Terlampau sejuk -62 Darjah Celsius, Termometer Gagal Berfungsi

The thermometer in Oymyakon stopped working shortly after temperatures reached -62C CREDIT:INSTAGRAM/@SIVTSEVA9452


GLOBAL: Sejuk sehingga penyukat suhu gagal berfungsi . Begitulah yang berlaku di sebuah kawasan di Siberia apabila suhu terlampau sejuk dicatatkan. 

Termometer yang diletakkan di Oymyakon sebuah puat peranginan gagal berfungsi selepas mencatatkan rekod -62 darjah Celsius minggu ini.

Omyakon didiami kira-kira 50 penghuni terletak 750 meter paras laut dan mempunyai siang kira-kira tiga jam pada Disember dan sehingga 21 jam pada musim panas.

Sementara itu Siberian Times melaporkan suhu tempatan dicatatkan serendah sehingga -67 darjah celsius mencapai rekod paling sejuk -67.7 celsius pada Februari 1933.

Suhu itu adalah paling rendah dicatatkan di luar Antartika yang didiami manuasia.

Untuk rekod suhu paling sejuk pernah dicatatkan apabila satelit NASA merekodkan suhu -94.7 celsius di timur Antartika pada 2013.

SUMBER: THE TELEGRAPH

TERKINI

Meraikan Syawal Dengan Penuh Keberkatan, Ceria dan Meriah Selaras Dengan Semangat Hasil Didikan Ramadan

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Foto : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut   Pendahuluan   Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam...