AirAsia Offers 5 Million Promo Seats


PHOTO: AIRASIA


AWARD-winning budget airline AirAsia is back with its free seats promotion, this time offering five million promotional seats* and with discounts for hotels, add-ons and duty-free products.

Enjoy promotional all-in members fares from as low as RM12 for flights from KL to Kuantan, Johor Baru, Kota Baru and Penang; and from RM36 for flights to Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh and more.

Fly AirAsia X from as low as RM199 for flights from KL to Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu and other destinations. For extra comfort, opt for the Premium Flatbed on flights from KL to Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka and Jeju, from only RM699.

Bookings must be made on airasia.com or the AirAsia mobile app before midnight on March 17, 2019 (2400 GMT +8), valid for travel between September 1, 2019 and June 2, 2020. 

AirAsia BIG Members can also redeem promo seats for as little as 500 BIG Points on airasiabig.com and the AirAsia BIG mobile app.
PHOTO: AIRASIA


It’s the first time AirAsia is offering great savings on its other products and services during a campaign, so grab these opportunities, book now, save and enjoy your travels.

* 1,000,000 hotel rooms on sale on AirAsiaGo.com (with promo code HOTEL5)

* 20% off all Santan Combo Meals (only for pre-booked meals on new flight bookings)

* 20% off for Pick-A-Seat option

* 30% off on ourshop.com (for duty-free items and AirAsia merchandise)

* 15% off activities on deals.airasia.com (with promo code (AADEALS15)

*All-in fares include taxes and fees but terms and conditions apply. Please refer to Terms & Conditions HERE 

OR 

log on to airasia.com for more information and details or its social media “pages” - (twitter.com/AirAsia), (facebook.com/AirAsia) or (instagram.com/AirAsia).

ARAB SAUDI: Visa Haji, Umrah Lulus Beberapa Minit Sahaja


FOTO SUMBER: MATAF EXPANSION PROJECT

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang mengeluarkan visa elektronik untuk pakej dan syarikat perkhidmatan haji dan umrah dalam masa beberapa minit saja.

“Jemaah yang datang dari luar terikat dengan syarikat serta ejen perkhidmatan Haji dan Umrah untuk mendapatkan visa. Visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti terbabit yang diberi lesen oleh negara ini,” kata penasihat kepada menteri Haji dan Umrah yang juga penyelia am platform elektronik Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams kepada MBC, seperti dipetik Arab News.

Shams berkata, platform elektronik itu termasuk perkhidmatan baru yang membolehkan warga bukan Arab Saudi mengakses gerbang elektronik (e-portal) di mana mereka boleh menilai pakej perkhidmatan, memilih pakej dan memohon visa secara elektronik.

“Kami sedang menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan visa elektronik, dalam masa beberapa minit saja selepas mengisi borang berkaitan tanpa perlu menggunakan pasport untuk diproses di kedutaan,” katanya.

Langkah itu akan membantu menggalakkan kemasukan lebih ramai jemaah haji, katanya. Arab Saudi mengeluarkan lebih daripada 4.33 juta visa umrah tahun ini. Langkah kementerian itu membantu memudahkan perjalanan jemaah dan meminimumkan proses pra perancangan.

Di bawah Wawasan 2030, Kerajaan berharap dapat menarik lebih daripada 30 juta jemaah Umrah dan memberikan mereka perkhidmatan terbaik.

Pada Januari lalu, kementerian menaik taraf portal dalam talian untuk menyokong jemaah haji asing. Hampir 1.1 juta umat Islam menggunakan portal dalam talian Maqam dalam fasa percubaan tahun lalu, membolehkan mereka memilih lebih daripada 30 syarikat yang menyediakan perjalanan dan penginapan untuk ke Makkah dan Madinah.

Kementerian sudah mula membincangkan mengenai pelan penggabungan e-perkhidmatan itu sejak November 2018.

Timbalan menteri Haji dan Umrah, Abdulaziz Al-Wazzan, berkata inisiatif itu bertujuan menjadikan visa lebih mudah buat jemaah haji, selain turut menyumbang kepada peningkatan bilangan jemaah haji. 

SUMBER: Arab News/ Agensi

AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Harga Promosi, Ada Serendah RM1

   Foto AirAsia

INFO Travel | AirAsia kini menawarkan lima juta tempat duduk pada harga promosi yang disertakan pelbagai diskaun hotel dan produk bebas cukai.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata, tambang promosi ahli yang ditawarkan pada harga serendah RM1 adalah bagi penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang serta serendah RM36 bagi penerbangan termasuk ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh.

“Penerbangan dengan AirAsia X (syarikat penerbangan jarak jauh, tambang rendah AirAsia Bhd) pula serendah RM199 bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.

“Bagi tujuan keselesaan, kemudahan katil rata premium Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju ditawarkan pada harga serendah RM699,” kata kenyataan itu.

Tempahan boleh dilakukan melalui airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai 11 hingga 17 Mac 2019 bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.

SUMBER -BERNAMA

32 PENERBANGAN TAMBAHAN SEMPENA HARI RAYA

FOTO: MALAYSIAN AIRLINES
     

MALAYSIA Airlines Berhad akan menambah 32 penerbangan tambahan serta menaiktaraf penerbangan perkhidmatan pesawat ke destinasi domestik terpilih bagi menampung perjalanan perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula 25 Mei hingga 16 Jun 2019.

Penerbangan tambahan itu adalah antara Kuala Lumpur dan Alor Setar, Kota Bharu, Kuching, Labuan, Miri, Sibu, Sandakan, Surabaya, Terengganu dan Tawau.

Syarikat penerbangan itu juga akan naik taraf 10 penerbangan domestik dari B737-800 kepada A330-300 dan A330-200 untuk menampung penumpang ke destinasi antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuching, Medan serta Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Hasil Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, pihaknya bersedia memenuhi permintaan untuk perjalanan sepanjang tempoh Hari Raya.

“Frekuensi tambahan dan naik taraf menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan lebih banyak kerusi supaya setiap orang selamat kembali ke kampung halaman mereka.

“Dengan itu, kami menggalakkan mereka yang merancang kembali ke kampung halaman segera membeli tiket kerana menjangkakan lebih ramai orang sewaktu musim perayaan.

“Tambang kami termasuk daftar masuk bagasi , makanan dan tidak ada caj kad kredit tambahan untuk pembelian dalam talian. Penumpang juga dapat menikmati perkhidmatan premium dan keselesaan apabila terbang dengan Malaysia Airlines,” katanya.

SUMBER: SINAR BISNES

Kanser Paru-Paru Mesothelioma

FOTO SUMBER:  Public Health Malaysia

Lihat kawasan rumah anda. Selalu kan anda nampak atap bumbung ini di kawasan rumah anda? Ianya juga bersepah di tepi jalan, tempat pembuangan sampah, dan kadang-kadang di taman permainan kanak-kanak. Adakah anak kita terdedah dengan atap ini?

Ini namanya bumbung atap asbestos.

Dulu kebanyakan rumah dan kilang memang menggunakan atap ini kerana ianya murah dan sejuk. Namun selepas asbestos diketahui penyebab kanser mesothelioma, ianya telah kurang digunakan dan dihasilkan. 

Malah ada negara telah mengharamkan penggunaannya namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru.

Jika atap ini tidak diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah. Namun jika ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Sebutir debu cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Apa yang anda boleh buat untuk pencegahan adalah:

✅ Jika anda gunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.

✅ Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.

✅ Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan. Jangan BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.

✅ Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.

✅ Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.

SUMBER: Public Health Malaysia

Tips Jimat Melancong Saranan Expedia

Foto: EXPEDIA


TRAVEL | MELANCONG merupakan aktiviti yang menjadi pilihan ramai serta menjadi salah satu sumber pendapatan negara.

Sama ada bercuti di dalam atau luar negara, perancangan yang rapi dan persediaan awal merupakan antara langkah utama yang perlu dititikberatkan.

Ia juga penting bagi memastikan percutian yang direncana tidak berakhir sebagai pembaziran dan merugikan.

Laporan Tinjauan Harga Perjalanan 2019 mendedahkan, hasil daripada data penerbangan dunia Airlines Reporting Corporation (ARC) dan trend penginapan oleh Kumpulan Expedia merumuskan pentingnya faktor masa untuk menikmati atau memperoleh penjimatan yang secukupnya dalam pelan pelancongan.

Pengarah Urusan Data Sains di ARC, Chuck Thackston berkata, kira-kira tiga suku perjalanan, penjimatan boleh-ukur dapat diperoleh oleh pelancong yang melanjutkan perjalanan pada hari bekerja dengan menambah satu hari penginapan pada malam Sabtu.

“Peluang penjimatan boleh-ukur ini dapat diperoleh dengan melanjutkan perjalanan pertengahan minggu hingga ke hujung minggu adalah satu penemuan baharu kami dan ianya amat berharga bagi pelancong.

“Pemain-pemain industri telah membincangkan mengenai bleisure (perniagaan + masa lapang) sejak kebelakangan ini, tetapi kami dapat mengira jumlah penjimatan sebenarnya bagi para pelancong yang menggunakan konsep ini. 

Ia adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang suka melancong dan mereka seharusnya menggunakan konsep ini dalam rancangan perjalanan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Harga lebih murah

Tambahnya,laporan itu turut menonjolkan bagaimana para pelancong yang bijak dapat menggandakan nilai sebenar wang mereka secara strategik bukan sahaja ketika menempah tiket penerbangan.

Jelasnya lagi, mereka juga peka memilih masa permulaan perjalanan mereka. Ia juga mendedahkan trend celik pelancongan di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.

FOTO: EXPEDIA

Antara tip penjimatan dalam perjalanan yang berasaskan faktor masa untuk pelancong Malaysia adalah seperti berikut:

1. Tempah perjalanan pelancongan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.

2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi dan Premium/Bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20 peratus.

3. Jimat lebih daripada 10 peratus bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.

4. Jimat sehingga lima peratus bagi tiket penerbangan kelas Premium/Bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.

5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu anda jika bermula dari hari Rabu, untuk jimat lebih daripada 10 peratus bagi tiket penerbangan, kadang-kadang lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.

SUMBER: KOSMO

PERODUA Catat 7.3 Peratus Peningkatan Jualan

FOTO SUMBER: PAULTAN

AUTOMOBIL | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 7.3 peratus kepada 37,400 unit dalam tempoh dua bulan pertama 2019 berbanding 34,800 unit tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata lonjakan jualannya itu disebabkan permintaan yang tinggi untuk hampir kesemua modelnya.

Beliau berkata, peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kumpulan menambahbaik masa penghantaran model baharu kepada pelanggan.

Dua bulan pertama tahun ini katanya, PERODUA menjual 15,000 unit Myvi, 10,100 unit Axia, 5,900 unit Bezza, 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza.

Manakala dari segi pengeluaran pula katantya, 36,500 kenderaan telah dikeluarkan, hampir 6.2 peratus lebih banyak daripada 34,375 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Sementara menunggu laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan bahawa penguasaan pasaran kami setakat tahun ini adalah 41 peratus.

“Sementara itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk terbaharu kami, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari,” katanya dalam satu kenyataan pada 4 MAC 2019.

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV. Pada masa ini, kira-kira 85 peratus daripada tempahan adalah untuk AV.

Zahari berkata, pihaknya juga menyelaraskan operasi pengeluaran dalam usaha mengurangkan masa menunggu untuk Aruz dan ia akan diteruskan juga pada Mac.

PERODUA kini mengadakan jerayawara (roadshow) Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13 Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching.

SUMBER: BH ONLINE

Insurans Hayat Catat Pertumbuhan Sederhana Pada 2018 - LIAM


FOTO: INSURANS


INSURANS | Industri insurans hayat mencatatkan pertumbuhan sederhana tahun lalu dari segi perlindungan kepada rakyat Malaysia kepada RM1.51 trilion nilai jaminan ke atas polisi, peningkatan sebanyak 9.6 peratus berbanding RM1.38 trilion pada 2017.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) berkata, industri insurans hayat keseluruhan mencatatkan sejumlah 12.65 juta polisi manakala polisi kelompok meningkat 2.9 peratus pada 2018.

Jumlah premium meningkat sebanyak 5.7 peratus kepada RM38.8 bilion pada 2018 berbanding RM36.7 bilion pada 2017.

Bilangan nyawa yang dilindungi di bawah polisi kelompok mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan, sebanyak 10.1 juta nyawa pada 2018 berbanding 9.6 juta nyawa pada 2017.

Jumlah per kapita terus meningkat hingga RM46,610 pada 2018 daripada RM43,029 pada 2017, namun angka itu masih kurang daripada yang diperlukan untuk menyara seorang ahli keluarga sekiranya pencari nafkah meninggal dunia atau cacat anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah premium perniagaan baharu meningkat 1.8 peratus tahun lepas berjumlah RM10.3 bilion berbanding 10.1 bilion pada 2017.

Sementara itu, jumlah tuntutan yang dibayar meningkat 6.5 peratus kepada RM10.8 bilion tahun lepas daripada RM10.1 bilion pada 2017 ekoran tuntutan perubatan yang lebih tinggi.

Mengenai prospek, Presiden LIAM, Anusha Thavarajah, berkata prospek industri insurans hayat kekal positif kerana peratusan penduduk dengan insurans hayat atau pelan takaful masih rendah iaitu pada tahap 54 peratus.

"Mengambil kira pemegang polisi dengan lebih satu polisi atau sijil hayat atau takaful, hanya 34 daripada 100 orang, diinsuranskan.

"Kadar penembusan yang rendah bermakna terdapat lebih banyak peluang untuk industri berkembang dan memanfaatkan pasaran yang berpotensi, terutama di kawasan yang kurang mendapat perhatian di negara ini serta kawasan bandar dan luar bandar," katanya. 

SUMBER: BERNAMA

MH370: Pertama Kali Serpihan Dipamer Kepada Awam

FOTO: BERNAMA

BUAT julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika di Kuala Lumpur, pada 3 Mac.

Dua serpihan iaitu kelepak dan sayap berkenaan dipamerkan sempena ulang tahun kelima Memperingati MH370 selepas kehilangan tragis pesawat itu dari skrin radar, lima tahun yang lalu.

Sehingga sekarang, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan milik pesawat Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri dari skrin radar, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang.

Walaupun pertama kali dua serpihan itu dipamerkan, sebahagian anggota keluarga mangsa tragedi itu ketika ditemui Bernama, kurang senang melihatnya kerana mereka percaya, operasi pencarian sebelum ini, seharusnya menemui lebih banyak atau serpihan yang lebih besar.


Seorang anggota keluarga nahas itu, Jacquita Gonzales, 56, berkata, walaupun beliau gembira melihat dua serpihan itu, tetapi beliau percaya, pencarian tersebut mesti diteruskan kerana pesawat itu masih berada di luar sana.

“Kita tidak tahu di mana pesawat itu. Kita harus teruskan pencarian. Kita berharap kerajaan akan teruskan operasi mencari, atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran' (no cure no fee basis) jadi entiti pencarian bebas boleh memulakan usaha mereka terutama oleh Ocean Infinity Limited (syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat) ,” kata Jacquita, yang suaminya Patrick Gomes adalah penyelia Penerbangan MH370.

Sementara itu anggota keluarga lain, Norazlinda Ayub, 44, berkata, ini adalah kali pertama beliau melihat serpihan itu dan sedikit terkejut kerana serpihan itu agak besar daripada apa yang beliau bayangkan.

“Seharusnya lebih banyak serpihan ditemui di luar sana. Saya berharap operasi mencari diteruskan,” katanya yang merupakan isteri kepada seorang penumpang, Junaidi Mohd Nasir.

Seorang lagi anggota keluarga, KS Narandran berkata, kerajaan harus teruskan operasi mencari dan lihat kepada bukti yang boleh dipercayai untuk mencari jet penumpang Boeing 777 itu.

"Selepas lima tahun, pesawat itu masih belum lagi ditemui. Kita hanya menemui serpihan dari seluruh dunia. Sukar bagi saya untuk melupakannya.

“Kami tidak tahu tentang keupayaan kerajaan (untuk teruskan operasi ini) tetapi saya tahu mereka mempunyai tanggungjawab. Ia amat mengecewakan semua orang,” kata suami kepada Chandrika Sharma, seorang daripada lima penumpang warganegara India yang hilang dalam tragedi itu.

Sementara itu, Jiang Hui, yang ibunya Jiang Cuiyun, antara mangsa pesawat malang tersebut, telah mewujudkan laman web; MH370.com.cn dan www.malaysiaairlines.club untuk menggalakkan operasi mencari, siasatan, mengumpul maklumat dan berhubung dengan waris mangsa di seluruh dunia.

Misi pencarian di laut dalam digerakkan hampir tiga tahun bagi mengesan pesawat itu di Lautan Hindi, meliputi kawasan seluas 120,000 km persegi melibatkan pasukan dari Australia, China dan Malaysia, namun menemui jalan buntu.

Dilaporkan 27 serpihan pesawat ditemui dari pelbagai tempat seluruh dunia, namun hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon yang terdampar di pantai Lautan Hindi disahkan dari pesawat MH370.

Pada 29 Mei tahun lepas, syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang melancarkan operasi mencari MH370 yang terakhir di Lautan Hindi, menghentikan operasi itu selepas gagal menemui sebarang serpihan berkaitan pesawat itu.

Pada Julai 2018, Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 halaman menyimpulkan bahawa mereka gagal mengesahkan punca utama kejadian, namun tidak menolak kemungkinan ‘gangguan yang menyalahi undang-undang' oleh pihak ketiga membawa kepada kehilangan pesawat berkenaan.

Pada 30 November tahun lepas, lima serpihan yang dipercayai bahagian-bahagian tertentu daripada pesawat MH370, yang ditemui di tiga lokasi di Madagascar, diserahkan kepada kerajaan Malaysia. 

SUMBER: Bernama

Tags/Kata Kunci:
MH370

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...