Thailand alami cuaca sejuk akhir Disember

Foto Sumber Bangkok Post


BANGKOK: Thailand dijangka dilanda musim sejuk hujung tahun ini sehingga Februari tahun depan disebabkan corak cuaca di China, lapor laman web Thai PBS World.
Katanya, suhu paling sejuk bakal dirasai bermula akhir Disember sehingga pertengahan Januari 2020.
Ibu kota Thailand di sini dijangka mencatat suhu antara 15 hingga 17 darjah Celsius sementara sesetengah bahagian di utara negara itu seperti Chiang Rai, Sakhon Kakhon dan Nakhon Phanom, mungkin menyaksikan suhu serendah 7 hingga 9 darjah Celsius.Pada 2016, satu gelombang cuaca sejuk di seluruh Asia Timur menyebabkan suhu pada Januari di ibu kota ini menurun serendah 16 darjah Celsius.
Laporan itu sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa memakai pakaian tambahan namun tempat lain berdepan keadaan cuaca lebih buruk.
Hampir 90,000 orang terkandas di pulau percutian Korea Selatan di Jeju selepas salji tebal luar biasa menyebabkan penerbangan dibatalkan.
Di Jepun pula, lima orang maut manakala lebih 100 lagi cedera sementara Taipei, mencatat suhu serendah 4 darjah Celsius, dengan media Taiwan melaporkan 90 kematian akibat cuaca sejuk
Sumber . -Agensi

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...