Gempar, Haiwan Aneh Terdampar di Kuala Matu Sarawak

Foto Sumber: KOSMO!


MENGGEMPARKAN. Kemunculan haiwan aneh dan jarang-jarang dilihat apabila terdampar di pantai sudah pasti mencetuskan tanda tanya dan pelbagai persoalan.

Lebih menambah misteri dan pertanyaan adalah haiwan yang terdapar itu mati tanpa diketahui punca dan datang dari mana lokasinya.

Dalam kejadian pada 13 Mac 2018, penduduk di Kuala Matu di sini gempar dengan penemuan bangkai haiwan aneh yang terdampar di tepi pantai berhampiran Tanjung Jol Sarawak.

KOSMO! melaporkan bangkai dipercayai seekor ikan paus itu ditemui penduduk kampung kira-kira jam 8 pagi.

Penemuan bangkai aneh tersebut itu kemudian dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap SFC ketika dihubungi KOSMO! mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung penemuan bangkai haiwan berkenaan.

"Ya. Kami ada menerima laporan berhubung penemuan bangkai haiwan aneh itu daripada penduduk tempatan.

"Buat masa ini, pegawai kami sedang dalam perjalanan ke lokasi penemuan untuk melakukan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap sama menambah, buat masa ini, pihaknya tidak menolak kemungkinan bangkai haiwan aneh itu adalah seekor ikan paus yang dibawa arus deras ke tepi pantai tersebut. 

SUMBER: KOSMO!

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...