Ribut Salji Badai Amerika: 1,624 Penerbangan Dibatalkan, 3,113 Ditangguhkan

Wrecked cars abandoned along roads near Sappington, Missouri. Roads in the area are a dense slush or packed with snow. (Photo/Alex Elmore)


WASHINGTON: Sebanyak 1,624 penerbangan terpaksa dibatalkan susulan ribut salji musim sejuk yang menyebabkan kematian tujuh orang dalam kemalangan jalan raya di seluruh negeri utara dan tengah Amerika Syarikat hingga memaksa operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dihentikan.

Menurut laman web pengesan penerbangan, Flightaware (FAA), pembatalan penerbangan itu membabit penerbangan yang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang AS, kebanyakannya di Lapangan Terbang Ronald Reagan dan Dulles, sebanyak 3,113, penerbangan ditangguhkan.

“FAA sudah menghentikan operasi di Lapangan Terbang Dulles, susulan keadaan cuaca yang memberi kesan kepada pelepasan dan pendaratan pesawat.

“Syarikat penerbangan akan memaklumkan maklumat terkini berhubung perubahan penerbangan. Terima kasih atas kesabaran anda,” kata pengurusan lapangan terbang terbabit di Twitter.

Beberapa syarikat penerbangan utama mengecualikan bayaran untuk penukaran atau tempahan semula penerbangan.

Jutaan rakyat Amerika di 10 negeri dan Washington berada di bawah peringatan ribut musim sejuk yang bermula dengan hujan di Mexico dan diramal bakal melanda kawasan seluas 2,900 kilometer bermula dari Colorado hingga ke pantai timur negara itu.

Pada Sabtu lalu, empat orang meninggal dunia di Missouri dan tiga di Kansas dalam kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan pihak berkuasa di dua negeri itu. 

SUMBER: REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...