Qantas Lancar Penerbangan Langsung 17 Jam Australia-London

Foto Sumber: Flights.com.kw

TRAVEL: Masa diambil adalah selama 17 jam dan dijangka memecahkan rekod penerbangan. Itu penerbangan rentas benua terkini dilancarkan Syarikat penerbangan Qantas apabila menyediakan perkhidmatan penumpang tanpa henti menghubungkan Australia dan Eropah hari ini.

Pesawat Boeing 787 Dreamliner berlepas dari Perth ke London dalam satu daripada penerbangan paling lama di dunia iaitu 17 jam dan dijangka memecahkan rekod penerbangan.

Perkhidmatan itu menjadikan Qantas antara segelintir syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan antarabangsa jarak jauh.


Foto Sumber: Qantas

Penerbangan sejauh 14,498 kilometer dari Perth ke London itu adalah ketiga paling lama di dunia, kata syarikat penerbangan kebangsaan Australia itu, dan yang pertama menghubungkan dua benua secara langsung.

Dikendalikan Kapten Lisa Norman, ia juga menjadi penerbangan paling lama bagi Boeing Dreamliner di dunia.

Hubungan baru itu adalah sebahagian rancangan Qantas yang didedahkan dua tahun lalu, untuk menambah penerbangan jarak jauh ke dalam jadual globalnya.


Foto Sumber: PerthNow

Syarikat penerbangan kedua tertua dunia itu mengendalikan perkhidmatan 'Laluan Kangaroo' yang pertama, dari Sydney ke London pada 1947, yang mengambil masa empat hari dan sembilan perhentian. 

Sebelum ini, pada 5 Februari 2017, Qatar Airways melancarkan perkhidmatan ke Auckland, New Zealand yang mengambil masa lebih 16 jam, tempoh penerbangan paling lama dalam sejarah bagi pesawat komersial.

Penerbangan QR920 berlepas dari ibu negara Qatar pada jam 5.02 pagi (waktu tempatan) dan dijadualkan mendarat di New Zealand pada jam 7.30 pagi waktu tempatan pada Isnin.


Foto Sumber: Airline Ratings

Pesawat penerbangan Boeing 777 mengambil masa 16 jam 20 minit, melalui lebih 10 zon masa, lima negara dengan jarak kira-kira 14,535 kilometer sebelum sampai ke Auckland.

Bagaimanapun jarak penerbangan pulang akan mengambil masa 17 jam dan 30 minit, berikutan angin pada altitud tinggi menurut laman web syarikat penerbangan itu.


Foto Sumber: International Flyerz

Ini menjadikannya perkhidmatan penumpang terpanjang di dunia dari segi masa penerbangan, menurut laman web Flightradar24.

Pada Mac 2016, penerbangan Emirates melancarkan apa yang disifatkan ketika itu sebagai penerbangan komersial berjadual tanpa henti terpanjang di dunia, dari Dubai ke Auckland, sejauh kira-kira 14,200 kilometer. 

Syarikat penerbangan United Airlines pada 28 Oktober 2017 melancarkan penerbangan tanpa henti paling lama ke atau dari Amerika Syarikat, sepanjang 14,001 kilometer (km) yang menghubungkan bandar raya Los Angeles dan Singapura.

Penerbangan hampir 18 jam itu akan berlepas dari Los Angeles pada jam 9.25 pagi waktu tempatan dan mendarat keesokannya di Singapura pada jam 6.20 pagi waktu tempatan.

Foto Sumber: Airways Magazine

Pegawai United Airlines berkata, perkhidmatan setiap hari itu menjadi penerbangan tanpa henti paling lama dari AS ke mana-mana tempat di dunia.

Sebelum ini, rekod dipegang syarikat penerbangan Qantas, yang mengendalikan penerbangan sepanjang 14,091 km antara Dallas dan Sydney, selain United sendiri yang mengendalikan penerbangan 13,592 km laluan San Francisco-Singapura yang dilancarkan tahun lalu.

Foto Sumber: commons.wikimedia.org


Kedua-dua laluan Los Angeles dan San Francisco dikendalikan United Airlines menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner yang boleh memuatkan 250 penumpang. 



SUMBER: AFP

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...