Taufan Shanshan selaju 180km/sejam dijangka badai Jepun

Foto Grafik Sumber: ACCU WEATHER


INFO TRAVEL: TOKYO: Jepun dijangka berdepan hujan lebat dan angin kuat hari ini ketika taufan ganas diramal bergerak menuju ke kawasan berhampiran Tokyo di sini.

Ribut kategori dua yang dikenali sebagai Taufan Shanshan, bersempena nama kanak-kanak perempuan China itu dijangka akan melemah ketika menghampiri bahagian timur Pulau Honshu Jepun.

Agensi kaji cuaca Jepun memberi amaran bahawa Tokyo dan beberapa kawasan berhampiran bakal menerima sehingga 350 milimeter (mm) air hujan dalam masa 24 jam menjelang tengah hari esok dengan kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam (kmh).

Selepas membadai kawasan berhampiran Tokyo, ribut itu dijangka beralih ke bahagian timur laut Honshu sebelum melemah menjadi ribut tropika dan menuju ke Pasifik.

Foto Sumber: ACCU WEATHER

Kawasan banjir di barat Jepun yang mencatat korban Julai lalu dijangka terselamat.

Jepun sering dilanda bencana akibat cuaca sejak awal Julai lalu, termasuk gelombang panas yang menyaksikan suhu mencecah 41.1 Celsius dan membunuh sekurang-kurangnya 132 orang pada 5 Ogos lalu. 

SUMBER: REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...