PHOTO BY: PAKATAN HARAPAN |
SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kita dapat langsungkan Konvensyen Pakatan Harapan buat kali ke-2 di IDCC Shah Alam yang mengangkat tema HARAPAN.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan menyampaikan salam perjuangan daripada Sdr. Anwar Ibrahim dimana hari ini merupakan hari yang ke-1,063 beliau menjadi tahanan politik.
Meskipun jasa beliau dipenjara namun roh dan semangat beliau kekal bersama kita.
Surat Al-ankabut ayat 69 menghuraikan konsep perjuangan yang haq dan menentang yang batil, menegakkan keadilan, menunaikan amanah dan melaksanakan segala kebaikan akan mendapat pertolongan dari Allah SWT
Agenda reformasi bukan milik parti politik semata akan tetapi menjadi milik NGO,golongan pekerja, mahasiswa, anak muda, para pemikir dan seniman.
Prinsip kebebasan, pemerkasaan, kemulian insan dan keadilan mesti dipertahankan.
Kali ini kita akan memasuki gelanggang PRU14 dengan jenama baru PAKATAN HARAPAN yang InsyaAllah akan memenuhi harapan rakyat Malaysia.
PRU14 kali ini bukan lagi sekadar menafikan 2/3 malah langkah kita pada PRU14 ini adalah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.
Untuk memenangi pilihanraya dan memenuhi harapan rakyat beberapa prasyarat perlu dipenuhi antaranya;
PHOTO BY: PAKATAN HARAPAN |
1. PH perlu dilihat teguh bersatu,kukuh dan mantap kesatuannya di mata rakyat
2. Setiap perbezaan,percanggahan harus diselesaikan di meja perundingan bukannya di media arus perdana.
3. Gerak kerja jentera disemua peringkat perlu dimantapkan dan sokongan rakyat melalui gerakan massa perlu digembleng bagi menumpaskan rejim BN.
4. Memanfaatkan setiap data dari agensi sahabat dan badan penyelidikan seperti INVOKE, Institut Darul Ehsan dan Penang Institute.
5. Bekerja sebagai satu pasukan PH dan fokus pada musuh yang satu iaitu kebobrokan Barisan Nasional.
6. Ikhlaskan hati, berjuanglah demi masa depan generasi akan datang.
Kita harus tampil sebagai harapan rakyat dengan membawa mesej perubahan,menangi hati mereka dengan bertekad membawa negara keluar dari kemelut ekonomi dan bebanan hidup.
Agenda utama yang boleh kita jadikan landasan asas perjuangan adalah dengan mengguna pakai Deklarasi Permatang Pauh.
Ayuh kita bulatkan tekad dan azam, tiupkan roh dan semangat perjuangan bangkit menentang BN.
Saya yakin saf pimpinan Pakatan Harapan baik daripada KEADILAN,DAP,AMANAH dan PPBM akan memastikan semua usaha berjalan dengan baik menuju Putrajaya.
Akhirul Kalam, kita adalah perjuangan Demokrat yang AMANAH, BERSATU menuntut KEADILAN demi memenuhi HARAPAN rakyat.
Doa untuk kita semua.