Foto Sumber; Sound Strange |
Cuaca di beberapa bahagian dunia menunjukkan fenomena 'pelik' dan jarang berlaku. Ketika ini (30 JAN) beberapa bahagian di Amerika Syarikat berhadapan cuaca sejuk mengatasi Antartika manakala di Australia dan New Zealand sedang berhadapan cuaca panas melampau sehingga menceceh 50 darjah celsius.
Sementara itu di negara padang pasir Arab Saudi, media melaporkan berlakunya hujan lebat dan ribut pasir sehingga menyebabkan berlakunya banjir.
JEDDAH: Hujan lebat dan ribut pasir di Arab Saudi menyebabkan bencana banjir, penutupan sekolah dan penglihatan tahap rendah, kata pihak berkuasa semalam sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga semasa cuaca buruk itu berlaku.
Portal media Arab Saudi, Arabnews melaporkan hujan melanda di bahagian utara dan barat negara itu kelmarin dan semalam, sementara ribut pasir melanda kawasan utama yang padat dengan penduduk.
Foto Sumber: Sound Strange |
Foto Sumber: Sound Strange |
Katanya, beberapa sekolah di Tabuk, Arar dan Al-Jawf terpaksa ditutup susulan banjir dan tahap penglihatan yang rendah di Riyadh serta tempat lain.
“Riyadh, Makkah, wilayah sempadan utara, Hail, Tabuk, Qassim, Madinah, wilayah timur, Asir, Jazan dan Al-Jawf sedang mengalami cuaca yang tidak stabil.
“Direktorat Pertahanan Awam meminta penduduk supaya tidak membahayakan diri dan keluarga dengan mengunjungi lembah-lembah dan kawasan merbahaya,” kata jurucakap Pertahanan Awam, Mejar Mohammed Al-Hammadi yang memberitahu Arab News.
Sementara itu, pihak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, dekat sini menggesa penumpang memeriksa jadual penerbangan yang dijangka mengalami kelewatan atau dibatalkan.
Pihak Berkuasa Umum bagi Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan hujan di bahagian utara dan barat sementara ribut pasir atau angin berdebu di beberapa bahagian di Arab Saudi.
Semantara itu, Pertahanan Awam berkata, ia menyelamatkan 65 orang di Tabuk dan Al-Jouf serta 37 orang di Duba selain memberi nasihat kepada pemandu supaya berhati-hati dan mengambil langkah maksimum.
Pihak Berkuasa Awam Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan hujan di kawasan utara dan barat dengan ribut pasir atau angin debu di beberapa bahagian pentadbiran diraja.
Ribut petir dijangka berlaku diikuti angin kencang dan debu, mengurangkan jarak penglihatan di Riyadh dan Rantau Timur selain menyebabkan suhu lebih rendah.
Di Makkah, angin dengan kelajuan 37 kilometer sejam diramalkan sementara di sini kelajuan angin mungkin mencapai 50 km/jam. Cuaca berjerebu berlaku awal semalam di Al-Jawf, Sempadan Utara, Hail, Qassim dan Rantau Timur. -
RIYADH: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir selepas hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sepanjang minggu ini, kata agensi pertahanan awam hari ini.
Seramai 10 orang maut di bandar barat laut Tabuk dan masing-masing satu di Madinah dan di kawasan sempadan utara, kata agensi itu dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita rasmi SPA.
Di antara Ahad dan Rabu, agensi itu menyelamatkan 271 orang dari kawasan banjir, lebih separuh daripadanya di Tabuk, kata kenyataan itu.
Berikut adalah gambar dimuat naik di Twitter ARAB NEWS
Berikut adalah gambar dimuat naik di Twitter ARAB NEWS
Foto Sumber: ARAB NEWS
FOTO SUMBER: ARAB NEWS
FOTO SUMBER: ARAB NEWS