Lapangan Terbang & Syarikat Penerbangan Paling Menepati Waktu Adalah...


Foto Sumber: Aerolatinnews.com


TEPAT WAKTU: Menepati waktu adalah ciri perkhidmatan berkualiti yang diharapkan pengguna syarikat penerbangan. Tidak hairanlah apabila ramai pengguna memilih syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatannya mengutamakan ketepatan masa.

Dalam laporan dikeluarkan "OAG Punctuality League 2018 yang dikeluarkan pada 3 Januari 2018 lalu melaporkan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo diiktiraf sebagai yang paling menepati masa, dengan 86.75 peratus penerbangan dijadual tepat pada masanya.

Manakala Madrid dan Atlanta masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan 83.63 peratus dan 82.38 peratus.

Ini menurut ranking tahunan bagi syarikat penerbangan paling mengikut jadual oleh konsultan penerbangan OAG.

Liga Ketepatan Masa OAG 2018 adalah berdasarkan 57 juta rekod penerbangan bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang terbesar di dunia sepanjang tahun 2017.

Ranking tersebut menilai prestasi menepati masa (OTP) berdasarkan peratusan penerbangan yang tiba atau berangkat dalam masa 15 minit daripada jadual masa ketibaan atau keberangkatan.

Dilaporkan, Jetstar Asia diiktiraf sebagai syarikat penerbangan Singapura yang paling menepati masa, sekaligus mengatasi syarikat penerbangan negara Singapore Airlines.

Data tersebut menunjukkan Jetstar Asia juga adalah syarikat penerbangan yang ke-4 paling menepati masa di rantau Asia Pasifik, dengan 85.08 peratus penerbangannya tepat pada waktunya, mengatasi Singapore Airlines, yang menduduki tempat ke-6 dengan OTP 84.07 peratus.

Hong Kong Airlines mengungguli carta ketepatan masa serantau dengan OTP 88.83 peratus, yang disusuli pula dengan Qantas Airways (86.18 peratus) dan Japan Airlines (85.27 peratus).

Grafik oleh: OAG

Grafik oleh: OAG

Grafik Oleh: OAG


Di peringkat global, Jetstar Asia dan Singapore Airlines masing-masing mendapat tempat kelapan dan ke-13.

Syarikat penerbangan tambang murah airBaltic dari Latvia diiktiraf sebagai yang paling menepati masa di dunia dengan 90.01 peratus penerbangannya tepat pada waktunya.

Ini pula disusuli dengan Hong Kong Airlines dan Hawaiian Airlines masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3.

Jetstar Asia juga diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang kedua paling menepati masa di dunia, dengan peratusan lebih rendah bagi penerbangan "menepati masa", hanya berbanding Vueling Airlines dari Sepanyol, yang meraih 85.25 peratus.

Lapangan Terbang Changi di Singapura juga mendapat pengiktirafan dalam ranking ketepatan masa OAG bagi 20 lapangan terbang mega teratas, atau bagi yang memiliki lebih 30 juta tempat duduk bagi keberangkatan setiap tahun.

Data konsultan penerbangan itu turut menunjukkan 80.57 peratus penerbangan yang dikendalikan Lapangan Terbang Changi tahun lalu tiba atau berangkat tepat pada masanya, sekaligus menduduki tempat ke-6 bagi kategori tersebut.


The world’s most punctual mega airlines

Japan Airlines (85.27 per cent)

All Nippon Airlines (83.81 per cent)

Delta Air Lines (82.76 per cent)

IndiGo (81.22 per cent)

Alaska Airlines (81.06 per cent)

SAS (80.09 per cent)

United Airlines (79.86 per cent)

LATAM Airlines (79.39 per cent)

American Airlines (78.97 per cent)

Southwest (78.55 per cent)

British Airways (78.55 per cent)

Lufthansa (76.90 per cent)

Air France (76.44 per cent)

Turkish Airlines (76.35 per cent)

easyJet (74.82 per cent)

JetBlue (71.74 per cent)

Air Canada (67.32 per cent)

China Southern Airlines (64.19 per cent)

China Eastern Airlines (61.80 per cent)

Air China (60.14 per cent)


The world’s most punctual mainland airlines

airBaltic (90.01 percent)

Hong Kong Airlines (88.83 percent)

Hawaiian Airlines (87.24 percent)

Copa Airlines (86.39 percent)

Qantas Airways (86.18 percent)

Japan Airlines(85.27 percent)

Aer Lingus (84.46 percent)

Singapore Airlines (84.07 percent)

All Nippon Airways (83.81 percent)

Qatar Airways (82.95 percent)

SUMBER: OAG

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...