yang bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe pada masa akan datang.

🇲🇾 | Aerial view of paddy fields near Sekinchan, State of Selangor. Only around 1 hour drive from busy metropolitan of Kuala Lumpur.
📷 William Yap via ASEAN Skyline



Pesawat tengah sawah tarikan baharu pelancong ke Sekinchan


SEKINCHAN - Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah di Parit 5 di sini bakal menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di Sekinchan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, terminal itu kini sesak dengan pengunjung untuk merakam gambar dan video kenangan terutama sepanjang Aidilfitri lalu, lapor Sinar harian pada 17 Mei 2023.

Sehingga kini, katanya, lebih 30,000 pengunjung telah singgah berhampiran terminal itu yang bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe pada masa akan datang.

"Pada masa sekarang kerja-kerja pembangunan dan ubah suai sedang dijalankan dan ia dibangunkan pihak swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan.

"Saya difahamkan, banyak perbelanjaan telah dilaburkan untuk pembangunan kafe ini," katanya ketika ditemui di Sekinchan.

   Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut


Suee Lim berkata, Terminal Sekinchan mendapat promosi tersendiri apabila rata-rata pengunjung merakam gambar untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

"Malah Terminal Sekinchan ini juga turut dipromosi dalam drama yang ditayangkan di sebuah rancangan televisyen tempatan pada bulan ini," kata beliau.

Pada 16 April tahun lalu, tular di media sosial pesawat itu dibawa khas menggunakan jalan darat.

Mengikut rekod pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan sudah berusia lebih 40 tahun.

    Sumber Foto : Terminal Sekinchan


Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/ 14 Jun 2023

Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/14 Jun 2023


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...