AirAsia Sedia Laluan KLIA-Kuantan Serendah RM16

Foto Sumber: Air ASIA


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Jika perjalanan ke Kuantan dari ibu negara mengambil masa kira-kira tiga ke empat jam kini perjalanan ke ibu negeri Pahang itu semakin singkat dan mudah iaitu kira-kira 45 minit sahaja.

Dalam perkembangan terbaharu syarikat tambang murah AirAsia bakal melebarkan lagi laluan domestiknya iaitu laluan Kuala Lumpur-Kuantan. 

Foto Sumber: Air Asia

Melalui temubual eksklusif travel360.com dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, penerbangan pertama laluan ini akan bermula pada 28 Oktober nanti.

Foto Sumber: Air Asia

Laluan baharu yang dijadualkan untuk penerangan dua kali sehari ini bakal memberikan pelancong untuk lebih mudah meneroka keindahan dan keunikan negeri tersebut seperti beliau sendiri yang juga aktif menikmati keindahan alam sambil berbasikal.

Tawaran hebat untuk pembukaan laluan ini turut diberikan kepada pengguna. Tempahan tiket laluan tersebut boleh dilakukan bermula sehingga 26 Ogos nanti untuk menikmati tambang serendah RM16 untuk penerbangan pada 28 Oktober 2018 hingga 13 Ogos 2019.



SUMBER: TRAVEL360

Letusan Gunung Berapi, Jepun Sedia Pindah Penduduk


Foto Sumber: ctvnews.ca


INFO TRAVEL: TOKYO: Tahap amaran gunung berapi di bahagian selatan Jepun dinaikkan ke peringkat lima, hari ini, sekali gus menandakan bahawa penduduk di sekitarnya perlu bersiap sedia untuk dipindahkan.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, terdapat peningkatan kadar pelepasan gas sulfur dan aktiviti di puncak gunung berapi di pulau Kuchinoerabujima, yang terletak 1,000 kilometer di barat daya Tokyo, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Gunung berapi di pulau itu meletus tiga tahun lalu dan memuntahkan abu serta asap setinggi ribuan meter ke udara, selain aliran psiroklas ke laut.


Ketika itu, semua penduduk berjaya dipindahkan, namun sebahagian besarnya pulang ke pulau itu.

Kini, kira-kira 100 penduduk masih menghuni pulau terbabit. 

SUMBER: REUTERS

Kawasan Gunung Rinjani Ditutup Ekoran Gempa Bumi

The crater of Mount Rinjani, Lombok, West Nusa Tenggara. (Shutterstock/-)

INFO TRAVEL: Gunung Rinjani dilaporkan telah ditutup untuk pejalan kaki serta merta ekoran gegaran gempa bumi.

Ketua Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani, Sudiyono, mengatakan, penutupan itu dilakukan atas alasan keselamatan.

"Kami telah menutup [laluan mendaki] sejak 29 Julai. Keadaan di kawasan sekitarnya masih belum stabil, gempa susulan masih terus berlaku," kata Sudiyono seperti yang dipetik oleh kompas.com.

Kawasan retak dikatakan telah ditemui di beberapa lokasi di kawasan itu, yang juga dianggap terdedah kepada tanah longsor.

"Elakkan pergi ke Rinjani untuk keselamatan anda sendiri. [Jejak hiking]  ditutup hingga awal tahun depan, sehingga struktur tanah dan hujan cukup stabil," tambahnya.

Untuk membantu pemandu dan porter mendapatkan pendapatan semasa penutupan, Sudiyono berkata agensi itu sedang mencari penyelesaian.

"Terdapat banyak potensi pelancongan di luar kawasan taman negara, seperti air terjun Mangku Sakti dan Kembang Kuning, Air Berik, Senaru dan Sendang Gile. Kami akan mengusahakan peluang ini dengan panduan dan pekerja untuk memetakan sempadan. "

SUMBER: JAKARTA POST

Taufan Shanshan selaju 180km/sejam dijangka badai Jepun

Foto Grafik Sumber: ACCU WEATHER


INFO TRAVEL: TOKYO: Jepun dijangka berdepan hujan lebat dan angin kuat hari ini ketika taufan ganas diramal bergerak menuju ke kawasan berhampiran Tokyo di sini.

Ribut kategori dua yang dikenali sebagai Taufan Shanshan, bersempena nama kanak-kanak perempuan China itu dijangka akan melemah ketika menghampiri bahagian timur Pulau Honshu Jepun.

Agensi kaji cuaca Jepun memberi amaran bahawa Tokyo dan beberapa kawasan berhampiran bakal menerima sehingga 350 milimeter (mm) air hujan dalam masa 24 jam menjelang tengah hari esok dengan kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam (kmh).

Selepas membadai kawasan berhampiran Tokyo, ribut itu dijangka beralih ke bahagian timur laut Honshu sebelum melemah menjadi ribut tropika dan menuju ke Pasifik.

Foto Sumber: ACCU WEATHER

Kawasan banjir di barat Jepun yang mencatat korban Julai lalu dijangka terselamat.

Jepun sering dilanda bencana akibat cuaca sejak awal Julai lalu, termasuk gelombang panas yang menyaksikan suhu mencecah 41.1 Celsius dan membunuh sekurang-kurangnya 132 orang pada 5 Ogos lalu. 

SUMBER: REUTERS

AirAsia Lancar Laluan Baharu Ke Phu Quoc, Vietnam - 4 Kali Seminggu

Foto Sumber: Asiatourist


INFO PENERBANGAN & TRAVEL: AirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. 

AIRASIA dalam satu kenyataan media menyatakana penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018.

Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih ramai pelawat ke rantau ini. 

Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia. Para pelancong dari semua negara juga boleh melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah untuk dilawati.

“Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkaian yang luas dan harap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”


Foto Sumber: Go Vietnam!

AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. 

Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. 

Ahli BigPay boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja).

Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.

Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. 


Foto Sumber: www.phuquocvietnam.net


Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, terdapat banyak lagi pantai yang indah seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam dan air jernih yang mempesonakan. 

Antara aktiviti lain yang harus diikuti adalah meneroka pulau-pulau; melawat Kampung Ham Ninh untuk melihat kampung nelayan tempatan; Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu; menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau; dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sumber: AIRASIA


SUMBER: AIRASIA

Pelepasan Cukai Belian Di Langkawi Dinaikkan ke RM1,000

Foto Sumber: orangkedah.com


INFO TRAVEL: Ini berita baik dan menggembirakan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi serta golongan peniaga Langkawi yang bakal menikmati limpahan ekonomi.

Dalam perkembanngan terbaharu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kadar pelepasan cukai belian untuk pelancong tempatan yang tinggal di Langkawi melebihi 48 jam dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

"Saya isytiharkan di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong daripada tanah besar yang membeli belah di Langkawi ini mereka tidak perlu bayar cukai sebanyak RM1,000 bukan RM500 seperti zaman pemerintahan dahulu.

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi menegaskan status bebas cukai di pulau peranginan negara ini akan terus dikekalkan, lapor ASTRO AWANI.

Foto Sumber: LetsGoHoliday.my

"Ada percubaan untuk menghapuskan taraf bebas cukai di Langkawi. Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini akan kekalkan taraf bebas cukai di Langkawi," kata Dr Mahathir.

Namun, jelas beliau, pengecualian cukai itu tidak termasuk arak dan rokok.

Foto Sumber: Mohd Zarin

Perkara itu diumumkan Dr Mahathir sejurus merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City dekat Kuah, Langkawi, pada 4 Ogos.

SUMBER: ASTRO AWANI

AirAsia Perkenal Laluan Baharu KL-Danau Toba, 4 Kali Seminggu

Foto Sumber: Tribunnews.com


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada 2 Ogos memperkenalkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Danau Toba, Indonesia yang akan bermula 28 Oktober ini.

Menerusi laluan baharu ini, AirAsia menawarkan kekerapan empat kali penerbangan pergi balik dalam seminggu antara KLIA2-Lapangan Terbang Silangit, Tapanuli, Sumatera Utara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Katanya, segmen laluan itu selari dalam meningkatkan industri pelancongan Danau Toba di rantau ini terutamanya para pelancong Malaysia dan global yang sering menuju ke lokasi tarikan pelancongan tersebut.

“Jika sebelum ini, para pengunjung yang ingin Danau Toba perlu menaiki bas dari Medan selama enam jam, tetapi dengan penerbangan dari KLIA2 ke pintu masuk pulau itu iaitu Lapangan Terbang Silangit, ia hanya mengambil masa satu jam.

Foto Sumber: Indonesia Travel News

“AirAsia percaya dengan usaha ini, ia bakal menyokong hasrat Indonesia bagi meningkatkan kehadiran 20 juta pelancong menjelang 2019,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Laluan Baharu Danau Toba-Kuala Lumpur di sini hari ini, lapor UTUSAN ONLINE.

Yang hadir sama, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Indonesia, Luhur Binsar Pandjaitan.

Turut hadir sama, Pengerusi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan.

Pada masa sama, Tony berkata, Danau Toba bakal menjadi Bandung kedua kerana mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang perlu diketengahkan kepada orang ramai.

Beliau menjelaskan, AirAsia merupakan perintis laluan penerbangan Bandung ke Kuala Lumpur sekali gus telah menjadikan lokasi itu sebagai tumpuan orang ramai sehingga ini.

Foto Sumber: BeritaSatu.com

“Saya percaya laluan ini bakal menjadikan Danau Toba sebagai tumpuan yang terbaharu di Indonesia,” katanya.

Sebagai permulaan, AirAsia menawarkan tambang pengenalan istimewa untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Silangit daripada RM39.10.

Tambang ini tersedia untuk tempahan di laman web www.airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula 2 Ogos hingga 12 Ogos ini untuk tempoh perjalanan dari 28 Oktober ini hingga 29 Mac 2019. -

SUMBER: AIRASIA & UTUSAN ONLINE

Eropah Panas Melampau: Sepanyol dan Portugal Diramal Alami Suhu 50 Darjah Celsius

Foto Sumber: ACCU WEATHER


CUACA EKSTREM: Suasana dan cuaca dialami dunia sukar dijangka dan kadang-kadang diluar jangkauan manusia. Dalam perkembangan terbaharu Eropah yang selama ini terkenal dengan suasana salji dan sejuk bakal mengalami gelombang cuaca panas melampau pada minggu ini.

Agensi Berita EURONEWS melaporkan Eropah bersedia untuk mengalami hari yang paling panas ketika Sepanyol dan Portugal kelihatan cenderung untuk mencapai suhu setinggi 48-50 darjah Celsius pada minggu ini.

Model cuaca kini mengira suhu melampau di Semenanjung Iberia. Panas ini dijangka terbina disebabkan oleh udara panas yang datang dari Afrika Utara - terutamanya di barat daya Eropah.

Ia akan menjadi yang terpanas di rantau ini selama 41 tahun.

Tinggi rekod semasa Sepanyol ialah 47.3 ° C dan Portugal sebelum ini pernah melihat paras tertinggi 47.4 ° C.

Rekod haba semasa untuk Eropah ialah 48 ° C, direkodkan di Athens, Greece, pada bulan Julai 1977.

AccuWeather Forecaster berkata ia bukan sahaja mungkin untuk memecahkan suhu tertinggi di Semenanjung Iberian, tetapi juga suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Eropah.

Foto Sumber: EURO NEWS


Dr Mark Mccarthy, dari UK Met Office, memberitahu Euronews: "Puncak haba kelihatan cenderung berlaku pada hari Sabtu, dengan bahagian selatan Portugal atau mungkin Sepanyol barat daya dijangka melihat suhu tertinggi. Rekod suhu untuk Sepanyol dan Portugal boleh dipecahkan. "

Mccarthy menjelaskan bahawa Eropah telah mengalami gelombang panas yang ketara pada musim panas ini.

"Bagi Eropah utara terutamanya aliran jet telah lebih lemah daripada biasa dan terletak lebih jauh ke utara. Satu blok sistem tekanan tinggi yang lebih tinggi kemudian membolehkan keadaan gelombang panas berkembang", katanya.

Pihak berkuasa Sepanyol telah mula membuat persiapan kecemasan untuk gelombang panas yang sengit, yang dijangka berlangsung hingga sekurang-kurangnya hari Ahad. 

Sekurang-kurangnya 27 daripada 50 wilayah di Sepanyol telah diisytiharkan sebagai "risiko yang melampau" apabila suhu kelihatan ditetapkan untuk melonjak dengan cepat.

Cuaca panas terburuk panas itu melanda Sepanyol, dekat dengan sempadan Portugal, di mana hampir 11,000 anggota bomba dan 56 pesawat berada dalam keadaan bersedia untuk menangani kebakaran hutan.

Risiko api tinggi, menurut peta Balai Cerap Kemarau Eropah. Jerman berada di tahap yang sama risiko seperti Portugal, Sepanyol dan Turki.

SUMBER: EURONEWS

Ganjaran Lebih Besar Menanti Ahli AirAsia BIG

Foto Sumber: marketing-interactive.com


INFO TRAVEL: Ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak ganjaran termasuk diskaun segera jika membuat tempahan penerbangan menerusi laman sesawang airasia.com atau aplikasi AirAsia.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata ganjaran perjalanan eksklusif itu termasuk diskaun segera ahli bagi semua penerbangan, pembayaran penerbangan dan tambahan lain seperti tempat duduk, makanan dan pemeriksaan bagasi dengan menggunakan mata AirAsia BIG selain kemampuan menguruskan penerbangan menerusi "My Bookings".

Menurut syarikat itu, ahlinya juga dapat menggunakan ciri 'Low-Fare Finder' bagi mendapatkan tambang pada harga paling rendah dan mengelak daripada keperluan memasukkan semula butiran kad (kredit atau debit) bagi setiap pembayaran.

Ini berikutan kemudahan ciri 'BigClick' yang membolehkan semua ahli menyimpan butiran kad kredit atau kad debit mereka secara selamat.

Maklumat terkini AirAsia boleh diperolehi di twitter rasmi AirAsia twitter.com/AirAsia serta facebook.com/AirAsia.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...