Screenshoot: www.myweather2.com |
CUACA: Jika kita menyangka musim 'winter sonata' di Malaysia sudah berakhir apabila berlaku pada kira-kira 2 minggu pada Januari 2018, rupanya ia belum berakhir.
Pada 11 Februari 2018, suasana keadaan suhu rendah masih dirasai di Kuala Krai Kelantan disebabkan tiupan angin sejuk dari Tanah Besar China dalam fasa monsun timur laut.
BH ONLINE melaporkan Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Al Adawiyah Zakaria, berkata Februari juga adalah tempoh yang mana suhu minimum harian terendah dicatatkan.
"Keadaan suhu sejuk ini juga berlaku di beberapa lokasi lain seperti Kerteh di Terengganu yang turut mencatatkan penurunan suhu minimum harian. Namun, tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat.
"Cuaca sejuk ini berlaku sejak semalam dengan suhu terendah 18.4 darjah Celsius bermula jam 6 hingga 8 pagi dan akan berubah kepada suhu maksimum pada waktu petang dengan mencecah 32.7 darjah Celsius," katanya ketika dihubungi BH ONLINE.
Kuala Krai pernah mencatat suhu paling rendah iaitu 15.7 darjah Celsius pada tahun 2014.
Tinjauan di daerah itu mendapati sebahagian penduduk, terutama kanak-kanak, terpaksa berpakaian tebal pada waktu pagi dan malam, walaupun ketika berada di dalam rumah.
Sebelum ini, beberapa hari pada 11 Januari 2018 lalu, kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan di Malaysia mengalami penurunan suhu sehingga 21 darjah celcius.
Namun keadaan itu berakhir (15 Januari 2018) apabila kebanyakan kawasan mencatatkan suhu di antara 30 hingga 32 darjah Celsius, yang dicatatkan jam 1 tengah hari hingga 2 petang (15 Januari).
Beberapa hari sejak 11 Januari 2018 lalu, kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan di Malaysia mengalami penurunan suhu sehingga 21 darjah celcius.
Namun keadaan itu berakhir hari ini (15 Januari 2018) apabila kebanyakan kawasan mencatatkan suhu di antara 30 hingga 32 darjah Celsius, yang dicatatkan jam 1 tengah hari hingga 2 petang (15 Januari).
SILA BACA: Fakta Menarik Berkenaan Cuaca Sejuk Dialami Di Malaysia 2018
http://ezli007.blogspot.my/2018/01/fakta-menarik-berkenaan-cuaca-sejuk.html