Bulan mengelilingi Kaabah?

ANGKASA NAFI KEJADIAN BULAN KELILINGI KAABAH


KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah malam ini.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Mohd Fairos Asillam berkata tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam ini.
"Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Fairos turut berkata dakwaan bahawa kenyataan itu diedarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat perkara sedemikian.
Beliau berkata kedudukan bulan dan bumi awal pagi esok adalah 404,738km.
Fairos menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan terlebih dahulu di laman sesawang yang boleh dipercayai seperti Angkasa bagi mengelakkan kekeliruan mengenai perkara itu.
Blog dan laman sosial Facebook hari ini menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali, dan menyebut maklumat itu dari bekas ketua pengarah Angkasa.



by Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) on Friday, August 19, 2011 at 5:53pm



Salam

Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:
  1. Berita seperti di bawah adalah rumours
  2. Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini.
  3. Spesifikasi bulan malam ini:
    1. Bulan terbit:2243 (10:43 malam)
    2. Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi)
    3. Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi)
    4. Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km
[bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km]
[bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]
So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616km
  1. Fasa bulan: 67.88% (keterangan bulan)

Harap maklum
tq


MHD FAIROS BIN ASILLAM
Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11
Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel: +603 - 8888 8668
Faks: +603 - 8888 3478
E-mail 1: fairos@angkasa.gov.my
E-mail 2: mhdfairos@gmail.com
URL 1: http://www.angkasa.gov.my 
URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/


Fomca Minta Pengguna Berhati-Hati SMS Berangkai

Saturday, 20 August 2011 | Ruangan: Berita
KUALA LUMPUR, 20 Ogos -  Pengguna harus mengelak dari mengutus khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai yang tidak mempunyai asas kebenaran kerana ini hanya akan menguntungkan syarikat telekomunikasi (telco), kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah.
Beliau berkata banyak SMS berangkai terutamanya berkaitan keagamaan disebarkan kebelakangan ini. Terbaru, Muhammad Shaani berkata tentang dakwaan bulan akan mengelilingi Kaabah di Mekah.
“Pada bulan Ramadan, pesanan seperti ini sudah pasti menarik minat umat Islam yang mahu berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan dan saudara-mara,”katanya.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus menjejaki sumber SMS seperti itu dan ambil tindakan terhadap penghantar asal.
Muhammad Shaani berkata ia telah lama mengesyaki syarikat telco mengupah pihak ketiga untuk menyebarkan pesanan seperti itu.
“Fomca tidak mempunyai cara untuk menentukan jika syarikat telco terlibat dalam penyebaran SMS itu,” katanya dan menambah suruhanjaya mungkin mempunyai kuasa dan cara untuk menyiasat dan mendakwa dalangnya.



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...