1 Oktober 2012 - Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 1
wnload
319 views
MUQADDIMAH
KONSEP
PEMBANGUNAN EKONOMI
1. Pendekatan
pembangunan ekonomi yang berkepedulian dan mampan akan menjamin imbangan di
antara pertumbuhan yang berterusan dan agihan kesejahteraan yang adil kepada
semua.
2. Sebab itu, tumpuan tidak boleh hanya diberikan
kepada angka-angka pertumbuhan dan saiz ekonomi semata-mata. Pendapatan isi
rumah oleh golongan yang berbeda di dalam masyarakat adalah sama penting kerana
ia menjadi kayu ukur sama ada hasil dari pertumbuhan ekonomi dinikmati
seadilnya oleh semua golongan di dalam masyarakat, selaras dengan firma
Allah SWT di dalam Al-Quran pada ayat ke-7, Surah Al-Hasyr:
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi
Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara
orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
1. Pakatan
Rakyat sejak dari awal lagi menekankan bahawa seluruh perancangan ekonomi
negara perlu beralih dari mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata
kepada sasaran pendapatan isi rumah minima sebanyak RM4,000 sebulan setiap
keluarga menjelang akhir penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
2. Kenyataan
tersebut diputarbelitkan sehingga ada yang membuat andaian kononnya Pakatan
Rakyat berjanji akan membayar imbuhan kepada rakyat agar pendapatan isi rumah
setiap keluarga mencecah RM4,000 sebulan.
3. Saya ingin
tegaskan bahawa pendekatan pembangunan ekonomi yang seharusnya menekankan
pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berkekalan dalam jangka masa yang panjang
serta menjamin peningkatan pendapatan bolehguna (disposable income)
rakyat, melalui sasaran-sasaran khusus seperti berikut:
a. Pertumbuhan ekonomi perlu dijana
oleh golongan usahawan kecil dan sederhana yang membentuk kelas perniagaan
terbesar di dalam ekonomi, bukannya satu dua tauke besar dan insan mahakaya
yang membolot atau memonopoli sebahagian besar kegiatan ekonomi;
b. Pertumbuhan ekonomi bergantung
kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan
kepakaran, maka peluang pekerjaan yang dihasilkan mempunyai pengaruh yang besar
kepada bentuk pertumbuhan yang dijana;
c. Peranan kerajaan
di dalam menjana ekonomi perlulah dibataskan kepada usaha-usaha mencambahkan
bidang baru dan memesatkan kegiatan ekonomi strategik, bukannya terlibat sama
di dalam setiap jenis kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil
dan pengusaha;
d. Pendidikan dan kemahiran yang
melengkapkan rakyat untuk berdepan dengan persaingan global adalah fokus
kerajaan sebagai tanggungjawab asas kepada rakyat untuk memesatkan pertumbuhan
ekonomi
e. Dasar-dasar khusus yang menjamin
paras gaji dan perkongsian nilai yang dijana di antara majikan/syarikat dengan
pekerja adalah saksama perlulah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan demi
menjamin kesejahteraan rakyat
f. Paras pendapatan
isi rumah keluarga menjadi sasaran ekonomi utama untuk memastikan tidak ada
rakyat yang ketinggalan dari arus pembangunan dan kesejahteraan negara
g. Kebajikan dan kesejahteraan
golongan-golongan tertentu di dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dan
perlindungan agar tidak terpinggir adalah tanggungjawab kerajaan, melalui satu
sistem jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh dan bersepadu
h. Kemakmuran ekonomi rakyat terbanyak
yang paras pendapatannya meningkat menjamin pertumbuhan yang mampan dan
berterusan bila mana mereka terus melabur kembali di dalam ekonomi negara
4. Pendekatan
pembangunan yang seimbang di antara pertumbuhan ekonomi dan paras pendapatan
rakyat ini turut disokong oleh United
Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) di dalam laporannyaTrade and Development Report
2012: Policies for Inclusive and Balanced Growth.
5. Dengan izin,
saya petik:
“UNCTAD argues that rising inequality is neither a
necessary condition for sound economic growth, nor its natural result. By
contrast, full participation of all citizens in the proceeds of the economy as
a whole in indispensable for successful and sustained development.
TDR 2012 suggests that policymakers need to apply policies to reduce income gaps, which in turn will influence overall economic and social outcomes. It shows how income distribution has been and may be modified by proactive policies, including the use of fiscal instruments aimed at redistribution.”
TDR 2012 suggests that policymakers need to apply policies to reduce income gaps, which in turn will influence overall economic and social outcomes. It shows how income distribution has been and may be modified by proactive policies, including the use of fiscal instruments aimed at redistribution.”
6. Ringkasnya,
pendekatan ekonomi yang ghairah dengan mencatat pertumbuhan tanpa mengambil
kisah kesenjangan pendapatan di dalam masyarakat hingga golongan mahakaya yang
dua tiga kerat membolot hasil negara tidak lagi wajar.
7. Belanjawan 2013
tidak menyentuh langsung usaha-usaha meningkatkan paras pendapatan rakyat
secara keseluruhan.
UNJURAN REALISTIK DAN SASARAN DICAPAI
10. Keberkesanan
sesebuah kebijakan ekonomi, baik yang dibuat melalui belanjawan atau
perancangan ekonomi berkala, untuk menjana pertumbuhan dan membaiki kedudukan
sosio-ekonomi rakyat juga tertakluk kepada unjuran yang munasabah berdasarkan
angka dan data yang benar. Ianya kemudian dinilai semula setelah meneliti sama
ada sasaran dicapai.
11. Jika tidak,
proses merangka belanjawan dan perancangan ekonomi tidak lebih dari sekadar
gimik politik murahan.
12. Dengan merujuk
kepada fakta bahawa jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan melangkaui jumlah
yang diluluskan di Belanjawan 2012 sebanyak 9.4%[1] iaitu
berbelanja lebih sebanyak RM21.6 bilion. Bukan semua jumlah itu disebabkan
kenaikan gaji kakitangan awam atau tanggungan subsidi seperti yang diumumkan,
kerana belanja perbekalan melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM1.5
bilion[2].
13. Dalam keadaan
negara berhadapan dengan defisit yang meruncing, sewajarnya kerajaan berhemah
dan menunjukkan penjimatan dari proses perolehan yang telus, sebaliknya RM1.5
bilion dibelanjakan melebihi jumlah yang diluluskan.
14. Malah, jika pola
perbelanjaan diperincikan dari tahun 2009 hingga 2013 iaitu sejak YAB Pekan
menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, saya khuatir bahawa keghairahan
berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan:
RM Juta
|
||||
2009
|
2013
|
Peningkatan
|
% Peningkatan
|
|
Emolumen
|
42,778
|
58,621
|
15,843
|
37%
|
Pencen dan ganjaran
|
10,146
|
13,597
|
3,451
|
34%
|
Bayaran khidmat
hutang
|
14,222
|
22,245
|
8,023
|
56%
|
Pemberian dan serahan
kepada kerajaan negeri
|
4,895
|
6,276
|
1,381
|
28%
|
Bekalan dan
perkhidmatan
|
26,372
|
33,659
|
7,287
|
28%
|
Subsidi
|
20,345
|
37,612
|
17,267
|
85%
|
Perolehan aset
|
2,582
|
1,046
|
(1,536)
|
-59%
|
Bayaran balik dan
hapus kira
|
555
|
1,109
|
554
|
100%
|
Pemberian kepada
badan berkanun
|
12,024
|
14,041
|
2,017
|
17%
|
Perbelanjaan
lain-lain
|
23,149
|
13,712
|
(9,437)
|
-41%
|
15. Sepanjang tempoh
beliau menjadi Menteri Kewangan, yang ketara adalah lonjakan bayaran khidmat
hutang sebanyak 56% atau peningkatan RM8 bilion dalam tempoh lima tahun.
Ini bermakna jumlah pinjaman baru (menurut Bank Negara) sejak 2009 hingga 2013
adalah sebanyak RM184 bilion.
16. Bayaran
perbekalan dan perolehan, yang sewajarnya mampu dikawal jika proses perolehan
telus dan melalui tender terbuka juga melonjak sebanyak RM7 bilion atau
peningkatan kos 28% di bawah pengawasan Menteri Kewangan sekarang.
17. Jumlah RM15
bilion yang bertambah sejak beliau menjadi Menteri Kewangan, jika dikawal dan
dijimatkan sudah tentu dapat menampung beberapa program yang membantu rakyat
termasuklah membatalkan PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma.
18. Rekod mencapai
sasaran pertumbuhan ekonomi yang tiap-tiap tahun tergelincir dari sasaran juga
mempunyai kesan yang besar kepada kedudukan kewangan kerajaan persekutuan.
19. Jika pertumbuhan
6% seperti yang disasarkan sendiri oleh Dato’ Seri Najib dicapai di antara
tahun 2010 dan 2013, kesannya kepada hasil negara dari kutipan cukai tambahan
dianggarkan seperti berikut[3]:
2010
|
2011
|
2012
|
2013
|
|
Saiz ekonomi (diukur
dengan KDNK pada harga pembeli[4]), RM juta
|
674,946
|
709,261
|
743,543
|
780,983
|
Pertumbuhan ekonomi
sebenar, %
|
7.2%
|
5.1%
|
4.5%
|
5.0%
|
Sasaran pertumbuhan
ekonomi, %
|
6.0%
|
6.0%
|
6.0%
|
6.0%
|
Tambahan hasil negara
jika sasaran ekonomi dipenuhi, RM juta
|
1,236
|
2,965
|
4,578
|
20. Kegagalan
mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi mempunyai kesan besar kepada kedudukan
ekonomi dan kesejahteraan rakyat, tatkala negara berdepan dengan masalah
defisit yang meruncing.
21. Kegagalan memacu
pertumbuhan ekonomi berkembang pada kadar 6% setahun bermakna di antara tahun
2011 hingga 2013, jumlah terkumpul hasil negara dari kutipan cukai yang hilang
sudah mencecah RM8.8 bilion. Ini adalah tambahan cukai yang boleh dikutip oleh
kerajaan sekiranya ekonomi berkembang pada kadar 6%, bukannya sekitar 4% - 5%
seperti yang dicatatkan sekarang.
22. Justeru,
pendekatan Pakatan Rakyat untuk mengawal defisit dan mencapai sasaran
belanjawan berimbang dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat
adalah untuk kembali kepada kewarasan berbelanja secara berhemah dan menjana
pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi yang sihat.
EKONOMI MALAYSIA DAN
DUNIA
PERBANDINGAN NEGARA
PERBANDINGAN NEGARA
23. Jika
potensi ekonomi Malaysia, berasaskan sumber kekayaan dan kepelbagaian
masyarakat dan tenaga kerja yang ada, dicapai melalui dasar-dasar yang menjurus
kepada pertumbuhan dan kepedulian rakyat, Malaysia sewajarnya berada di depan
negara-negara yang kini menjadi contoh kepada dunia.
24. Malaysia
bermula pada garisan yang sama dengan negara-negara seperti Singapura, Taiwan
dan Korea Selatan. Malah, Malaysia berada di hadapan berbanding dengan Turki.
25. Contoh
yang baik juga adalah perbandingan bagaimana Korea Selatan terus menjadi jenama
dan kuasa ekonomi yang berpengaruh di dunia, sedangkan dalam tahun 1970an
Pendapatan Negara Kasar per kapita (gross national income per capita)
Malaysia sebanyak US$400 adalah jauh lebih tinggi berbanding Korea Selatan pada
jumlah US$270[1] sahaja.
26. Kelebihan
ekonomi ini makin terhakis dan merudum sejak tahun 1980, seperti yang
dibuktikan oleh angka-angka perbandingan pendapatan negara kasar per kapita
seperti berikut:
1980
|
1990
|
2000
|
2010
|
|
Korea Selatan
|
1,810
|
6,000
|
9,910
|
19,720
|
Malaysia
|
1,820
|
2,370
|
3,420
|
7,760
|
Pendapatan Negara Kasar per kapita (US$)
27. Justeru, pendekatan ekonomi di bawah pengurusan Barisan Nasional secara jelas telah merosotkan daya saing kita dalam tempoh 30 tahun yang lepas hingga kita jauh ditinggalkan Korea Selatan, walaupun kita bermula pada garis yang sama dalam tahun 1980.
28. Kini,
kita juga berhadapan risiko ditinggalkan pula oleh negara-negara yang sebelum
ini berada di belakang kita kerana mereka merancang ekonomi negara mereka
dengan berhemah, membanteras rasuah dan membuka peluang sama rata kepada
niagawan yang berdaya maju.
29. Kejayaan
Turki di bawah Reccip Tayeb Erdogan contohnya, memberi keyakinan kepada kita
bahawa dasar ekonomi dan pentadbiran yang berteraskan keadilan sosial,
ketelusan, amanah dan mengiktiraf bakat kebolehan setiap rakyatnya berjaya
melonjakka kemakmuran ekonomi negara dan rakyat Turki dalam tempoh yang begitu
singkat.
30. Sebab
itu Pakatan Rakyat dari awal lagi telah menegaskan bahawa perubahan dan
tambahbaik ekonomi tidak boleh berlaku tanpa adanya reformasi politik dan
pentadbiran. Buku Jingga adalah dokumen yang jelas
menggariskan bahawa matlamat pertumbuhan ekonomi perlu didokong oleh proses
islah politik dan pentadbiran yang menyeluruh, kerana Turki di bawah Reccip
Tayeb Erdogan meyakinkan dunia bahawa pembaharuan politik menyuburkan
pertumbuhan ekonomi.
31. Dalam
tempoh 10 tahun mengambil alih pentadbiran Turki, tanpa hasil minyak dan gas,
Erdogan berjaya menukar ekonomi Turki yang menguncup dalam tahun 2002 dan
menjadi a new economic miracle yang dikagumi oleh seluruh
dunia:
a. Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) atau saiz ekonomi Turki berkembang 3 kali ganda dalam
tempoh 9 tahun, dari US$233 bilion (2002) kepada US$773 (2011)
b. Unjuran
pertumbuhan ekonomi 2012 berasaskan angka suku pertama meletakkan angka
pertumbuhan melepasi 11% mengatasi negara China atau mana-mana negara maju di
dunia
c. Ekonomi
Turki tumbuh di antara 7% hingga 9% secara purata sepanjang pentadbiran beliau,
menjadikan ia tempoh pertumbuhan ekonomi paling rancak dalam sejarah negara itu
d. Turki
akan melangsaikan semua baki hutang IMF yang diwarisi oleh beliau menjelang
April 2013 berjumlah Euro1 bilion, tempoh pembayaran balik yang singkat
memandangkan jumlah hutang yang diwarisi
32. Beliau
juga berdepan dengan kritikan dan cemuhan yang sama ketika mula-mula
melaksanakan reformasi ekonominya. Apabila beliau mahu melaksanakan dasar
pendidikan percuma kepada seramai mungkin rakyat Turki, beliau dituduh akan
memuflis dan membangkrapkan negara.
33. Sebab
itu Pakatan Rakyat juga yakin bahawa masalah ekonomi Malaysia juga boleh
diatasi dengan cepat dan cekap, asalkan dasar-dasar yang digubal merombak
kepincangan struktur ekonomi sedia ada.
34. Kegagalan
Barisan Nasional menamatkan defisit belanjawan selama 15 tahun berturut-turut
sedangkan Malaysia mempunyai hasil minyak menunjukkan ada masalah struktur
ekonomi yang diabaikan dan dibiarkan membarah, kerana menyelesaikan kepincangan
ekonomi tersebut bermakna menyentuh kroni dan golongan mahakaya berkepentingan.
KEPINCANGAN STRUKTUR
EKONOMI
35. Kepincangan
ekonomi Malaysia yang berpanjangan (baik dari kedudukan defisit yang meruncing,
jurang pendapatan keluarga yang makin melebar, gaji yang tidak meningkat dan
pertumbuhan ekonomi yang lembap) adalah berpunca dari kegagalan meluruskan
struktur ekonomi.
36. Sebab
itu, rakyat harus membedakan di antara belanjawan yang hanya menyenaraikan
gula-gula dan pengumuman saguhati tetapi langsung tidak memberi penumpuan
kepada persoalan struktur ekonomi.
37. Keengganan
kerajaan berbicara soal kepincangan struktur ekonomi negara kerana kurang tekad
politik menyentuh keuntungan kroni dan monopoli syarikat keluarga serta
golongan mahakaya yang bersekongkol dengan mereka.
RASUAH & PENYELEWENGAN
35. Rasuah
dan penyelewengan terus menjadi musuh utama ekonomi dan kesejahteraan negara.
Keengganan Barisan Nasional mengangkat amalan tata kelola yang baik sahaja yang
akan menyelar penyelewengan, pemborosan dan melemahkan daya saing.
36. Anggaran-anggaran
khusus ketirisan oleh pelbagai pihak memberi gambaran bagaimana keberhutangan
negara dan rakyat banyak berpunca dari amalan rasuah dan penyelewengan yang
tidak dibendung ini:
a. Anggaran jumlah ketirisan sebanyak RM28
bilion hasil dari contoh-contoh ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan
oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008. Wakil-wakil Barisan Nasional boleh
menafikan ini sekeras-kerasnya, tetapi rakyat boleh menilai apabila seorang
tokoh yang rapat dengan pemerintah dimaafkan hutang berjumlah RM580 juta, atau
wang projek ternakan lembu RM250 juta diselewengkan untuk membeli kondominium
mewah, atau kos perolehan di jabatan-jabatan kerajaan berkali-kali ganda lebih
mahal dari harga sebenarnya – jumlahkan semua ini setiap tahun dan angka RM28
bilion seperti yang dianggarkan bukanlah angka yang jauh menyimpang.
b. Anggaran Transparency International bahawa
ketirisan setiap tahun kerana tiadanya amalan telus melalui proses tender
terbuka mencecah RM40 bilion setiap tahun
c. Belanja perolehan di bawah kawalan dan
pengaruh kerajaan, meliputi belanja kerajaan persekutuan, negeri, agensi dan
syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dijangka mencecah RM150 bilion setiap
tahun. Pengalaman Pakatan Rakyat di Selangor menunjukkan bahawa pentadbiran di
bawah Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengurangkan kos sebanyak 24% secara
purata dari kontrak-kontrak perolehan, yang membayangkan bahawa selama ini kos
dinaikkan sehingga melepasi 20%. Sebagai contoh, pinjamatan dari tender terbuka
ialah 24% atau RM105.8 juta iaitu dari anggaran jabatan sebanyak RM447 juta
berbanding nilai projek sebanyak RM341 juta. Manakala penjimatan bagi kos
operasi dari pengambilalihan Alam Flora adalah RM 81 juta.
d. Di Pulau Pinang, pentadbiran Pakatan Rakyat
telah menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Prai daripada mengalami
kebangkrapan pada 2008 daripada deficit sebanyak RM230 juta selama lapan tahun
di bawah Barisan Nasional kepada lebihan RM41 juta selama tiga tahun di bawah
pentadbiran Pakatan Rakyat. Selain itu Pulau Pinang merupakan negeri yang
berjaya mencatat pengurangan hutang terbesar di Malaysia daripada RM630 juta
pada 2008 kepada RM30 juta pada tahun 2011.
e. Di negeri Kedah pula, hasil balak
meningkat daripada RM9 juta sebelum 2008 kepada RM80 juta pada tahun 2011.
Manakala Kelantan, walaupun disisih dari arus pembangunan perdana namun masih
berjaya menurukan kadar kemiskinan iaitu sebanyak 17.8% pada 2002 kepada 4.8%
pada tahun 2009.
f. Jika penjimatan 20% yang sama
dapat dilaksanakan ke atas perbelanjaan perolehan yang dikawal kerajaan, ini
bermakna setiap tahun kerajaan mempunyai lebihan RM30 bilion untuk menampung
program-program pro-rakyat.
PENDAPATAN ISI RUMAH YANG RENDAH
37. Pendapatan isi rumah rakyat
kekal rendah dan analisa strata pendapatan isi rumah rakyat menunjukkan
golongan yang kaya menjadi semakin kaya, sementara yang miskin semakin miskin.
38. Ini bermakna pertumbuhan
ekonomi dan segala macam pengumuman projek yang dibuat oleh Barisan Nasional
tidak mempunyai kesan kepada pendapatan rakyat terbanyak. Realiti pendapatan
isi rumah rakyat terbanyak adalah berbeza dan terpisah dari gambaran ekonomi yang
diberikan Barisan Nasional.
39. Berdasarkan Kajiselidik
Pendapatan Isirumah dan Keperluan Asas 2009 (HISBAS 2009), 44.2% dari isi rumah
di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.
40. Kajiselidik yang sama menunjukkan
bahawa golongan 20% terkaya di Malaysia membawa pulang 50% dari pendapatan dan
nilai ekonomi yang dijana, sedangkan golongan 40% termiskin pula hanya
berkongsi 14% dari kek ekonomi di negara ini.
41. Keghairahan mengejar angka
pertumbuhan ekonomi semata-mata tanpa ada reformasi dasar yang khusus untuk
merapatkan jurang dan memastikan agihan yang lebih sekata makin menjadi-jadi di
dalam perancangan ekonomi ETP yang dibawa Perdana Menteri.
42. Analisa dan perbandingan nilai
ekonomi yang dijana oleh projek-projek ETP berbanding dengan bayaran gaji
kepada pekerja menunjukkan bahawa menjelang 2020, pekerja akan dibayar gaji
yang lebih rendah secara relatif kepada keuntungan syarikat. Jika sekarang
nisbah gaji kepada keuntungan syarikat adalah 28%, di bawah ETP angka ini
dijangka jatuh ke paras 21%.
KEPINCANGAN STRUKTUR EKONOMI
TIADA DAYA SAING
46. Ekonomi
negara dikawal dan dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar yang dimiliki negara
atau rapat dengan kroni atau golongan mahakaya berkepentingan. Tumpuan kerajaan
melalui insentif dan dasar banyak diberikan kepada golongan ini, sedangkan daya
saing sebenar ekonomi sepatutnya dibina dan dipupuk di kalangan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS).
SISTEM PENYAMPAIAN YANG TIDAK
BAIK DAN TIRIS
47. Ketirisan
terus berlaku menyebabkan bantuan atau insentif yang sepatutnya sampai kepada
golongan atau kumpulan sasaran dicuri di tengah jalan. Jika RM5,000
diperuntukkan sebagai bantuan permulaan perniagaan, hanya RM2,000 akhirnya
sampai yang selebihnya disamun oleh golongan atas angin yang rapat dengan
pemerintah.
48. Kebimbangan
mengenai ketirisan ini turut disuarakan di dalam Malaysia Economic Monitor
April 2012 yang dilaporkan kepada EPU, mukasurat 29 bahawa berdasarkan maklumat
dari Kajiselidik Isirumah 2009, hanya 27% dari golongan 10% termiskin di negara
ini yang mendapat bantuan dari kerajaan, walaupun kononnya kerajaan telah
mengadakan pelbagai program kebajikan untuk membantu mereka.
49. Hakikat
bahawa hanya 27% dari golongan yang paling wajar dibantu dan termiskin mendapat
manfaat dari program kerajaan membayangkan ketirisan yang berterusan.
HUBUNGAN RAPAT PERNIAGAAN BESAR
DAN KERAJAAN YANG MENGHALANG TUMBUHNYA GOLONGAN USAHAWAN
50. Hubungan
rapat di antara kroni, golongan mahakaya dan berkepentingan dengan kerajaan
menyebabkan hanya mereka diberi peluang untuk memainkan peranan besar.
51. Pembolotan
ekonomi seperti ini memberi impak buruk kepada percambahan usahawan baru yang
tawar hati dan tidak mungkin dapat bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang
mempunyai talian terus kepada pimpinan tertinggi negara.
PERGANTUNGAN KEPADA
PROJEK-PROJEK BESAR YANG DIBIAYAI KERAJAAN UNTUK MEMACU EKONOMI
52. Walaupun
kerajaan mengumumkan angka-angka yang sekilas pandang nampak besar dan
menggambarkan pelaburan swasta yang besar, hakikatnya kebanyakan projek ini
melibatkan campur tangan dan suntikan dana atau insentif oleh kerajaan.
53. Ini
membayangkan bahawa Barisan Nasional masih menggunakan model pergantungan
kepada projek-projek mega untuk mencatat angka pertumbuhan ekonomi yang boleh
diwar-warkan kepada rakyat, sedangkan tindakan itu memanjangkan kelembapan
pelaburan swasta yang sangat-sangat diperlukan.
54. Analisa
yang baik untuk membuktikan ada jurang di antara pengumuman pelaburan yang
dibuat dan jumlah pelaburan sebenar adalah perbandingan pelaburan-pelaburan di
koridor-koridor ekonomi yang diwujudkan.
55. Misalnya,
sehingga akhir Jun 2012, walaupun Barisan Nasional telah mengumumkan pelaburan
sebanyak RM112 bilion di Koridor Pembangunan Sabah (SDC), jumlah sebenar yang
masuk dan diterjemahkan hanyalah RM12 bilion.
KONSESI DAN HEROTAN DALAM
EKONOMI
56. Kewujudan
konsesi dan perjanjian yang berat sebelah menindas rakyat yang terpaksa
menanggung kos berganda.
57. Mulanya,
rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yang melambung kerana konsesi-konsesi
ini berbentuk monopoli dan mengherot harga sebenar di dalam pasaran.
58. Kemudian,
rakyat juga terpaksa menanggung kos yang dibayar kerajaan yang memberi pelbagai
bantuan kepada konsesi yang dianugerahkan kepada kroni dan golongan mahakaya
ini, termasuklah pampasan, subsidi korporat dan lain-lain.
AGIHAN EKONOMI YANG TIDAK SEKATA
DI ANTARA NEGERI DAN KUMPULAN MASYARAKAT
59. Sabah
dan Sarawak masih terus dipinggirkan. Kemudahan dan jaringan infrastruktur di
Sabah dan Sarawak adalah ketinggalan berbanding di Semenanjung yang akhirnya
membantutkan pertumbuhan ekonomi.
60. Akhirnya,
mutu dan keberkesanan sesebuah belanjawan atau kebijakan ekonomi yang dibawa
dinilai dari aspek keupayaannya menangani dan menyelesaikan masalah struktur
ekonomi yang digariskan.
61. Belanjawan
2013 yang diumumkan minggu lepas mengelak dari menyentuh persoalan-persoalan
pokok sebegini dan dipenuhi dengan retorik dan pengumuman politik.
TAMAT