'Gergasi Dari Utara' Tiba: Itali, UK & Eropah Alami Salji Tebal, Ramai Terkorban

Ais meliputi patung gajah di Colester ekoran cuaca sejuk. Foto Sumber: Getty Images


CUACA : Itali turut sama mengalami suasana sejuk mendadak dan bersalji dengan kawasan di Naples negara itu diliputi salji paling tebal dalam tempoh 50 tahun.

Fenomena cuaca itu menyebabkan salji turun di ibu kota Itali, Rom kelmarin, kali pertama dalam tempoh enam tahun.

Perkhidmatan Meteorologi Itali berkata, suhu turun serendah - 4 Celsius awal pagi semalam.

Hawa sejuk dari Siberia yang mendapat jolokan ‘Raksasa dari Timur’ menyebabkan suhu di sebahagian besar Eropah menjunam ketika orang ramai bersedia untuk berdepan gangguan perjalanan.

Suasana salji tebal di Rome meliputi Colosseum. Sumber Foto: REUTERS/Alberto Lingria


Agensi Berita UK METRO.CO.UK melaporkan pihak berkuasa Itali terpaksa memanggil tentera untuk membantu membersihkan jalan-jalan di Rom dan Ryanair membatalkan semua penerbangan ke dan dari hub Itali di Ciampino. 

Datuk Bandar Naples menasihatkan penduduk untuk tinggal di rumah mereka jika perlu. Semua sekolah Naples telah ditutup dan kereta api keluar dari bandar dibatalkan atau ditangguhkan selama berjam-jam.

Poland Alami Cuaca Ekstrem -12 Darjah Celsius

Di Poland, sekurang-kurangnya dua orang maut selepas terdedah kepada suhu sejuk ekstrem -12 Celsius Sabtu lalu, manakala beberapa bahagian di Lithuania menyaksikan suhu di bawah paras - 20 Celsius.

Suhu di Perancis diramalkan jatuh di bawah paras beku untuk beberapa hari akan datang.

Pada Ahad lalu, seorang gelandangan lelaki berumur 35 tahun ditemui mati di bandar Valence, tenggara Penrancis dan dua hari sebelumnya, seorang lelaki berusia 62 tahun mati di dalam kabinnya di sebuah hutan di luar Paris.

Orang ramai berjalan dalam suasana salji tebal di Brenchley di Selatan England. Foto Sumber: AFP/GETTY


Belgium, Berlin & Belanda Turut Alami Cuaca Sejuk Ekstrem

Di Belgium, seorang datuk bandar di kawasan perbandaran Brussels mengarahkan kumpulan gelandangan ditahan jika mereka enggan berpindah ke pusat perlindungan sementara ekoran cuaca ekstrem itu.

Di Berlin, pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa pusat-pusat perlindungan untuk gelandangan mencecah kapasiti 95 peratus ketika suhu -20 Celsius direkodkan beberapa bahagian di Jerman.

Cuaca sejuk turut menyebabkan gangguan di Belanda manakala di Croatia, salji tebal memaksa pihak berkuasa menutup beberapa lebuh raya.

24 Maut Dalam 4 Hari Di Eropah Akibat Cuaca Sejuk Ekstrem

PARIS: Angin kencang dari Siberia menyebabkan suhu menjunam di kebanyakan negara di Eropah semalam, menutupi pantai dengan salji dan mencetuskan amaran buat gelandangan dan warga emas.

Ketika Artik menyaksikan suhu tinggi mencecah paras rekod, sekurang-kurangnya 24 maut di seluruh Eropah dalam tempoh empat hari cuaca buruk yang membawa lebih banyak salji walaupun ke pulau Mediterranean di Corsica dan Capri yang biasanya nyaman.

Keadaan jalan di UK yang diliputi salji tebal dengan polis bertungkus lumus memastikan keadaan trafik dalam keadaan selamat. Sumber Foto: AP


Sekurang-kurangnya lima kematian dilaporkan di Poland sahaja pada Isnin ketika suhu menurun ke paras 16 darjah Celsius di bawah takat beku semalaman di Warsaw, menjadikan angka kematian akibat cuaca sejuk melampau di negara itu kepada 53 orang sejak November.

Bandar di seluruh benua itu menyediakan pusat perlindungan kecemasan dan bantuan kepada gelandangan, paling banyak mencatat kematian sejak Jumaat lalu termasuk tiga di Perancis, tiga di Republik Czech dan satu di Itali.

Di Belgium, bandar termasuk Etterbeek, Verviers dan Charleroi memutuskan menggunakan polis untuk menahan gelandangan jika mereka enggan ditempatkan ke pusat perlindungan.

Palang Merah, yang menubuhkan pasukan kecemasan di seluruh Eropah, menggesa penduduk mengawasi jiran dan saudara mara.

"Mengetuk pintu untuk memeriksa jika mereka mempunyai keperluan cukup memberi perbezaan besar. Ia juga memberi perbezaan antara hidup dan mati," katanya.

Badan kebajikan itu juga mengeluarkan rayuan awam untuk mengumpul 10,000 selimut di Perancis, di mana kira-kira 50 pegawai tempatan di rantau ini berikrar untuk bermalam di luar bagi meraih perhatian terhadap nasib gelandangan. 

SUMBER:
1. AFP
2. REUTERS
3. METRO.CO.UK



TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...