Tsunami Anak Krakatau: Apa Yang Diketahui Setakat Ini

Foto Sumber; FB 

Badan Nasional Penanggulangan Bencana



DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT
SEHINGGA JAM: 1.00 TENGAH HARI WAKTU MALAYSIA

MENGEJUTKAN: Pada pagi 23 Disember 2018 (AHAD), dunia dikejutkan dengan berita kejadian tsunami yang berlaku di lokasi Pantai barat wilayah Banten, Anyer, yang terletak di pesisir Selat Sunda, Indonesia

Ini maklumat yang diketahui setakat ini.

1. Setakat ini, (3 PETANG Waktu Malaysia) sekurang-kurangnya 168 disahkan terkorban , 745 cedera, 30 hilang.

Hingga Minggu, 23 Desember 2018, pukul 13.00 WIB, total jumlah korban meninggal 168 orang meninggal dunia," kata Kepala Pusat Data Informasi dan Humas BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam jumpa pers di Kantor BPBD Yogyakarta, Minggu (23/12/2018). 

Daerah yang terdampak adalah permukiman dan kawasan wisata di sepanjang Pantai seperti Pantai Tanjung Lesung, Sumur, Teluk Lada, Penimbang dan Carita. Saat kejadian banyak wisatawan berkunjung di pantai sepanjang Pandeglang.

Di Lampung Selatan, 7 orang meninggal dunia, 89 orang luka-luka dan 30 unit rumah rusak berat. Sedangkan di Serang tercatat 3 orang meninggal dunia, 4 orang luka-luka dan 2 orang hilang. - Sumber Sutopo Purwo Nugroho, Kepala Pusat Data Informasi dan Humas BNPB.


Sumber: BBC NEWS

2. Gelombang air mula naik ke pantai pada jam 9.27 malam waktu tempatan atau 10.27 malam waktu Malaysia, 22 Disember 2018 ( 14 Rabiul Akhir 1440 HIJRAH)

3. Ia pada mulanya hanya disifatkan sebagai fenomena air pasang besar akibat bulan penuh (14 Rabiul Akhir 1440 HIJRAH)

4. Ia bagaimanapun disahkan sebagai tsunami oleh Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

5. Ia dikatakan berpunca daripada gelongsoran plat akibat letusan Gunung Anak Krakatau, selain turut dicetuskan oleh fenomena bulan penuh.


Foto Sumber; FB 

Badan Nasional Penanggulangan Bencana


6. Malaysia sedia membantu meringankan beban rakyat Indonesia berikutan tsunami yang melanda sekitar pantai di Selat Sunda, Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten, Indonesia yang sekurang-kurangnya telah mengorbankan 20 nyawa.

“Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.

7. Selat Sunda terletak di antara pulau-pulau Jawa dan Sumatera menghubungkan Laut Jawa ke Lautan Hindi.

Kematian dilaporkan di wilayah Pandeglang, Lampung Selatan dan Serang.

Pegawai memberi amaran bahawa angka kematian dijangka terus meningkat. Agensi pengurusan bencana itu berkata paras air lautan yang tinggi sebagai akibat dari bulan purnama juga mungkin telah menyumbang kepada kekuatan gelombang.



8. Ahli kaji selidik Gunung Berapi Jess Phoenix memberitahu BBC NEWS bahawa apabila gunung berapi meletus, magma panas menolak di bawah tanah dan boleh menggantikan dan memecahkan batu sejuk. Ini boleh mencetuskan tanah runtuh.

Tetapi kerana sebahagian daripada Krakatoa berada di bawah air, dia berkata "bukan sekadar menyebabkan tanah runtuh, anda akan mendapat tanah longsor bawah laut yang menolak air ketika ia bergerak." Ini kemudian boleh menyebabkan tsunami.

https://twitter.com/BNONews/status/1076663066211860482

9. Pada bulan September, lebih daripada 2,000 orang mati ketika gempa bumi yang kuat meletus tepat di luar pulau Indonesia di Sulawesi tengah, yang menewaskan tsunami yang melanda bandar pantai Palu.

10. Pada 26 Disember 2004, satu siri gelombang besar yang dicetuskan oleh gempa bumi yang kuat di Lautan Hindi membunuh kira-kira 228,000 orang di 14 negara, termasuk Indonesia.


FOTO SUMBER: ANTARA NEWS

11. Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tsunami

JAKARTA, 23 DIS: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian tsunami yang berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda, setakat ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan berkata Kedutaan kini memantau kejadian itu dan rakyat Malaysia yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pegawai bertugas di talian ?+62 813 80813036?.

"Sehingga kini, tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia terlibat dengan kejadian ini," kata kenyataan itu.

12. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung dalam kejadian tsunami di Indonesia semalam.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun meminta rakyat Malaysia di negara itu supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini.

Menurut kenyataan itu lagi rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com atau menghubungi talian +62215224947 dan +6281380813036.



TERKINI

Hikma Nursya: Miliki Wajah Persis Pelakon Filem Bukan Penghalang Ceburi Kerjaya Mencabar

Foto Sumber: Instagram hikmanurysaa OLEH: MOHD EZLI MASHUT INSPIRASI | Persis seperti pelakon filem dan sinetron tidak menjadi peng...