OLEH: MOHD EZLI MASHUT
GLOBAL/ ASEAN: Idea pelaksanaan Projek Terusan SEGENTING Kra apabila dicetuskan kira-kira 300 tahun lalu kembali bergema semula pada 2017. Realitinya projek ini menggerunkan beberapa negara ASEAN ekoran ancaman kemerosotan ekonomi maritim kesan projek ini.
Persepsi awal terbayang Projek Terusan Segenting Kra bakal menjejaskan kerukunan dan kerjasaman negara ASEAN, khususnya Singapura, Malaysia dan Indonesia. Yang paling terkesan diramalkan adalah Singapura.
Nikkei Asian Review pada 7 Ogos 2017 melaporkan beberapa individu berpengaruh Thailand termasuk ahli politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek berkenaan.
Projek itu apabila dilaksanakan merangkumi terusan yang boleh dilalui hampir kebanyakan jenis kapal laut dengan mempunyai terusan laluan sepanjang 135 kilometer (km) bernilai AS$28 bilion (RM120 bilion).
Rancangan dicadang sekumpulan jeneral dan ahli perniagaan Thailand itu adalah salah satu mega projek infrastruktur paling bercita-cita tinggi dan transformasi besar di Asia – pembinaan terusan perkapalan sepanjang 135 kilometer (km)untuk menghubungkan lautan Pasifik serta India.
Menurut pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, maka pembinaan terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain, dalam tempoh lima tahun akan datang.
Projek terbabit akan membelah bahagian selatan Thailand iaitu kira-kira 800km di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan Malaysia.
Cadangan Terusan Segenting Kra muncul lagi, ancaman Selat Melaka?
Apabila siap, ia bakal menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan Pulau Phuket.
Terusan itu adalah laluan pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan China, Jepun dan negara Asia Timur selain perdagangan minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan India.
Jarak perjalanan bagi kapal yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui terusan berkenaan.
Di manakah lokasi Segenting Kra?
Segenting Kra adalah bahagian genting dan sempit di selatan Thailand dan di utara Semenanjung Tanah Melayu. Bahagian barat Segenting Kra menjadi milik Myanmar.
Bahagian timur menjadi milik negara Thailand. Segenting Kra menghadap Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pantainya menerima kesan yang teruk akibat dari tsunami Acheh, pada 26 Disember 2006.
Muara Sungai Kra menjadi daratan paling sempit dengan lebar 44 kilometer. Tingginya 75 meter dari aras laut. Bandar utama ialah Kra Buri dalam wilayah Ranong, Thailand.
Segenting Kra12Segenting Kra adalah sebahagian daripada rantaian gunung yang menganjur dari Tibet. Selatannya digelar rantaian kepulauan Phuket. Bahagian utara ialah Banjaran Tenasserim sepanjang 400 km dan dikenali sebagai “Banjaran Tiga Pagoda”.
Cadangan pembinaan bermula lebih 340 tahun lalu
Sejak tahun 1677 iaitu ketika era pemerintahan Raja Narai, beberapa pihak mencadangkan satu terusan dibina di Segenting Kra yang terletak di selatan Thailand tetapi langkah untuk menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan melalui terusan itu masih belum menjadi kenyataan hingga kini.
Rancangan itu menemui jalan buntu kerana kerajaan Siam tidak memiliki dana untuk menampung kos pembinaannya serta tiada kepakaran teknologi untuk meneruskan projek berkenaan, namun tidak pernah dibatalkan.
Apabila British bertapak di Singapura pada 1819, pulau itu ditransformasikan daripada sebuah kampung nelayan kepada pelabuhan utama di rantau Asia. Oleh itu, British tidak pernah bersetuju dengan projek terusan itu kerana khuatir pangkalan maritim mereka di Singapura terjejas.
Siam yang menjadi negara boneka Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, dianggap musuh British dan pihak tentera Berikat. Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, kerajaan Siam terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk menamatkan status perang di antara dua negara.
Artikel 7 Perjanjian ini mencegah Siam daripada menggali terusan menembusi wilayahnya untuk menghubungkan Laut Andaman dengan Telukan Siam bagi melindungi kepentingan British di Singapura. Perjanjian ini dibatalkan pada 1954.
Selat Melaka antara laluan terpenting laut dunia
Menurut analisis angka STRAITREP Jabatan Laut Malaysia oleh Nippon Maritime Centre (NMC) yang disediakan secara eksklusif untuk Seatrade Maritime News menyatakan lalu lintas di lorong perkapalan tersibuk di dunia – Selat Melaka dan Singapura (SOMS) naik 3.4 peratus ke tahap tertinggi dengan 83,740 transit, pada 2016 .
Jumlah purata pemindahan harian yang dilaporkan kepada Port Klang VTS di Malaysia pada 2016 adalah 229, naik tujuh dari 2015, dan dibandingkan dengan 201, pada tahun 2011.
Jumlah Aliran trafik lautMemimpin pertumbuhan jumlah transit dalam peratusan pada 2016 adalah VLCC dengan 5,973 transit di Selat, peningkatan sebanyak 649 atau 12.19 peratus lebih 5,324 transit oleh kapal tangki lebih daripada 150,000 dwt pada tahun sebelumnya. Ini jauh melebihi purata pertumbuhan tahunan 4.8 peratus dalam transit VLCC yang dilihat sejak 2007.
Sebagai keseluruhan akaun VLCC adalah enam peratus daripada semua transit Selat.
VLCC yang dimeterai menuju ke Singapura dan Timur Laut Asia mengangkut lorong laut dalam yang hanya 1.3 km lebarnya di “Pos” di Selat Melaka Satu Fathom di Selat Melaka dan hanya selebar 800 meter di satu saluran di Selat Philip di Selat Singapura, jika pelayaran Timur ke luar Singapura.
RUJUK: http://www.seatrade-maritime.com/news/asia/malacca-and-s-pore-strait-traffic-hits-new-high-in-2016-vlccs-fastest-growing-segment.html
Kekuatan ekonomi Singapura ‘kiamat’
Antara negara yang paling menerima kesan pelaksanaan projek Segenting Kra adalah negara berasaskan sumber terbesarnya kepada aktiviti pelabuhan dan perkapalan. Dalam hal ini Singapura dilihat antara negara yang paling terkesan.
Setakat 2013, Singapura diiktiraf sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. Menurut sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA), lebih kurang 75 peratus kapal dagang yang menelusuri Selat Melaka tidak berlabuh di pelabuhan Malaysia. Kebanyakannya akan berhenti di Singapura atau meneruskan pelayaran ke destinasi terakhir.
Ekoran kekuatan dan kemakmuran ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri perkapalan dan diandaikan terusan Segenting Kra ini bakal memberi implikasi buruk kepada Singapura, pada masa hadapan.
Apa masalahnya laluan di Selat Melaka kelak?
Pada tahun 2025, dianggarkan 122,500 kapal dijangka melalui Selat Melaka. Institut Pengangkutan Antarabangsa Jepun (JITI) menganggarkan bahawa terdapat 140,000 kapal pada 2020.
Menurut pengiraan yang dibuat oleh HM Ibrahim dan Mansoureh Institut Maritim Malaysia (MIMA), Selat Melaka dapat menampung 122,640 kapal setiap tahun [ Kadar tamat pada (TFR = 0.27 = 7vessel / jam cc = 7 x 24 x 365 x 2 = 122,640)]
Menjelang 2024, laluan Selat Melaka akan lebih padat. Ia tidak akan dapat memastikan laluan yang tepat untuk kapal laut dan tidak menjamin laluan selamat mereka.
Kapal itu tidak mempunyai pilihan lain selain memilih laluan alternatif yang lebih lama melalui Selat Sunda dan Selat Lombok.
Bagaimanapun, dianggarkan kos navigasi di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik pasti akan meningkat.
Maka, dengan jangkaan Selat Melaka bakal menjadi laluan laut sesak akan datang, maka ia meningkatkan risiko kemalangan kapal dan tumpahan minyak. Oleh itu, alternatif laluan laut baharu perlu diwujudkan.
RUJUKAN: http://kracanal-maritimesilkroad.com/en/story/the-malacca-straits/
Malah, isu lanun di Selat Melaka serta kejadian tumpahan minyak menjadi ancaman kelestarian hidupan laut disebabkan kesesakan di Selat Melaka dan pada masa sama menjadi tumpuan industri perikanan dan nelayan, di Malaysia dan Indonesia.
Jadikan Segenting Kra projek kerjasama ASEAN
Dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$ 2.6 trilion, ASEAN adalah ekonomi keenam terbesar di dunia dan dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2050 dengan sesetengah pihak menganggarkan bahawa ASEAN mencapai kedudukan itu, menjelang 2030.
ASEAN juga meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini. Atas semangat ini, maka adalah wajar projek terusan Segenting Kra ini menjadi projek ASEAN dengan dana pelaburan dibiayai negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand serta negara ASEAN lain yang berminat.
ASEANDengan sumber dana kewangan daripada ASEAN maka kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama secara menang-menang semua negara ASEAN tanpa membabitkan campur tangan kuasa besar dunia yang dibimbangi mempunyai agenda perluasan kuasa dan pengaruh tersendiri.
Melalui terusan ini negara penyumbang dana boleh memperoleh keuntungan berdasarkan nilai sumbangan dana melalui cukai dan tol dikenakan terhadap kapal yang melalui terusan Segenting Kra serta pembangunan wilayah setempat.
Adalah sangat penting semangat ASEAN diterap dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa melalui pelbagai projek memakmurkan ASEAN secara bersama.
Kesimpulan
Tiada gunanya jika isu Segenting Kra ini hanya merenggangkan keutuhan dan keakraban negara ASEAN. Adalah penting kemakmuran ekonomi dan pembangunan ASEAN dapat dinikmati semua demi generasi masa hadapan.
Kita perlu meninggalkan legasi kemakmuran ekonomi dan kehidupan lebih baik untuk generasi ASEAN masa hadapan bukan menambah konflik serta pertikaian yang hanya memusnahkan kasih sayang juga persaudaraan sesama manusia demi kesejahteraan lebih 630 juta rakyat ASEAN.