COVID-19: Tokyo Jadi Pusat Penularan

Tokyo: Getty Image


TOKYO: Tokyo, ibu negara Jepun kini dilihat menjadi pusat kepada penyebaran wabak COVID-19 apabila semakin banyak kes dicatatkan dalam tempoh sehari berbanding kawasan lain.

Tokyo mencatatkan sejumlah 17 kes semalam, menjadikan ia meningkat sebanyak 171 kes, mendahului kawasan utara Pulau Hokkaido yang turut mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi.

COVID-19 sudah menjangkiti sekurang-kurangnya 1,214 orang di Jepun awal pagi ini, dengan 43 kematian, namun ia tidak termasuk 712 kes daripada kapal persiaran yang berlabuh berdekatan Tokyo pada bulan lalu, menurut agensi NHK.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kerajaan Jepun semalam turut bersetuju untuk menangguhkan Olimpik Tokyo 2020 kepada tahun 2021.

Jangkitan baharu di Tokyo berlaku selepas Gabenor Yuriko Koike memberi amaran bahawa perintah berkurung boleh berlaku di ibu kota itu jika kes COVID-19 semakin meningkat.

Dalam pada itu, Koike turut menyeru penduduknya untuk berusaha mengikuti perintah bagi mengelakkan berlaku perintah berkurung.

Tempoh tiga minggu akan datang adalah masa kritikal sama ada Tokyo menyaksikan peningkatan kes virus itu.

Hokaido menyaksikan sebanyak 163 kes COVID-19 berlaku di kawasannya, manakala secara keseluruhannya ia sudah menjangkiti 420,000 orang di 196 negara dengan hampir 19,000 kematian. 

- REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...